Blog Perniagaan Internet

AmmarZahar & Blog Perniagaan Internet



 Powered by Max Banner Ads 

Bisnes Internet Sempena Raya!

Assalamualaikum, Salam Sejahtera..

 

Pertama sekali saya nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua pembaca yang beragama Islam. Bagaimana dengan persiapan raya anda? hehe. Saya pasti ada yang dah siap pun baju raya, ada yang dah tempah berbalang-balang kuih raya, dan macam-maacm lagi. Saya pula seperti biasa, antara orang yang last minit nak beli semua tu ;p

 

Bila sebut bisnes di musim raya, saya pasti anda terfikir bazaar Ramadhan. Saya pernah berborak dengan seorang CEO produk makanan, kata beliau, beliau pernah dapat 5 Angka sebulan dalam masa sebulan hanya dengan menjual kuih dan juadah berbuka sampingan di Bazaar Ramadhan. Dekat 50 ribu juga income beliau. Dan kalau anda nak tahu, walaupun beliau dah berjaya dengan perniagaan ‘nata de coco’nya hari ini, namun beliau tetap menempah tapak untuk bazaar ramadhan setiap tahun.

 

Saya nak kongsikan dengan anda semua berkenaan bisnes di internet pada musim menjelang raya ni. Sahabat saya, saudara Shuth (saya pasti anda kenal) elah melancarkan laman web jualan untuk kuih raya beliau. Idea sebegini tak ramai yang ambil tindakan. Saya belum pernah lihat lagi orang jual kuih raya online. err.. mungkin saya terlepas pandang kot yang lain. Tapi, saya amat tertarik dengan laman web kuih tradisional saudara Shuth.

 

Anda boleh lihat disini:

Kuih tradisional

 

Anda jangan lihat lama-lama pula. Nanti meleleh pula air liur :)

 

Apa yang anda boleh contohi disini adalah, cari musim dan cepat bertindak! Ini yang dilakukan saudara Shuth. Beliau nampak peluang nak raya ni, orang mesti jual kuih raya. Kemudian, beliau terus cari kuih raya yang boleh dijual. Nampak? Mungkin anda ada kepakaran menjahit baju. Apa kata anda tawarkan servis jahit baju anda di internet. Pasti saya antara orang yang akan tempah servis anda! :)

 

Ikhlas,

AmmarZahar

p/s: saya pun tak lama lagi nak lancarkan website satay pulak. Saya nak cuba promote satay di internet lihat macam mana sales ;) . Kalau anda nak tempah, boleh contact saya..

 

No Comments

Pakej Video Usahawan..

Assalamualaikum, Salam Sejahtera..

 

Setelah lama saya tak membuat post, kali ini saya tampil dengan review saya berkenaan dengan Video Usahawan terbitan JomSeminar. Oh lupa saya.. Kebelakangan ini, saya teramat sibuk, dengan beberapa projek yang saya perlu laksanakan. Alhamdulillah, Ramadhan kali ini lebih baik berbanding tahun lepas.. :)

 

Ok. Mengenai Video Usahawan, saya amat kagum dengan Team JomSeminar kerana mereka sanggup menaburkan ilmu mereka demi membantu orang kita menjadi usahawan internet seterusnya mampu menjana duit di internet secara autopilot. Tentang Video tersebut, saya memang mengucapkan ribuan terima kasih kepada Team JomSeminar kerana apa yang saya cari-cari di internet selama ni, rupanya ada dalam pakej Video Usahawan.

 

Sedkit perkongsian daripada saya, khas kepada mereka yang belum memilikinya, ini adalah Semonar Online yang cukup padat. Malahan, bonus yang diberikan sekali dalam pakej ini tak kurang hebatnya. Bonus-bonus seperti ‘Website Flipping’, Teknik Greyhat Syed Ikhwan, sememangnya mahal. Ini kerana dengan ilmu yang anda praktikkan melalui ilmu ini, saya yakin anda mampu jana ribu-ribu di internet dengan modal yang kecil sahaja.

 

Dan antara bonus yang paling saya gemari ialah bonus ‘Kisah 5 Usahawan Internet’ yang sudah berjaya. Edisi uncut tersebut sememangnya video yang patut ditonton oleh mana-mana usahawan. Saya yakin, jika anda tak nak join bisnes internet pun, lepas tonton edisi uncut ni mesti tak sabar nak mulakan bisnes internet.

 

Kekuatan utama untuk video usahawan ini pada saya, terletak pada penyampainya. Bukan calang-calang orang yang menyampaikan seminar dalam video tersebut. Siapa tak kenal Syed Ikhwan, sifu SEO saya. hehe. Pakar dalam Adsense. Fuad Latip. Buku beliau, Teknik Internet Marketing yang dijual di MPH dan banyak kedai buku lagi, merupakan panduan awal saya menjejakkan kaki di internet ni. Ditambah dengan Yusry pula tu. Seorang sifu yang saya sangat kagumi. Dan banyak support saya dalam pembabitan awal saya dengan perniagaan internet ni.

 

Mereka jual dengan harga RM 67 tu, mungkin ada yang menganggap terlalu mahal. Namun pada saya, itu adalah harga yang sangat murah dan anda beruntung kerana beberapa ilmu yang disampaikan oleh mereka bertiga, bernilai ribuan ringgit!

 

Dan saya amat sarankan anda beli Pakej ini. Saya menyediakan 2 pakej kepada pembeli melalui link saya. Jika anda nak beli dan dapat rebet, (macam renew roadtax pulak), saya sediakan bonus pakej A. Beli melalui link saya, dan sertakan bukti bayaran di ruangan ‘Hubungi Saya’. Kemudian, anda akan dapat duit RM 10 daripada saya. Ini saya sediakan kepada mereka yang berminat nak beli, tapi kekurangan duit atau nak beli pada harga murah.

 

Keduanya, saya tawarkan diskaun untuk Rahsia Newbie. Rahsia Newbie tengah meletup sekarang ni walaupun belum lagi dilancarkan. Jika anda nak jadi sebahagian daripada mereka, saya sediakan Bonus Pakej B. Caranya sama macam anda nak dapatkan bonus Pakej A, namun kali ini sertakan tajuk Bonis Pakej B. Itu sahaja.

 

Ikhlas,

AmmarZahar 

Link saya: klik sini..

2 Comments

Tawaran M.E.R.D.E.K.A!

Assalamualaikum, Salam Sejahtera..

Saya agak sibuk kebelakangan ni dengan beberapa job website dan juga tugas belajar yang membebankan. err.. dah berapa malam rasanya saya tidur studio. Nasib baiklah di studio tu ada sambungan internet. Paling tak pun, boleh saya bawa modem. Tapi saya still tak dapat buat post sebab member satu grup dah bising dah sibuk panggil suruh buat kerja setiap kali saya online. Ahli kumpulan perempuan memang leceh! :p

Sejak kebelakangan ni juga, banyak email yang saya terima daripada orang ramai yang berminat nak memulakan perniagaan internet. Maklumlah, perniagaan internet ni boleh dibuat secara part-time. Siang kerja di ofis, malam buka PC dalam 2 jam dah dapat duit. Siapa taknak kan?

Terlalu banyak soalan yang diajukan kepada saya. Ada yang saya sempat jawab, saya jawab. Ada yang saya tak jawab, bukanlah sebab saya berlagak atau apa.. Sebenarnya, Rahsia Newbie dah pun berjaya disiapkan dengan jayanya dan kini, saya tunggu masa untuk mempromosikannya sahaja :) Pastilah anda orang pertama yang akan tahu. Oleh kerana jawapan-jawapan bagi soalan-soalan anda tersebut ada didalam Rahsia Newbie, maka saya rasa tak perlu la saya jawab. Kerana dalam pakej tersebut dah saya nyatakan se-detail2nya tentang bagaiamana membuat duit di internet walaupun anda tiada kemahiran internet langsung!

Setakat ni, Alhamdulillah.. Ramai yang dah dapatkan Rahsia Newbie ni walaupun belum dilancarkan lagi. Terima kasih atas kepercayaan anda terhadap satu lagi buah tangan daripada saya. Saya sengaja melakukan pre-launch dengan harga rendah kerana saya amat amat pasti yang newbie tak berani nak keluar duit banyak selepas beberapa kali gagal menjana pendapatan di internet ni. Sebab tu lah saya keluarkan harga promosi ‘mampu milik’ supaya semua orang (kalau boleh) mampu memilikinya seterusnya semua orang pun berjaya menjana pendapatan di internet dengan menjual produk sendiri.

Namun, sebab promosi besar-besaran Rahsia Newbie akan bermula 1 September ini, saya akan hentikan harga pre-launch ini pada 31 Ogos 2008 bersempena dengan M.E.R.D.E.K.A :) . Sebab untuk Rahsia Newbie ni, sekali lagi saya akan berJV dengan beberapa orang IM. Khas untuk pembeli Rahsia Newbie pre-launch ini, anda juga akan dijemput berJV dengan saya. Dapatlah anda tahu bagaimana Rahsia Besar saya berJV ya..!

Bersempena merdeka juga, saya ada sertakan beberapa tawaran menarik untuk anda rebut. Dan saya ada nyatakan disini pelbagai tawaran yang saya sediakan..

1. Ebook Affiliate-Rahsia Elak Komisyen Dicuri!

- Ramai yang tak sedar, mereka mempromosikan link affiliate mereka dengan begitu agresif namun,
jualan yang diperoleh masih sedikit. Mengapa?

- Ramai juga yang tak tahu, tanpa website, tanpa blog, tanpa mailing list, dan TANPA MODAL pun
boleh buat duit dengan affiliate. Bagaimana?

Ebook ini tidak akan saya keluarkan secara besar-besaran. Saya hanya jual untuk anda sahaja. Dan sempena MERDEKA, harganya cuma RM 10 sahaja. Melabur RM 10, dan jana duit dari program affiliate di internet selamanya!

2. Pakej Koleksi Grafik V2

- Ramai yang dah dapatkan Koleksi Grafik V2 ini dan ini adalah produk ‘killer’ saya. Jika anda lihat di webjualan saya, harganya adalah RM 62 tapi khas untuk anda sebelum MERDEKA iaitu sebelum 31 Ogos ni, saya tetapkan harga RM 47 sahaja!

Selepas daripada MERDEKA, tiada lagi promosi harga ini daripada saya.

3. Pakej Rahsia Newbie

- Ramai juga yang dah dapatkannya, dan ramai juga yang bertanya tentangya. Saya sediakan
sedikit overview disini.

Isi kandungan Rahsia Newbie:

1. Ebook Teknik Cipta Produk

-Ramai yang ketandusan idea bila nak cipta produk untuk dijual di internet.

Betul?

Saya akan beritahu rahsia bagaimana saya mencipta produk dalam masa seminggu sahaja. Satu bulan,
saya dah ada 4 produk yang menunggu masa untuk dilancarkan. Nak tahu bagaimana? Ada dalam
ebook Teknik Cipta Produk.

2. Ebook Teknik Email

-Menghantar email promosi, ada seninya. Ada teknik yang saya gunakan sehingga ramai
ternanti-nanti email yang saya berikan.

-Jujur saya katakan, saya banyak belajar menulis email daripada usahawan-usahawan
internet terkenal seperti Mark Filsaime dan Michael Rasmussen.

-Banyak yang saya modalkan untuk belajar dari mereka. Kini, saya nak bongkarkan semua teknik email
yang saya ketahui.

3. Ebook Teknik OTO

-Teknik One Time Offer adalah teknik yang paling famous digunakan oleh semua usahawan internet.

-Dengan One Time Offer, saja, saya mampu dapat beratus-ratus ringgit!

4. Ebook Teknik JV

-Tahukah anda, JV merupakan aset utama sesebuah perniagaan di internet? Anda nak belajar gunakan
teknik ini yang membantu saya jana separuh daripada jumlah jualan saya?

-Pernah menghantar tawaran JV tapi ditolak? Saya ada sediakan teknik permintaan JV sehingga
sampai berpuluh orang JV dengan saya dan membantu melonjakkan jualan saya.

-Tahukah anda bagaimana membuat kertas kerja untuk JV? Saya terangkan dan sediakan template
sekali untuk Rahsia Newbie.

5. Ebook Teknik Blog

-Dalam ebook ini, saya terangkan bagaimana menjadikan blog anda popular sekelip mata!

-Saya juga membocorkan rahsia bagaimana mendapatkan bahan-bahan tulisan yang berkualiti sehinggga tulisan anda menjadi seperti PRO!

-Nak cipta blog dalam masa 5minit? Ada rahsianya! Saya juga bocorkan disini.

Kesemua 5 ebook diatas adalah dalam pakej Rahsia Newbie dan saya menawarkan harga RM 30 sahaja untuk Pakej Rahsia Newbie sebelum pelancaran pada 25 September 2008.

Sengaja saya letakkan harga rendah supaya semua newbie mampu miliki Rahsia Newbie ini. RM 30 sebelum 31 Ogos ni.

Selepas itu, saya takkan buka harga ini lagi dan selepas 31 Ogos, saya akan tutup promosi tawaran ini dan harga akan dinaikkan semasa pelancarannya nanti.

4. Personal Coaching rahsia Newbie

-Ramai yang bertanya pada saya bagaimana nak mulakan perniagaan di internet dan jana duit ribu-ribu sebulan walaupun buat part-time.

-Agak susah saya nak jawab secara satu persatu dan untuk itu, saya sediakan satu pakej kepada sesiapa yang SERIUS nak buat duit di internet.

-Saya akan berikan personal coaching dan saya  jamin jika anda masih lagi tak dapat
duit di internet,saya akan kembalikan wang anda.

-Ini jaminan saya. Anda akan diajar melalui Yahoo Messenger dan buat masa ini, saya hanya buka untuk 5 tempat sahaja. Siapa cepat, dia dapat..

-Bila diajar secara Personal Coaching untuk buat duit di internet ni, segala masalah boleh diajukan terus pada saya dan saya akan ajar on the spot step-by-step.

-Bayaran hanya RM 100 dan anda juga akan diberikan Rahsia Newbie secara percuma.

-Saya nasihatkan, jika anda nak buat duit cepat, ambil pakej Personal Coaching ni.
Promosi MERDEKA,

AmmarZahar

p/s: Personal Coaching dah tinggal SATU seat saja lagi!

6 Comments

FREE vs BERBAYAR Mana Pilihan Anda?

Assalamualaikum, Salam Sejahtera..

Sejak saya buka pay-per-lead untuk Rahsia Usahawan Internet ni, memang banyak email yang saya terima. Ada yang bertanyakan tentang perniagaan internet, ada yang bertanya tentang tawaran freelancer tu, dan ada juga yang tanya soalan peribadi. Saya jawab di akhir post ini ya :)

Saya berminat nak naikkan topik ni dah lama dulu tapi saya teringat lepas banyak orang yang email saya minta saya terus mengeluarkan produk FREE untuk didownload bagi membantu lebih ramai orang bergelar usahawan internet. hoho. Oleh sebab itu saya buat post sikit pasal ini.

FREE atau Berbayar? Mana Satu Yang Anda Suka?

Kalau anda diberi produk free, saya rasa memang tak boleh nak tolak kan? Dalam kajian saya, ramai orang lebih lebih suka mencari benda-benda free berbanding benda-benda berbayar di internet ni. Ini termasuklah saya.. Memangla orang nak produk Free kan berbanding kena bayar. Tapi, pernahkah anda terfikir banyak kelebihan benda berbayar daripada benda percuma? Contohnya seperti:

1. Produk berbayar ni lebih kita hargai dan kita lebih amalkan isinya. Contoh, kenapa orang yang join MLM sanggup berkerja siang malam pergi meeting sana sini dan cari ramai orang untuk isi borang semua tu? Ini kerana, dia dah laburkan banyak duit untuk join MLM. Fikir-fikirkan..

2. Support yang diberikan. Produk berbayar datang dengan support daripada penjual produk tersebut. Contoh, jika anda beli Koleksi Grafik V2 dan tak masih blur dan tak tahu nak buat grafik macam mana, anda boleh terus tanya saya dan buzz saya walaupun saya tidak menyatakan semua ini kepada anda dalam surat jualan. Namun tanggungjawab sebagai penjual tu ada. Ini kelebihan beli produk berbanding download produk percuma (jika tak tahu, hanya boleh garu kepala saja)

3. Produk percuma biasanya tidak lengkap dan mengandungi iklan. Jadi, jika anda nak ilmu tersebut lengkap dan dijamin, anda mestilah dapatkan produk berbayar. Produk FREE ni kebiasaannya hanya menerangkan ASAS sahaja.

Ini antara sedikit daripada banyak lagi kelebihan produk berbayar. Jangan takut untuk membeli produk berbayar kerana anda akan dapat banyak manfaat daripadanya dan anggaplah pembelian tersebut sebagai pelaburan. Tak kiralah anda gunakan duit sendiri mahupun pinjam daripada sesiapa untuk membeli produk tersebut, satu masa nanti anda pasti akan dapat LEBIH daripada apa yang anda keluarkan. Percayalah..

Ikhlas,

AmmarZahar

Keputusan Affiliate Terkini!

1. Noorizam 69

2. Shuth 47

3. Abooain 38

4. MazlieNadzri 20

5. Razif 19

6. Maizul 15

7. Titan & Iyas 14

8. Apes 10

9. Hazwan 13

10. Hanglobal 7

Berkenaan dengan job yang saya ada ni, saya perlukan anda hanya untuk copy paste website tersebut. Contoh website: indigoconcepts Mudah saja kan copy paste? Saya pun boleh buat sendiri sebenarnya tapi saya mahu berikan anda peluang ini. Copy paste dan 100% sama sejibik dengan website tu. Mat salleh tu beri kebenaran pada saya untuk copy paste web dia. Domain semua saya dah sediakan. Jika ada yang minat, boleh isi komen dibawah berserta harga yang anda caj. Jika saya berkenan, saya akan hubungi anda.

13 Comments

Pilih Bidang Anda..

Hai, semua..!

Pernahkah anda terfikir kenapa income anda tidak seperti apa yang anda harapkan dalam perniagaan internet ni? Soalan seterusnya, pernahkah anda terfikir cara untuk menggandakan income anda dalam perniagaan internet ni walaupun anda buat secara part-time?

Terus terang saya katakan, saya dulu cepat terpengaruh. Bila dengar ada yang berjaya dengan adsense dan dapat beribu-ribu dengan adsense, saya pun sibuk nak join adsense. Kemudian bila orang sibuk dengan jual produk, saya pun sibuk nak jual produk. Bila nampak ada orang buat duit hanya dengan blogging, sekali lagi saya sibuk nak berblog. Dulu, semua perasaan ni menghantui saya dan akhirnya… Saya masih AmmarZahar yang tak mampu dapat beribu-ribu di internet seperti yang diharapkan..

Kemudian, bila saya renung semula, saya terfikir.. Kelebihan saya selama ni dalam bidang buat web dan juga buat grafik. Tak lama lepas tu, (selepas saya mula tawarkan servis), saya rasa incomenya. Saya rasa pendapatan yang masyuk di internet.

Hmm.. Itu secara ringkas cerita tentang saya. Banyak lagi yang saya ceritakan dalam Rahsia Newbie. Macam mana dengan anda pula? Jika anda semakin tension dengan banyak projek-projek online anda yang tak jadi, cuba kaji semula kenapa ianya tak jadi? Pasti ada sebab..

Ok, kenali diri anda dulu sebelum nak melangkah kemana cita-cita anda. Jika anda nak jadi affiliate, buat affiliate sampai anda betul-betul berjaya. Mula dengan kumpul list yang besar, aktif di forum, strategi SEO yang mantap dan sebagainya. Buat affiliate sampai anda jadi SUPER Affiliate. Kalahkan Macam Ewen Chia. List dia memang besar gila..

Jika anda nak join adsense, buat sampai jadi dan pastikan anda mempunyai kelebihan dalam menarik trafik (oh, ini kelemahan saya yang sedang diperbaiki). Kalau boleh, jadi Taiko Adsense. Err.. tapi saya ada dengar yang CPC Adsense dah turun kebelakangan ni..

Jika anda minat dengan penulisan, dan nak kongsikan pengalaman anda yang mahal, anda boleh jual produk sendiri dan boleh juga blogger yang hebat. Saya taknak ulas banyak pasal ni. Sebab rasanya anda dah pun tahu bagaimana nak hasilkan produk sendiri.

Apa yang pentingnya, anda haruslah pilih bidang anda untuk bermula. Ataupun dalam erti kata lain, anda perlu fokus yang lebih dalam bidang yang anda ceburi dahulu kemudian, barulah income anda di internet ni akan meletup dan akan jadi stabil walaupun anda buat secara part-time. Percayalah, jika saya boleh, tak mustahil anda pun mampu lakukannya!

-AmmarZahar

3 Comments

Keputusan Affiliate Rahsia Usahawan Internet..

Hai semua..

Harini, walaupun terlambat seperti yang saya janjikan, saya akan kongsikan sedikit keputusan carta affiliate untuk Rahsia Usahawan Internet. Saya juga akan buat beberapa pengumuman penting di bawah sekali post ini :)

Keputusan setakat ini:

1. Noorizam

2. Shuth

3. Abooain

4. Mazlie Nadzrie

5. Maizul Hisham

6. Hazwan

7. Iyas Ilyas

7. Razif

7. Titan

10. Hafiz

Ok.. Ini dia senarai top 10 untuk affiliate ini. Masa masih panjang. Masih ramai lagi yang belum menyertai affiliate Rahsia Usahawan Internet. Kepada yang tak tersenarai, jangan bimbang.. Perbezaan antara jumlah promosi tu tak jauh.. Anda boleh potong pada bila-bila masa untuk disenaraikan.. Saya juga tidak akan mempromosi laporan ini demi memberi peluang seratus peratus kepada anda mengumpul komisyen :)

Satu lagi, ada temuramah rahsia yang masih lagi belum dikeluarkan. Saya rasa, ini sangat rugi pada mereka yang unsubscribe semata-mata mahukan laporan tersebut. Sengaja saya sorokkan temuramah rahsia tersebut  :)

Kepada bro Noorizam, leading memang jauh. Syabas bro! dan terima kasih jugak :D. Masa masih panjang. Mana tahu, tak lama lagi anda akan potong bro Noorizam? Saya ada juga buat selidik. Tak semestinya mailing list membantu dalam mempromosi. banyak lagi kaedah lain untuk promosi affiliate ni..

Itu saja dari saya..

Oh ya, saya nak buat beberapa pengumuman sikit. Saya perlukan beberapa orang freelance web designer untuk membantu saya menyiapkan job-job website saya. Ada 5 job setakat ni dan still terbengkalai. hehe. Kalau ada yang berminat, boleh hubungi saya dan yang bestnya, setiap bulan saya akan terus berkerjasama dengan anda untuk job web design ni. Ini disebabkan order semakin banyak setiap bulan sampai saya dan 2 orang lagi rakan tak mampu nak buat semua. Untuk bulan ni, saya nak pass 2 job tu pada freelancer.

Kedua, saya juga minta cadangan daripada anda jika ada cadangan berkenaan theme blog ini. Nak buat sendiri, memang tak ada masa la. Kalau anda ada kepakaran design theme, hubungi saya. Saya nak buat penjenamaan semula untuk blog perniagaan internet ni. Supaya tampak lebih gagah dan stylo. hehe.

Baiklah, itu saja daripada saya..

-AmmarZahar

9 Comments

Pengumuman PENTING!

Hai Semua..

Maka dengan ini saya rasmikan pelancaran untuk Rahsia Usahawan Internet dan Pengumuman Pemenang Review Contest 2008! Ok itu sedikit formal saya rasa. Baiklah, setelah lama juga tersimpan, rahsia usahawan internet Malaysia akhirnya terbongkar juga.. Kepada yang berminat nak ketahui rahsia-rahsia mereka, anda boleh klik sini.

Seterusnya, saya rasa pengumuman ini ramai yang tunggu-tunggu. Review contest dah pun berakhir dan pemenangya dah pun dapat komisyen yang masyuk. Dan pemenangnya adalah Titan dari Earncent.com. Keputusan ini adalah muktamad dan sebarang email rayuan akan ditolak mentah-mentah. Kepada yang tidak bernasib baik, saya akan hubungi anda nanti untuk satu bonus rahsia. Walaupun anda tidak menang, saya akan berikan anda bonus rahsia. Tunggu yea saya contact. Sekarang ni tengah sibuk sikit dengan awek bermacam-macam hal.

titan is the winner

Satu pertandingan baru akan menyusul selepas ini. Saya akan umumkan kemudian. Yang penting, pertandingan ini juga akan menawarkan ongkos yang lumayan kepada sesiapa yang berjaya. Nantikan saja ya dari saya. Cepat subscribe RSS dengan Jadi Yang Pertama. Ada yang cakap tak berfungsi, tapi saya check tadi ok plak. Pelik sikit..

Kepada blogger-blogger yang menyertai review contest ni macam bro Afzai, Razif, Oktant, Farahaznil, Ijamidayu, Syuxx, Miziology, Ka’ab dan Ahwazi Mustafa, saya mengucapkan ribuan terima kasih yang terhingganya kerana menyertai contest ini seterusnya membantu saya menempatkan diri dalam dunia IM.

Baiklah, saya juga akan menukar theme lagi. err.. rasanya ni last tukar kot sebab rasa macam tak best pula theme tulisan kecil ni. Lagipun, sekarang musim durian tukar theme (tiru bro Alang pulak) hehe.

Kepada semua yang nak buat duit raya, bolehla sertai affiliate Rahsia Usahawan Internet. Saya pasti, mudah untuk anda promosi kerana report yang berjumlah 100m/s ini memang sarat dengan isi dan rahsia. Saya akan buka program pay-per-lead untuk seminggu sebulan saja dan selepas itu, saya akan jual report ini. Jadi, anda bolehla mempromosikan report ini. Cadangan saya, cari tempat yang sesuai untuk beriklan, dan iklankan banner affiliate anda. Anda juga boleh gunakan link banner tersebut di forum-forum dan juga sebagai signature. Jangan ingat takda mailing list tak boleh buat duit dengan report ni :) Kalau tak percaya, tanyala bro Razif.

Akhir kata daripada saya, selamat mencari duit raya.. ehem..tengah blur ni sebenarnya pasal tak cukup tidur..

Ikhlas,

AmmarZahar

11 Comments

RAHSIA USAHAWAN INTERNET bakal dilancarkan..!

Salam happy semua..

Harini saya nak berkongsi beberapa berita gembira dengan anda semua. Sedikit masa saja lagi, saya juga akan memeriahkan industri IM dengan pay-per-lead yang semakin hangat sekarang ni. Lepas Mawardee, TheReds, kemudian Din Beramboi, dan kini rasanya adalah masa untuk saya pula memberikan anda komisyen bagi penyebaran report percuma.

Rahsia Usahawan Internet

Untuk pengetahuan anda semua, Rahsia Usahawan Internet ini adalah laporan pertama yang saya tulis masa awal-awal nak masuk ke bidang bisnes internet ni. Banyak juga yang saya belajar hasil temuramah-temuramah dengan usahawan internet ni. Jika tiada temuramah antara saya dan mereka, dan jika tiada rahsia yang mereka bongkarkan kepada saya, mustahil saya boleh berada seperti sekarang. Kredit untuk kesemua usahawan internet yang saya berjya temuramah.

Antara kandungan ‘Rahsia Usahawan Internet’ ini adalah:

Saya berjaya bongkarkan rahsia blog SmartZul yang sentiasa berada di ranking teratas Google untuk keyword Perniagaan Internet. Best betul dapat bongkar rahsia orang. hehe. Selain itu juga, saya bongkar juga taktik sifu Yusry JomSeminar tentang bagaimana beliau menjana 6angka dengan internet. Wah! Hebat tu!

Itu baru dua preview saja, ada banyak lagi rahsia usahawan yang berjaya saya bongkarkan dan saya pasti, jika saya jual pun, nilainya mencecah puluhan ringgit! Tapi saya tak minat nak buat duit dengan temuramah orang ni.. Saya rasa lebih baik saya kongsikan dengan anda rahsia-rahsia mereka ni yang patut anda tiru. huhuhu.

Kepada yang nak dapatkannya dengan awal dan mula mempromosi dengan lebih awal, saya cadangkan anda subscribe di ruangan Jadi Yang Pertama dan pasti anda tak ketinggalan untuk mempromosi report hangat ini. Saya pasti, report ini akan jadi sangat hangat kerana bukan seorang, malah ramai usahawan internet yang akan berkongsi dengan anda rahsia mereka!

Malah, anda boleh cari duit poket kerana satu lead yang anda bawa, 25 sen akan masuk ke akaun anda. Cuba bayangkan kalau anda boleh dapatkan 1000 orang yang download report FREE ni? Dah RM 250! Dah boleh buat beli kuih raya dah tu..hehe

-AmmarZahar

Rahsia Newbie akan menyusul……

9 Comments

MRR MEGA SALES 2008!!

Assalamualaikum, Salam Sejahtera

Adakah anda salah seorang yang berminat dengan dunia Perniagaan Internet tetapi masih lagi dalam keadaan teraba-raba kerana tidak tahu hendak menjual produk apa atau tidak tahu  sumber untuk dapatkannya atau mungkin juga harga yang ditawarkan diluar sana terlalu mahal?

Saya ada penyelesaian untuk semua masalah anda tersebut!

Sahabat saya Ahmad Syaifuddeen Mohamad atau lebih dikenali sebagai Abooain yang tidak asing lagi dalam dunia produk Master Resell Right (MRR) telah melancarkan jualan MEGA  beliau yang ketiga bagi tahun 2008 ini (selepas Bonanza Ulangtahun & Web Tools II). Pakej yang dikenali sebagain MRR MEGA SALES ini mengandungi lebih dari 100 produk MRR yang  terdiri dari perisian, ebook, report dan sebagainya yang berkaitan dengan dunia ebiz.

MMS ini ditawarkan dengan harga yang cukup ISTIMEWA tetapi TERHAD! Harga istimewa ditawarkan bagi 50 orang pembeli pertama dan akan dinaikan sebaik sahaja kuota tersebut  dipenuhi.

Dapatkan segera di : http://www.perniagaaninternet.com/mrrmegasales

Tahukah anda dengan bermodalkan RM37 anda boleh menggandakan keuntungan sehingga 2500%! Macam mana tu?

Saya berikan contoh :  Anda membeli pakej MRR MEGA SALES ini dengan harga RM37 … anda menjualnya semula mengikut pakej anda yang tersendiri dengan harga RM30 (sekadar contoh). Jika sekirannya 10 orang membeli pakej anda tersebut, maka anda telah berjaya mendapat RM300! RM300 - RM37 = RM263! Anda mendapat keuntungan RM263! Itu baru 10 orang yang membelinya……….

Anda boleh juga menjualnya secara berasingan dan ini lebih menguntungkan anda! Itu hanya contoh dari saya.

Jadi pakej MMS ini adalah langkah pertama anda jika sekiranya anda tidak tahu sumber untuk mendapatkan produk yang boleh dijual semula.

Ok, anda boleh lihat sendiri apakah kandungan MMS ini di : http://www.perniagaaninternet.com/mrrmegasales

1 Comment

Produk MRR Mega Sales

Assalamualaikum, Salam Sejahtera..

Soalan kepada newbie: Tahukah anda apa itu produk MRR? Produk MRR ini adalah sebuah produk yang memberikan kita lesen hak jualan semula dan kita bebas memasarkan produk tersebut dengan cara kita samada menukar harga dan strategi promosi. Itu bergantung kepada kita. Namun, kita perlu ikutla syarat-syarat yang ditetapkan seperti dalam lesen tersebut.

Saya dulu memang gemar mengumpul produk MRR. Bukan apa, walaupun saya tak ada produk, dan tak ada website sekalipun, saya yakin yang produk MRR ni akan ada manfaatnya suatu hari nanti. Ramai yang fikir nak jual semula dan nak buat duit dengan produk MRR ni sahaja. Kurang ramai yang suka membaca produk tersebut. Ini silap sebenarnya. Tak kira kita nak jual atau tidak, kita perlu baca dan teliti produk tersebut. Jika tidak, macam mana pulak kita nak jual benda yang kita tak tahu. Lagipun, membaca itu sangat bagus dan akan menambahkan lagi ilmu kita sedalamnya.

Macam mana kita nak bezakan yang berkualiti dengan yang tak berkualiti? Ok. Ini satu soalan yang baik dari saya untuk saya jawab sendiri ;p. Kebanyakan produk MRR ini sukar kita jangka samada ianya berkualiti atau tidak. Banyak sangat produk MRR yang dikeluarkan oleh Mat Salleh-Mat Salleh di luar dan sukar kita tentukan kan yang mana satu permata. Takut bila dah beli, kaca pula rupanya. Produk MRR yang ’sampah’ biasanya ayat-ayat dicover ebook nya sangat manis mengalahkan gula-gula tisu tetapi bila kita baca isinya, sangat-sangatla basic dan rasanya asik kita pun tahu.

Khas untuk sesiapa yang ingin memiliki produk MRR yang berkualiti, 11 Ogos ini Abooain akan melancarkan produk MRR Mega Sales. Saya lihat, kebanyakan produk MRR dalam pakej ini sangat ummpphh..! Tak sabar rasanya nak beli dan jual semula di forum luar ;p. Ooopps.. Saya nak baca juga semua tu dulu ya..:)

Pakej MRR Mega Sales sememangnya mengumpulkan produk-produk berkualiti. Apa yang saya hanginnya, pakej ini adalah sangat sangat sangat sangat sangat murah!! Saya cuba menampar diri sendiri bila melihat harga yang ditetapkan Abooain kerana saya sangkakan mimpi rupanya tidak. hoho. Sebagai orang baru di dunia perniagaan internet ni, setiap newbie harus beli produk tersebut sebagai sumber rujukan dan buat keuntungan di masa hadapan memandangkan kebanyakan produk MRR tersebut adalah yang terkini dipasaran!

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan MRR Mega Sales ini, jika anda membeli melalui link saya, saya akan berikan anda bonus tambahan. Saya akan umumkan bonus tersebut kepada semua subscriber saya nanti. Tungguuu…………..

Ikhlas,
AmmarZahar

p/s: saya akan hubungi pemenang untuk review contest. Tunggu ya kepada semua calon pemenang..

No Comments
klik di sini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti
 Powered by Max Banner Ads