Powered by Max Banner Ads 
Jun192009

Blog Pertama Sumber Saya Belajar..

Assalamualaikum, Salam sejahtera semua..

Apa khabar anda?

Saya kini baru pulih sedikit demi sedikit dari sakit-sakit kecil. Ok, rasanya minggu ni, genap setahun saya terjun ke bidang perniagaan internet. Banyak kenangan manis dalam setahun saya bergelar usahawan internet. Masih mentah lagi saya sebenarnya dalam bidang ni kalau nak dibandingkan dengan nama-nama besar yang dah bertahun lamanya menceburi bidang ini berbanding saya.

smartusaha

Ini termasuklah Smartzul. Saya akui, antara ebook terawal yang saya beli menggunakan duit simpanan pada tahun lepas adalah ebook dari Smartzul iaitu Panduan Kit Blogger Wordpress. Sejak dari itu saya kenal Smartzul dan sejak dari itu jugalah saya pandai menulis blog. Kalau dulu saya adalah budak biasa yang menggelarkan penulis blog ni sebagai geek, tapi sekarang tak sangka saya pun dah boleh menulis blog dan saya berbangga kerana skil penulisan saya juga semakin meningkat.

Terkenang zaman dulu-dulu (setahun yang lepas dimana saya masih lagi belajar tentang cara nak buat duit dengan internet), saya banyak rujuk kepada blog-blog tempatan. Maklumlah, saya ni kalau bahasa inggeris ni kurang sikit. Dan blog pertama yang menjadi sumber pelajaran saya adalah blog perniagaan internet oleh Smartzul. Begitu banyak info-info bernilai dalam blog tersebut.

Kalaulah Smartzul berhasrat nak membukukan karya tulisan beliau dalam blog tersebut, dah tentu harga buku tersebut mencecah ratusan ringgit dan bukunya pasti setebal kamus oxford Fajar edisi ketiga.

Saya sangat sarankan anda mengikuti post-post di blog Smartzul dengan harapan anda juga dapat banyak belajar dari tulisan beliau, sama seperti saya. Jangan lupa, blog Smartzul juga adalah antara blog yang top bagi keyword ‘perniagaan internet’ dan kalau anda buat blog tentang perniagaan internet, pastikan anda komen setiap kali Smartzul menulis dan anda akan dapat lihat ranking blog anda akan meningkat hasil dari backlink yang berkualiti.

Bukan itu saja, anda juga sebenarnya boleh mempelajari cara Smartzul menulis. Saya pasti tak semua orang lahir dengan bakat menulis, sama seperti saya dan saya juga banyak belajar dari blog Smartzul teknik-teknik menulis sampaila saya berjaya menghasilkan ebook sendiri.

Percaya atau tidak, kalau dulu saya komen pun Smartzul macam tak perasan dan mungkin bertanya “Siapalah budak ni..” tapi sekarang, smartzul adalah salah seorang rakan JV saya yang banyak membantu saya dalam setiap pelancaran produk saya.

Itulah dia kenangan antara saya dan juga Blog Perniagaan Internet Smartzul..

Jumpa lagi!

-Ammar Zahar

May152009

Usahawan Internet VS Pelajar

Saya di office praktikal
Saya dan komputer lembap di office praktikal

Sudah agak lama saya tak menulis di blog saya ni atas sebab sibuk dengan Duit Mania! dan juga pelajaran saya. Kebelakangan ni, bisnes saya semakin berkembang, pendapatan juga semakin bertambah. Saya rasa seperti dapat momentum dalam perniagaan saya.

Tapi dalam masa yang sama, pelajaran saya melalui saat-saat genting dimana saya perlu siapkan banyak assignment tertangguh serta melalui praktikal.. Zaman praktikal memang satu zaman yang saya dah jangkakan akan alami kesulitan. Sebabnya, kalau masa belajar, saya boleh manfaatkan masa sendiri. Saya yang akan tentukan masa sendiri.

Tapi kalau masa praktikal ni, saya kena ikut cakap bos la, tak boleh online la, kena patuhi itu dan ini la.. Sedangkan saya rasa banyak mereka buang masa dari bekerja. Saya ingat, 8.30 – 5.30pm tu dipenuhi kerja.. Rupanya tidak. Banyak masa dibuangkan dengan kehulu kehilir, berborak lama dan sebagainya.

Nak taknak, saya terpaksa ikut. Sebab markah saya juga mereka yang beri. Kalau saya asingkan diri dan buat kerja saya saja, mereka akan report pada pensyarah saya. Aduh…

Saya sampai rasa nak berhenti belajar je. Mana taknya, kalau bidang saya ni, agak susah nak cari kerja di Malaysia. Dan agak lambat nak kaya. Kalau saya sekarang boleh dapat RM 40k dalam 2 minggu buat secara part time, kalau buat full time, saya rasa mesti dah boleh cecah pendapatan lebih tinggi.

Tapi memandangkan ayah saya benar-benar berhasrat ingin melihat saya menggenggam ijazah, nak buat macam mana.. Saya terpaksa korbankan momentum ketika ini.

Ayah saya tak ada kelulusan, jadi dia cakap, saya belajar tinggal setahun, tahan sajalah dan dapatkan juga segulung ijazah. Demi membahagiakan ayah saya, saya turuti saja. Walaupun ada juga saya cakap, kalau saya grad nanti pun, saya kerja dapat gaji bawah 2ribu je. Sekarang, saya buat IM, dapat berkali ganda dari tu.

Hmm.. Tak apa, demi lihat kegembiraan ayah saya, saya akan tahan setahun lagi. Kini saya di tahun ketiga. So, ada setahun lagi lah..

Memang sukar menjadi jutawan pelajar tapi inilah cita-cita saya kini. Saya ingin bergelar Pelajar Jutawan walaupun sukar. Kita lihat nanti..

Tempat saya menghasilkan Duit Mania!
Tempat saya menghasilkan Duit Mania!

Oh ya, sekarang saya sedang nak mula menulis buku motivasi dan strategi bertajuk Pelajar Jutawan. Doakan saya supaya habis menulis dan insyaAllah, saya nak hantar kepada penerbit untuk dijual di kedai-kedai buku seperti MPH.

p/s Jualan Duit Mania! kini mencecah RM 40, 000. Ini benar mengejutkan saya.. :)

Apr222009

Pemenang Pertandingan..

Hai, Apa khabar?

Saya menulis post ini dalam keadaan cukup sibuk dan tak menang tangan serta kaki. Susah juga rupanya bila nak sediakan produk terbaik ni bila kita belajar+praktikal+usahawan ni. Memang sangat penat sampai setiap hari saya tidur 4 jam saja. ohoho.

Ok, saya tak ada banyak masa nak berceloteh sangat, seperti saya janjikan, berikut adalah keputusan bagi pertandingan review. Saya akan hubungi para pemenang tak lama lagi. Dan saya dah pun letakkan link blog anda (hadiah promosi) di ebook free saya.

1) Blog SmartZul - Klik sini. Smartzul kalau buat kerja memang teliti dan kualiti. Post yang dihasilkan untuk pertandingan ini pun memang padat. Saya suka dan terima kasih banyak-banyak. Zul nampaknya dah pakar dalam analisa tarikh lahir. Best!

2) Blog Oktant - Klik sini. Blog oktant tahun lepas lagi dah join pertandingan review saya ni tapi tahun ni baru melekat hadiahnya. Saya suka bila oktant buat review mengikut bulan. Sangat kreatif! Saya baru teringat dan perasan bahwa ada juga orang yang memerhatikan saya yang tak glamer ni ya. Thanks Oktant!

3) Blog abdfatah - Klik sini. Blog abdfatah agak kreatif dan lain dengan pesaing yang lain. Sebabnya? Anda tengok sendiri di blog tersebut dan bezakan dengan peserta-peserta lain. Anda dapat kan?

Untuk Pemenang Logo pula, ini adalah keputusannya..

1) Waris Jasid - Klik sini Waris Jasid memang berbakat. Saya sukakan logo anda. Kalau ikutkan, anda dah boleh bolot hadiah 1,2,3 tapi sebab saya beri mengikut orang dan bukannya mengikut design, no 1 je lah ya. Saya akan hubungi nanti.

2) Alam - Klik sini Alam punya logo pun quit good. kalau diasahkan lagi bakat tu, mesti boleh punya.

3) Maly - Klik sini Ok, susah nak tentukan tempat ke-3 ni. Saya sendiri tak boleh buat keputusan. Last-last saya minta mak saya buat keputusan untuk pilihkan yang mana satu untuk tempat ke-3

Saya dah pun susun mengikut nombor senarai pemenang pertandingan ini. Terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang join pertandingan ni sebab tanpa anda, siapalah saya. Wah..jiwang.

Ok, tunggu esok!

-Ammar Zahar

Apr162009

Duit Mania! bakal dilancarkan..!

Hai Semua..

duit-mania

Sebelum saya memaklumkan berita terbaru mengenai perkara yang bakal mengubah hidup anda, saya ingin umumkan bahawa pertandingan dah pun ditutup serta saya akan umumkan pemenangnya pada minggu hadapan, iaitu 22hb nanti.

Ok, itu tentang pertandingan..

Kini, tentang produk terbaru yang bakal saya lancarkan tak lama saja lagi, iaitu Duit Mania!-Gerenti buat duit di internet. Wah, siap tagline lagi. Ya, kali ni tak ada kaitan dengan buat produk dan affiliate, (mungkin ada sikit kot) tapi fokusnya lebih kepada memimpin anda sampai berjaya buat duit TANPA modal. Anda tak tersilap dengar.. TANPA modal atau kalau ada pun, sedikit sangat.

Sedikit review awal tentang produk ini, anda boleh download percuma ebook dalam 50 mukasurat hasil tulisan saya sendiri pada minggu hadapan dan saya melimitkan pengeluaran ebook percuma ni kepada 5000unit sahaja. Selepas 5000 unit, ia akan ditutup sebab ebook ni saya rasa dengan senang-senang saya boleh jual RM 50 berdasarkan maklumat didalamnya.

Sepanjang kajian saya, apa masalah anda sebenarnya ialah “Bagaimana Nak Mula”. Malah, bila dah tahu pun, tak tahu cara macam mana nak buat laman web, upload, domain name dan sebagainya. Itu masalah besar yang akan saya selesaikan dengan produk saya ni.

Malah, satu golongan lagi, bila dah tahu mana nak mula, sebagai contoh Clickbank, tapi tak tahu nak promosi lantas membuatkan anda berputus asa.

Kalau nak promosi pun kena keluarkan modal lah, tak tahu step-by-step lah, dan sebagainya.

Jadi, secara ringkas, Duit Mania!-Gerenti Buat Duit di Internet akan berikan penyelesaian kepada anda yang:

  1. Tak tahu macam mana nak mulakan- Duit Mania! berikan anda panduan macam mana nak mula dalam bidang internet. Duit Mania! sediakan anda beberapa jalan, siap dengan langkah demi langkah supaya anda tak tersesat jalan dan supaya anda fokus mengikut jalan yang telah saya tunjukkan
  2. Tak tahu hal-hal teknikal- Duit Mania! akan berikan anda 2 CD tutorial di pos ke rumah anda supaya anda tahu macam mana nak setup laman web, macam mana nak setup autoresponder, setup DNS, cPanel hosting dan banyaaaak lagi. Nak letak header dimana, nak tulis apa di surat jualan, semuanya ada dalam bentuk video di CD tutorial Duit Mania!. Tak ada alasan lagi anda ‘tak tahu nak buat macam mana’..
  3. Tak tahu nak menjual- ok. Ini masalah besar kenapa ramai yang tak berjaya di internet. Saya lihat, mereka yang join Clickbank pun tak tahu macam mana nak promosi. Jadi, dengan adanya Manuskrip Duit Mania!, anda akan didedahkan strategi-strategi usahawan internet seperti saya, Jay Deiboldt, Jason James dan ramai lagi melakukan promosi secara percuma di internet.Saya sangat faham bahawa ada yang susah nak keluar bajet untuk PPC dan Autoresponder. Takut gagal katanya. Jadi, saya tunjukkan hampir KESEMUA (ebook Malaysia belum ada lagi dedahkan) teknik-teknik advance mempromosi produk/laman web/affiliate/blog/apa saja secara percuma.

Malah, Duit Mania! bukanlah produk digital. Saya faham ada yang bermasalah nak baca duduk depan laptop nak belajar kan? Jadi, Duit Mania! adalah versi fizikal! Produk fizikal pertama saya. Anda akan diberikan 2 CD tutorial, dan juga sebuah buku Manuskrip Duit Mania!.

Jadi lepas ni, TAK ADA ALASAN anda tak boleh buat duit di internet (melainkan anda malas). Nantikan kemunculannya tak lama lagi! :)

-Ammar Zahar

P.S tengah tunggu designer saya siapkan grafik semua. Urgghh, tak sabarnya! Oh ya, lagi satu, forum Duit Mania! dah pun dibuka dulu di www.DuitMania.com/forum

Apr72009

Terima Kasih UUM

Hai semua..

Sabtu lepas, saya ke UUM dijemput untuk memberikan talk berkenaan dengan ecommerce. Saya agak terkejut juga dan saya boleh katakan bahawa ini kali pertama saya bercakap tentang perniagaan internet dihadapan 500 lebih audiens. Oh, sangat ramainya!

Terima kasih yang tak terhingga dari saya pada semua warga UUM yang terlibat yang sudi melayan saya seperti raja bak kata Prof Madya Habsyah. Walaupun saya diberi peluang selama 2jam setengah, namun saya rasa banyak yang saya dah kongsikan. Tapi saya tak sentuh affiliate lagi. kalau sentuh bab affiliate, mau boleh habis 2 hari kat sana..;p

Nak tulis disini pun agak panjang, tapi nanti saya akan letakkan gambar-gambar dan video yang sempat saya rakam pada majlis tersebut.

Apa yang menariknya, masih ramai pelajar IPTA yang belum tahu bahawa internet boleh mendatangkan pendapatan lumayan kepada mereka yang menjalankan perniagaan melalui internet. Sedangkan saya yang juga merupakan seorang pelajar IPTA dan tambahan pula tiada pembelajaran formal dalam bidang IT dan business pun boleh lakukan, anda pun boleh juga! :)

Nantikan gambar dan video dari saya!

Mar312009

Perkembangan IM semasa

Hai, apa khabar?

Seminar Rahsia Clickbank

Gambar diatas diambil masa saya dijemput untuk berkongsi pengalaman dan strategi affiliate dalam seminar Rahsia Clickbank yang dianjurkan oleh Gobala dan Zamri Nanyan. Buat kebelakangan ni, saya lebih menumpukan kepada pasaran antarabangsa berbanding tempatan. Ramai juga yang tanya kemana saya menghilang. Jadi, jawapannya saya masih ada lagi cuma sejak awal tahun saya lebih kerap mengadakan seminar, buat Personal Coaching, dijemput untuk talk dan kerja-kerja bercakap bagi pasaran tempatan.

Walaupun begitu, saya juga tetap menghasilkan produk-produk tapi untuk pasaran global lah. Kerana saya teringin menempatkan nama ‘melayu’ sebaris dengan nama-nama besar seperti Eric Rockefeller, Chris X, Mike Filsaime dan ramai lagi (oh, tingginya cita-cita!). Jadi, saya lebih fokus kearah itu buat masa ni.

Baru-baru ni juga, salah seorang sahabat online saya PM saya di Gtalk bertanyakan tentang produk terbaru. Saya cakaplah yang saya kini fokus pasaran antarabangsa. Namun, saya tersentuh bila dia cakap “kongsila ilmu dengan orang kita walaupun berbayar produk tu..”

Lalu, memandangkan kini pasaran kita macam agak suram selepas tsunami Rahsia Clickbank tempoh hari, saya rasa tiba masa saya untuk keluarkan produk terbaru saya. Saya dah mula draf beberapa tajuk seperti Pemasaran Email, PPC, Pemasaran Twitter dan Web2.0, dan beberapa tips affiliate untuk saya bukukan namun, selepas saya buat vote kat bawah ni, dan banyak email yang saya terima ia lebih cenderung kearah “Bagaimana Memulakan Perniagaan Internet”.

Jadi, buat masa ni saya nak maklumkan yang saya akan ambil peserta Personal Coaching dalam minggu ni saja dan seterusnya, saya akan mula kerja-kerja menyiapkan produk terbaru yang saya jangka keluar pada akhir bulan 4 atau bulan 5 ini.

Yang pasti, produk ini akan ubah hidup anda..

Ok, itu saja rasanya dan dibawah ni ada lagi gambar-gambar seminar Rahsia Clickbank yang saya rasa banyak rahsia saya dikongsikan pada seminar tersebut..:)

seminar Rahsia Clikbank

Affiliate marketing

gambar bersama peserta dan Gobala Krishnan

Jumpa lagi!

-Ammar Zahar

Mar272009

Bukti SALAH SATU komisen affiliate

commission-muhammadammar

Saya sebenarnya jarang dan tak suka letakkan bukti komisen affiliate mahupun jualan sebab saya dapat rasakan ianya lebih kepada ‘poyo’ semata-mata. Tapi akhirnya saya letakkan juga cek komisen daripada Gobala Krishnan untuk mempromosikan salah satu produk beliau dan Zamri Nanyan. Rasanya semua dah tahu kan?

Pendapatan ini saya dapat kurang dari sebulan. Dan ini adalah salah satu komisen affiliate yang saya terima. Komisen affiliate yang lain, terutamanya Clickbank akan saya paparkan masa pelancaran produk saya yang akan datang.hehe.

Teknik-teknik untuk dapatkan pendapatan sebegini ada saya tunjukkan dalam Personal Coaching saya dan saya rasa, semua student saya dah pun tahu caranya sedikit sebanyak kan? Ini baru affiliate punya pendapatan, belum lagi hasil jual produk sendiri ya..

Jumpa lagi!

-Ammar Zahar

Topik Apa Yang Anda Mahu Pelajari..?

View Results

Loading ... Loading ...

Mar262009

TERBARU:Pertandingan Sempena Harijadi saya..

Assalamualaikum, Salam Sejahtera..:)

Sempena dengan hari ulangtahun kelahiran saya yang ke-22 iaitu (25/03/09), saya nak menganjurkan 2 buah pertandingan khas untuk blogger dan juga designer:

Pertandingan Review AmmarZahar

1. Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan mereview diri saya. Itu saja. Terpulang kepada anda nak tulis berapa perkataan pun.

2. Masukkan link ke blog saya, http://PerniagaanInternet.com/blog. Masukkan dalam post review tersebut.

3. Tarikh tutup ialah 11/04/09 dan terpulang kepada anda nak berapa banyak review pun. Yang penting, bila dah review, reply disini untuk saya semak.

Pertandingan Design Logo AmmarZahar Internet Marketing

1. Terbuka kepada anda, warna, bentuk, atau sebagainya untuk rekacipta logo saya dan post disini hasil anda.

2. Semua logo akan saya paparkan di blog saya dan pengunjung blog saya akan buat undian 5 terbaik dan saya akan adili yang mana saya berkenan.

3. Sedikit hint, boleh lihat logo asal company saya di laman web perniagaaninternet.com.

4. Tarikh tutup penyertaan adalah 12/04/09.

Hadiah

Kategori Review blog:

Johan: Saya akan buat review blog anda di blog saya, berserta wang tunai RM 100, serta iklan di ebook+video free yang akan saya keluarkan tak lama lagi.

N.Johan: Wang tunai RM 50 serta ruangan iklan di ebook+video free yang akan saya keluarkan tak lama lagi.

Tempat ke-3: Wang tunai RM 25 serta ruangan iklan di ebook+video free yang akan saya keluarkan tak lama lagi.

Kategori Cipta Logo:

Johan: Saya akan buat review tentang servis anda di blog saya, serta tender merekabentuk logo syarikat saya dan juga kedai online saya. Serta wang tunai RM 100 dan ruangan iklan di ebook+video free yang akan saya keluarkan tak lama lagi.

N.Johan: Wang tunai RM 50 serta ruangan iklan di ebook+video free yang akan saya keluarkan tak lama lagi.

Tempat ke-3: Wang tunai RM 25 serta ruangan iklan di ebook+video free yang akan saya keluarkan tak lama lagi.

*Semua peserta yang menyertai pertandingan ini akan
dapat hadiah misteri dari saya.

Segala persoalan, boleh kemukakan di post ini.. :)

Terima kasih,
-AmmarZahar

Mar242009

Peluang Menjadi Super Affiliate: Komisen RM 100!

Assalamualaikum, Salam Sejahtera semua..

Personal Coaching

Dengan secara rasminya saya ingin nyatakan bahawa Rahsia Newbie kini dah pun ditutup jualannya dan saya akan mula membayar komisen kepada affiliate dan tengah sibuk mencari hadiah tambahan untuk diberikan kepada rakan-rakan JV dan affiliate yang berjaya membuat jualan dengan banyaknya. Jadi, kalau anda ada buat jualan sebagai affiliate Rahsia Newbie, sila lengkapkan maklumat akaun Maybank anda ya..

Bagi anda yang teringin memiliki Rahsia Newbie, saya minta maaf sebab jualannya dah pun saya tutup sehingga satu masa nanti. Sempena dengan itu juga, saya dah pun buka affiliate Personal Coaching saya secara terbuka kepada umum dengan komisen menarik yang saya tawarkan, iaitu RM 100. WOW! banyak juga kan?

Secara ringkas, anda boleh ke Laman Affiliate untuk Personal Coaching. Maklumat lanjut tentang produk, itu dan ini ada disediakan di laman web tersebut. Saya juga berkongsi cara untuk mempromosikan Personal Coaching tersebut. Jadi, lepas ni dah boleh dah letak banner dekat blog anda.

Sekali lagi, jangan lupa untuk isikan borang undi dibawah ini ya supaya saya boleh bantu apa yang patut. Banyak yang minta saya kongsikan ilmu itu dan ini tapi saya tak larat nak jawab semua email. Maaf, saya memang agak sibuk dengan student Personal Coaching saya dan juga pelancaran produk terbaru saya dalam Bahasa Inggeris..

Topik Apa Yang Anda Mahu Pelajari..?

View Results

Loading ... Loading ...

Sekian,

AmmarZahar

Mar232009

Anda Perlu Tonton Yes Man!

Hai, apa khabar..?

Rindu saya pada blog ni menarik-narik jari jemari ni  untuk menulis di Blog Perniagaan Internet ni. Dah 2 bulan lebih saya menghilang dari blog ni dan kini saya kembali untuk menulis dan melatih semula diri saya ni menulis sebab sekarang macam dah jarang menulis.

2 hari lepas saya sempat beli DVD baru bertajuk Yes Man lakonan Jim Carey. Cerita ni memang memberikan inspirasi buat saya dan saya harap anda juga dapat inspirasi yang banyak bila menonton cerita ni. Blog ni bukanlah nak jadi blog hiburan, cuma saya ingin sampaikan pada anda, jika anda rasa peluang itu ada, anda patut katakan saja YES kerana jalan ke arah kejayaan pasti akan menanti anda.

Filem Yes Man

Saya teringat semula masa saya buat Personal Coaching semalam, ada yang tanya saya boleh ke kalau buat produk dalam niche bukan internet dan cari duit. Katanya macam tak ada pembeli pula. Jadi, saya tak mahu ulas banyak-banyak disini, saya serahkan pada anda. Anda lihat saja filem diatas dan berikan jawapan pada anda sendiri.

Err.. cukup dulu sedikit update dari saya, dan saya ingin minta tolong anda isikan sedikit poll dibawah ini tentang produk yang bakal saya hasilkan selepas ini.

Topik Apa Yang Anda Mahu Pelajari..?

View Results

Loading ... Loading ...


 Powered by Max Banner Ads