Archive for October 2008


 Powered by Max Banner Ads 
Oct232008

Promosi Tanpa Keluar Bajet..Boleh Berjaya?

Assalamualaikum/Hi.

Setakat ni, Rahsia Newbie dah pun mencecah jualan sehingga 260 jualan dan ini tak termasuk jualan semasa pra-pelancaran. Terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan kepada anda yang membeli, mempromosi dan yang memberi komen terhadap Rahsia Newbie. 260 jualan, pada musim ekonomi yang merosot dibantu pula dengan pelancaran pada musim perayaan, masih lagi membuatkan saya bersyukur walaupun ramai sifu yang cakap ‘timing’ pelancaran Rahsia Newbie tak kena sebab masih lagi musim raya dan mindset orang lebih kepada nak beraya. Bila lepas raya, duit pulak dah habis sampai hisap rokok SAAT je.

Tak mengapa, saya masih lagi membuka jualan untuk Rahsia Newbie sehingga tamat 39 copy sahaja lagi. Selepas waktu tersebut, Rahsia Newbie akan mengalami revolusi yang mana ditukar secara menyeluruh kedalam edisi Bahasa Inggeris. nanti saya terangkan mengapa kita perlu menjual dalam USD dan bukan RM sahaja. Saya dalam proses ujikaji.

Promosi Tanpa Keluar Bajet atau modal. Bagaimana? Ada orang mengeluarkan modal beratus ringgit malah ada juga yang mengeluarkan modal sehingga beribu ringgit hanya untuk promosi dan melariskan jualan. Dan bagaimana kita nak meminimumkan kos tersebut supaya kita untung dulu baru keluar bajet promosi? Apakah strategi yang mantap untuk HANYA mengeluarkan modal membeli domain dan hosting sahaja serta upah outsource. Benarkah boleh?

Ya, saya sendiri telah mengalaminya dan ramai orang lebih-lebihnya otai lain yang mengalaminya. Ini adalah pengaruh dan juga kuasa email marketing serta JV yang membolehkan anda menjual tanpa kos promosi. Model yang paling dekat saya tunjukkan disini adalah Rahsia Newbie sendiri. Dengan Rahsia Newbie, saya sengaja tak melabur untuk kos promosi seperti yang saya lakukan dalam Koleksi Grafik V2. Untuk Koleksi Grafik V2, saya banyak juga melabur untuk promosi namun, lain pula halnya dengan Rahsia Newbie.

Apa yang anda perlu lakukan adalah sediakan sistem affiliate dan juga list email yang besar sebelum melancarkan sesuatu produk. Kemudian, approach mana-mana potential JV partner yang boleh membantu anda untuk mempromosikan produk. Teknik JV Rahsia Newbie ada saya kongsikan tips JV. Jadi saya tak perlu ulas banyak tentang JV kan.

Email Marketing juga satu lagi senjata yang boleh anda gunakan untuk strategi marketing. Jangan takut untuk melanggan autoresponder berbayar. Ini pesanan utama daripada mana-mana pakar. Bila dah ada list yang besar, gunakan dan jaga sebaik mungkin.

2 Teknik ini saya kupas dengan cukup umum disini. Jadi, jika anda nak lebih detail, boleh dapatkan Rahsia Newbie. Sebelum jualannya saya tutup. Ingatlah bahawa, rakan JV anda adalah rakan anda. Sehingga kini, saya bukan saja menawarkan peluang JV dengan rakan JV saya. Malah, kami juga kerap berYM dan juga berSMS tentang hal-hal lain.

Ok, cukup saja dengan 2 teknik tersebut dan saat-saat anda melancarkan produk, anda pasti tak perlu berbelanja untuk kos promosi. Percayalah.. :)

Ikhlas,

AmmarZahar

Oct192008

Siapa kata anda tak boleh berniaga di internet?

Hai semua..

Maaf sebab dah lebih dari seminggu saya tak menulis di blog ini. Kalau anda tahu, ok la. Tapi jika anda tak tahu, saya kini sedang sibuk menyiapkan tugasan belajar saya. Dengan final project lagi nak hantar minggu depan sekali dengan presentation, dengan assignment lagi, dengan final exam lagi. Wah, agak pecah kepala dibuatnya. Walaupun saya sibuk sampai lebih seminggu tak tulis apa-apa di blog, namun income saya melalui internet masih best lagi ;)

Ok, dengan bukti yang saya tunjukkan ini, saya nak tanya anda. Siapa kata tak pelajar U tak boleh berniaga? Saya masih lagi maintain dengan beberapa jawatan di kolej dan juga pointer yang ok. Dalam masa yang sama, bisnes semakin mengembang.

Terus terang saya cakap, kalau saya jalankan bisnes biasa dan kerja sambilan, pasti keputusan pelajaran saya akan merosot. Kerana kerja lain memerlukan komitmen yang tinggi di luar. Sebab itulah saya jalankan perniagaan internet. Sambil belajar, sambil berniaga. Buat assignment pun guna komputer, buat bisnes pun guna komputer yang sama. Tak perlu banyak modal dan pergerakan ;)

Baru-baru ni saya mula meyelongkar lubuk emas di eBay. Banyak juga benda baru yang saya ketahui. Patutla orang cakap ebay ni lubuk emas. Sebab memang banyak benda yang saya boleh teroka rupa-rupanya. Saya senaraikan beberapa kebaikan berniaga di ebay untuk anda nilaikan. (mungkin anda tahu lebih banyak dari saya kan?)

  1. Tak perlu list.
  2. Tak perlu bina website.
  3. Tak perlu susah-susah promosi.
  4. Tak perlu berJV.
  5. Tak perlu pengetahuan teknikal.
  6. TAK PERLU MODAL.

Ya, saya sedang mencuba teknik yang ke-6 tu sebab boleh saja kalau taknak guna modal. Lepas saya habis exam ni, nampaknya saya akan selongkar almari mak la sebab nak cari baju-baju terpakai.hehe.

Apa yang menariknya, ebay ni memerlukan beberapa teknik mudah yang saya nak kongsikan disini hasil pembelajaran saya daripada seorang trainer ebay, iaitu bro Noorizam. Saya belajar ini semua dari ebook kuasalelong dia lah ;)

  1. Perkara paling penting dalam berniaga di ebay adalah reputasi. Ramai yang terlupa bahawa begitu banyak peniaga di ebay dan melupakan pesaing mereka. Nak atasi pesaing kita, kita dapatkan seberapa banyak reputasi daripada mereka. Cara ini ada ditunjukkan dalam kuasalelong.
  2. Ada juga yang masih tak tahu syarat-syarat di ebay. Ebay melarang kita menjual produk digital seperti ebook dan sebagainya. Tapi kalau nak jual, ada caranya. Kita jadikan dalam bentuk CD.
  3. Ok, ebay sememangnya beri kita peluang meletakkan harga dan strategi yang paling besar adalah disini. Oh, saya tak dapat tulis kesemuanya kerana saya akan sambung dengan lukisan Master Plan saya.

Saya harap sebahagian tips daripada saya diatas berguna untuk anda. Jika anda rasa anda nak jual produk fizikal, juallah di ebay. ini kerana trafik daripada ebay akan menyumbang kepada kedai online anda.

Ada banyak panduan nak memulakan perniagaan di ebay. Sekarang ni, trend orang buat duit lebih-lebih lagi dengan keadaan ekonomi dunia yang sedikit suram dan gelora politik yang melanda satu atmosfera dunia. Jadi, anda jangan ketinggalan untuk sama-sama buat duit di internet.

Namun begitu, untuk menjual di ebay, perlukan panduan yang betul. Jika tidak, anda akan lihat barang yang anda jual tak laku dan seterusnya anda akan putus asa dan kembali kepada kerja lama anda-surf di internet, dan cari kaedah paling cepat kaya dan kemudian tersalah jalan.

Ikhlas,

AmmarZahar

P.S Jika anda nak dapatkan ebook Kuasa Lelong, saya akan berikan hadiah bonus bernilai RM 114. Hadiah yang akan saya berikan ini adalah masih fresh lagi dan disediakan lesen PLR yang membolehkan anda edit dan jual semula. Ini link saya: http://www.rahsianewbie.biz/kuasalelong. Pastikan anda email saya selepas membeli kuasa lelong daripada link saya.

Oct112008

Langkah pertama memulakan perniagaan internet..

Comments Off

Assalamualaikum, Salam Sejahtera..

Sebelum saya menulis, sedikit peringatan daripada saya, artikel ini adalah untuk newbie yang ingin menceburkan diri dalam perniagaan internet. Bagi mereka yang dah pun memulakan langkah pertama dalam perniagaan internet, rasanya tak sesuai untuk anda tapi sebarang komen masih lagi amat saya alu-alukan.

maybank2u

Akaun Maybank2u. Ramai newbie yang terlalu ghairah nak mulakan perniagaan internet mereka hingga lupa tentang maybank2u. Maybank2u adalah antara bank terawal yang membuka aplikasi online dan kini rasanya ramai pengguna Maybank. Jika anda tertanya-tanya “Macam mana nak terima bayaran di internet?”, anda hanya perlu membuka akaun Maybank dan pergi di Maybank kawasan berhampiran dan kemudian minta pekerja Maybank menunjukkan anda bagaimana membuka akaun Maybank2u. namun begitu, anda juga boleh mendaftar secara online sahaja di laman web Maybank2u.
Selain itu juga, tak ketinggalan akaun CIMBclicks anda. Secara ringkas, sama saja dengan cara membuka aplikasi Maybank2u.

Jika anda masih lagi tertanya-tanya bagaimana menerima proses bayaran online, jawapannya adalah Paypal. Ingat, sebelum anda memulakan proses pendaftaran Paypal anda, sediakan dahulu kad kredit ataupun kad debit, ataupun VCC. Tentang Kad debit, saya terima banyak pertanyaan mengenainya dan saranan saya, anda menggunakan kad debit Public Bank. Mohon kad debit anda di cawangan Public Bank berhampiran dan paling lambat, 3minggu akan settle proses.

Jadi, sementara menunggu 3minggu tersebut, anda bolehla mendaftar Merchant Account anda di Paypal. Tapi ingat, pendaftaran anda tidak akan verified selagi anda tidak dapat kod verifikasi dari PayPal. Namun begitu, anda boleh juga mem’verified’ akaun anda dengan menggunakan VCC ataupun Virtual Credit Card.
Akaun email. Saya sangat menyarankan anda menggunakan akaun Gmail untuk akaun email peribadi perniagaan internet anda. Bukan sahaja kerana saiznya besar, malah ada beberapa kelebihan Gmail berbanding penyedia akaun email lain seperti yahoo dan MSN. Kalau anda nak tahu apa kelebihannya, anda cubalah sendiri :)

Diatas adalah pandangan saya khas untuk tatapan newbie yang ingin menjalankan perniagaan internet. Selepas anda mempunyai kelengkapan tersebut, anda boleh fikirkan cara mencipta produk anda ataupun cara membina minisite. Khas untuk pengikut Twitter saya, saya akan sediakan Video Bagaimana Membina Minisite anda dalam masa yang singkat! Video ini percuma dan saya akan berikan link download kepada anda tidak lama lama lagi melalui Twitter. Tunggu ya! :)

Follow saya di sini,

AmmarZahar

Oct82008

Twitter: Satu lagi revolusi..

Hai semua..

Dalam mood-mood beraya ni, saya masih lagi sibuk mencari duit raya melalui internet. Selepas kejayaan Rahsia Newbie, saya kini berhasrat belajar lebih banyak tentang perniagaan internet. Banyak jugala duit saya habiskan untuk membeli ebook-ebook dan juga buku-buku fizikal untuk menambah pengetahuan saya. Nak tembusi market luar, kena ada banyak pengetahuan kan.. ;)

Saya nak kongsikan satu lagi revolusi di internet yang kini bakal bersaing dengan nama-nama seperti Myspace, Facebook, dan juga laman-laman social web yang lain. Ya, namanya adalah Twitter. Saya dah lama juga join tapi baru saja nak beraktif-aktifkan diri dengan Twitter ni. Sebabnya adalah saya baru jumpa beberapa rahsia yang didedahkan oleh usahawan internet barat mengenai cara buat duit dan marketing melalui Twitter ni. Sebelum saya berkongsi lebih banyak, saya harap anda follow saya di Twitter.

Twitter

Saya harap anda follow saya dengan klik imej diatas.

Sebagai usahawan internet, Twitter akan menjadi salah satu kewajipan kerana ada banyak kelebihan bagi pengguna Twitter. Twitter menggunakan konsep ‘follow’ dan akan memaparkan mesej update di ruangan home laman anda. Oh.. macam mana saya nak cerita panjang lebar ya? Saya rasa lebih baik anda mendaftar terus di twitter.com.

apa yang anda perlu lakukan adalah, isikan maklumat anda, dan daftar percuma. Jika anda pernah mendaftar dengan friendster, myspace ataupun facebook, ia adalah sama sahaja. Apa yang melebihkan Twitter adalah proses pendaftarannya mudah sahaja :)

Kini saya nak ceritakan apa pentingnya Twitter kepada anda, usahawan internet.

Twitter

  1. Twitter menggunakan waktu sebenar. Anda hanya perlu setkan waktu Kuala Lumpur dan anda akan menerima update daripada siapa yang anda follow dengan pantas mengikut waktu yang sebenar. Sekarang ni, orang lebih suka buat update di Twitter berbanding menghantar broadcast email yang agak lambat untuk dilakukan.
  2. Dengan Twitter, anda boleh melakukan update melalui handphone anda. Sangat mengujakan! Perkara kedua yang hebat di internet adalah melalui komunikasi melalui IM (instant messaging) dan Twitter memberikan kemudahan IM ini melalui mobile. Anda boleh terus berikan update anda melalui handphone terus. Tak kira dimana anda berada (walaupun tak ada connection internet)
  3. Salah satu cara menarik trafik yang hebat! Bayangkan jika anda mempunyai 1000 follower dan anda menghantar link blog anda. Link blog anda tersebut akan disenaraikan di ‘board’ followers anda dengan cara ini. Tak perlu autoresponder pun tak apa dah. err.. kalau ada lagi bagus! hehe
  4. Disebabkan waktu yang digunakan Twitter adalah waktu yang sebenar, sangat berguna jika anda melakukan OTO. Anda boleh buat OTO ‘time sensitive’ dan lihat bagaimana kesannya. Anda juga sudah semestinya dapat mengikut OTO IM lain dan mendapatkan harga promosi tersebut :)

Ok, anda dah lihat banyak kebaikannya kan? Saya akan terus mengkaji Twitter ini dan akan berikan anda laporan demi laporan hasil kajian saya di blog ini bagaimana nak buat duit melalui Twitter. Saya yakin, pasti boleh! ;)

Anda tunggu apa lagi? Jika anda belum daftar Twitter, anda daftar sekarang dan jangan lupa follow saya di http://twitter.com/ammar87

Tweet! Tweet! :)

AmmarZahar

Oct62008

Kini, tak ada alasan lagi nak dapat duit online!

Assalamualaikum, Salam Sejahtera..

Sebelum saya berceloteh panjang mengenai tajuk post saya yang sedikit hype ni, saya nak tanya sikit. Berapa banyak dah duit raya yang anda dapat melaluui online? Harap-harap anda semua dah boleh buat duit online lebih-lebih lagi masa raya. Jangan banyak duit habis sebab raya sudah la ya.. ;)

Sekarang dah ada macam-macam panduan buat duit secara online. Tinggal nak atau tidak saja. Ada Ebay, ada cara adsense, ada cara affiliate, ada cara buat produk sendiri macam Rahsia Newbie dan sebagainya. Kini terpulang anda dan terserah anda mana satu jalan yang anda pilih atau anda mahukan kesemua jalan tersebut pun tak apa.

Bagi saya, saya pilih jalan cipta produk sendiri kerana ada banyak kelebihannya. Memang segalanya ditangan saya bila saya mencipta produk sendiri. Tak kisahla tentang saya. Ini jalan yang saya pilih. Namun, anda bagaimana pula?

Kadang-kadang saya terfikir, mengapa orang ramai mahu buat kerja yang susah-susah, bisnes yang susah-susah sedangkan mereka boleh buat duit hanya dengan melayari internet? Saya cakap macam ni bukan bermaksud provokasi terhadap sesiapa yang menjalankan perniagaan offline ya… :) Ini sekadar renungan bersama daripada seorang usahawan internet.

Dan untuk anda, saya tak lama lagi akan melancarkan sebuah ebook PERCUMA berkenaan pembinaan minisite supaya anda tak ada alasan lagi kenapa tak boleh menjual di internet..

Ikhlas,

AmmarZahar

Pencipta Rahsia Newbie

klik di sini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti
 Powered by Max Banner Ads