Kenapa Saya Pilih Affiliate..
Hai, Apa Khabar?
Sejak Affiliate A+ dilancarkan, saya tak menang tangan. Begitu juga dengan perkembangan affiliate saya untuk pasaran antarabangsa. Nampaknya, saya dah bersedia untuk mengangkat langkah lebih kehadapan dalam perniagaan internet ni dengan lebih fokus terhadap pasaran antarabangsa selepas 3 produk yang saya keluarkan bagi pasaran tempatan.
Bercakap mengenai pasaran antarabangsa, sememangnya adalah lebih mencabar daripada pasaran tempatan. Susah juga nak dapatkan rentak tapi bila saya dah dapat rentak, rasanya sekarang saya mahu lebih fokus dengan pasaran luar yang lebih lumayan. Sudah tentula saya join affiliate juga untuk pasaran luar..
Sebabnyya? Ini adalah kerana banyak yang bestnya jadi affiliate ni. Modal lebih sedikit beranding dengan cipta produk. kalau saya buat produk, dah tentu saya kena ambil masa yang lama nak tulis ebook proper english. Kalau saya nak upah ghostwriter pun, cajnya lebih mahal juga berbanding di Malaysia. Perlu pening-pening kepala layan kerenah pelanggan di luar negara lagi..
Tapi, sebagai seorang yang menetapkan impiannya untuk bergelar jutawan, (ehem ehem..) saya perlu juga menempuh pasaran luar. Nak lebih senang, saya pilih affiliate. Memang banyak produk sebenarnya kita boleh promosikan untuk produk digital versi antarabangsa ni. marketnya lebih luas. Kalau kat Malaysia, jarang-jarang nak cari orang buat ebook pasal ‘Nak Rampas Teman Lelaki‘, tapi untuk market oversea, memang ada dijual.
Malah, kos saya untuk join affiliate di Clickbank juga adalah ZERO.. Cuma, janganlah bermain di tengah laut kalau tak tahu berenang. Buruk padahnya nanti.. hehe. Bila sebut pasal affiliate, sudah tentu secara asasnya adalah – dapatkan link affiliate, dan kemudian promosi. Jadi secara tak langsung, affiliate adalah berkenaan dengan strategi promosi pemasaran. Jika anda power SEO, teruskan.. Jika anda power email marketing juga, teruskan..
Tapi tahukah anda sebenarnya banyak lagi cara untuk kita mempromosikan link affiliate kita? Untuk pasaran Malaysia, nichenya lebih tertutup sikit. Masih lagi terkongkong dengan niche ‘buat duit’ tapi tak mustahil rasanya akan muncul banyak ebook tentang ‘benda bukan buat duit’..
Saya rasa tak perlu saya kongsikan disini tips-tips tersebut kerana segala cerita berkenaan affiliate, akan saya tulis di ruangan blog Affiliate A+. Rajin-rajinlah kesana juga ya, sebab saya pasti akan sediakan post-post tentang affiliate. Jika anda selama ini ingat anda beli 1 ebook affiliate sudah mencukupi, anda sebenarnya silap. Ini kerana affiliate adalah tentang strategi.
Sudah tentu strategi setiap affiliate marketer adalah berbeza. Kalau anda ketandusan idea dan masih belum mendapatkan sebarang komisen dari mana-mana program affiliate, nampaknya anda kena tukar strategi barulah nampaknya.. Contoh yang paling dekat, saya sendiri.. haha.
Mula-mula saya gunakan email marketing untuk promosikan produk antarabangsa.. Tapi, memandangkan list email saya sangat kecil untuk prospek luar, saya terpaksa lupakan strategi email marketing saya dan saya beralih kepada PPC. Dan nampaknya, dengan menggunakan strategi PPC, menimbullkan kesan yang lebih memberangsangkan. Untuk tahu lebih banyak strategi yang boleh anda gunakan, dapatkan Affiliate A+ lebih-lebih lagi, ianya merupakan tulisan terakhir saya dalam masa terdekat ni.
Jadi, jika anda ada misi untuk jadi jutawan internet, anda perlu main market luar. Tapi, kalau anda sendiri tak boleh kuasai market Malaysia, jangan berangan nak main pasaran tempatan..
Sekadar berkongsi,
AmmarZahar
5
Comments
qistina
Tahniah semoga berjaya menjadi JUTAWAN InTernet nanti…AMIN
yazid
wau hebatnya pandangan saudara terhadap pasaran tempatan..tahniah dan semoga pasaran malaysia menuju ke pasaran yang lebih cemerlang,gemilang dan terbilang di persada antarabangsa
PakTeh
menarik kupasan saudara. semoga terus berjaya.
samdaddycool
best juga berguru dengan tok guru muda belia (bujang
) ni..
muhafis
bagi sy lah kan mar, lambakan ebook menyebabkan local affiliate kurang berkesan.. paling masyuk sy pnah jual pun ebook myspacemasyuk. thats it. mungkin byk cara & startegi baru boleh guna.. kn
Leave a Reply