Logika PPL
Hai, apa khabar?
Dah lama saya tak update blog. Terlalu sibuk terutamanya dengan final project belajar ni membuatkan banyak perancangan dan kerja tergendala. Tapi nak tak nak saya kena terima yang inilah hakikat seorang usahawan pelajar kan? Ok saya adakan post ini adalah untuk berkongsi pendapat dengan anda setelah saya dapat banyak pertanyaan dan soalan mengenai PPL (pay per lead).
Pay Per Lead memang salah satu cara paling pantas untuk mengumpul lead atau mengumpul email. Konsepnya sama saja macam jual barang, kita buka affiliate. Tapi kali ni kita buka affiliate dan affiliate boleh promosikan produk percuma kita dan dapat komisen. Biar saya ulas tentang affiliate dulu ya.
Kalau anda sebagai affiliate yang baru nak bermula, PPL memang salah satu cara paling mudah nak buat duit walaupun sedikit. Saya suka konsep bermula dengan sedikit dahulu dan kemudian baru melangkah ke yang lebih besar.
Jadi, kalau anda baru bermula sebagai affiliate, anda boleh terjun mencari peluang PPL dan buat duit dengan PPL dulu supaya anda dah biasa dengan teknik promosi. Walaubagaimanapun, saya selalu tekankan bahawa ada banyak perbezaan teknik promosi benda percuma dengan teknik promosi produk berbayar. Sebagai contoh, jika anda menggunakan Google Adwords untuk mempromosikan PPL, jangan sekali-kali menggunakan search network kerana ia akan memakan diri anda. Usaha yang anda jalankan tak memadai dengan apa yang anda dapat.
Sebaliknya anda boleh cuba guna ‘content network’ yang lebih murah jumlah kos per clicknya. Namun, ini masih lagi bukan cadangan utama kerana kalau saya berada di tempat anda, saya akan gunakan teknik-teknik percuma seperti menggunakan forum, blog commenting, facebook, web2.0 dan banyak lagi.
Seperti biasa, kalau anda menggunakan teknik percuma, pastinya anda perlu berusaha lebih keras dan lebih rajin. Namun jangan risau kerana promosi benda percuma lebih mudah daripada produk berbayar.
Ok, rasanya cukup setakat tu..
Bagi IM yang nak mengumpul list pula, cara PPL adalah yang paling cepat tapi anda perlu mengeluarkan wang atau kena ada bajet. Tapi ada cara untuk anda tak mengeluarkan bajet langsung. Macam mana tu? Caranya adalah dengan menyertai mana-mana program affiliate ataupun menjual produk sendiri sebaik sahaja memberi tawaran download kepada prospek.
Dengan cara ini, anda akan dapat cover cost anda tadi.
Pertama sekali, anda perlu menyediakan laporan percuma. Pastikan laporan percuma tersebut mempunyai kualiti yang tinggi dan grafik yang mantap. Anda perlu ingat bila anda buat PPL, akan ada banyak prospek melawat laman web anda. Ingat, first impression amat penting dalam perniagaan. Jadi, anda jangan sekali-kali meletakkan grafik sebagai perkara main-main.
Bila anda dah ada squeeze page/landing page,report untuk diberikan percuma dan juga grafik yang meletop, anda perlu mempunyai sistem affiliate yang boleh anda operasikan untuk PPL. Bajetnya dalam RM20-50 mengikut programmer yang anda hubungi.
Anda boleh iklankan job untuk memasang sistem affiliate PPL ini di forum-forum bisnes internet. Dengan ini, anda akan mendapat respons yang lebih cepat.
Komisen pula, bagi pasaran dalam Malaysia, anda boleh tetapkan 25sen-RM2. Kalau anda letak RM2, pastikan anda ada backup (ada produk yang anda jual selepas prospek optin).Kalau tak, anda letak murah je. Kalau anda letak komisen tinggi untuk affiliate, anda akan dapat affiliate yang komited dan ramai. Itu untungnya..
Kalau pasaran antarabangsa pula, anda boleh letakkan komisen dalam $0.50-$1. Ini normal. Untuk script pula ada banyak script atau sistem affiliate yang anda boleh gunakan untuk pasaran antarabangsa.
Saya dah mencuba teknik PPL dan ia mampu memberikan sehingga 500 lead atau email setiap hari. Bayangkan anda gunakan teknik ini selama sebulan. 15000 email dalam sebulan. WOW! Banyak kan? Kita biasanya akan ukur pendapatan anda melalui list email. Kalau list email anda semuanya berkualiti, ini bermaksud pendapatan anda adalah RM 15000 sebulan (dengan mengambil kira 1 email=RM1).
Jadi, kalau anda ingin mengumpul email menggunakan teknik ini, gunakan teknik seperti yang saya syorkan diatas. Pasti anda akan mendapat email dengan cepat. Namun begitu, kualiti email dari PPL kurang berkualiti kerana mereka merupakan freebies seeker. Jadi, anda perlu filter dulu list anda selepas melakukan PPL.
Goodluck!
6
Comments
Safuan Sipenglipurlara
Betul tue atas apa info yang Ammar beri.. Menggunakan PPL adalah cara mudah mengumpul list namun sejauh mana kualitinya kita tidak pasti
redfar
rugi lar kalau list yg dikumpul tidak berkualiti kan..
Khairul Hazwan
Bagi saya, orang boleh kata apa pun sy tak kisah.. Nak cakap list berkualiti ke tak,ape ke..apa yg penting kita dah ada list..dan ini dah cukup membuktikan kita dah take action.
Seorang pakar IM pernah berkata, “you don’t have an internet bussiness if you don’t have a mailing list”. Mungkin agak kasar bunyinya, tapi itulah hakikatnya.
Takde list, jgn bermimpi perniagaan internet anda akan bertahan lama.
Sy setuju dgn Ammar bila Ammar katakan kita kena filter setelah buat PPL dan itulah apa yg sedang sy buat sekarang.
Memang sy dapati ramai yg dah keluar dari list sy. Tp itulah yg sy harapkan, sy hanya memerlukan mereka-mereka yg berminat dgn peluang, content dan tawaran saya je utk kekal dlm list. Yg dah unsubscriber tu, sy ucapkan selamat jalan saja buat mereka.
So far, Alhamdulillah, dgn list sy, sy boleh tarik tarik trafik ke blog dan salespage saya, dan dgn cara tu sy boleh monitize blog saya.
Apa yg penting dgn list building ni, kita kene educate..educate..educate…
Give..give..give..give some more..only than take.
Jgn fikir list tu nak buat duit je semata-mata.
Sy jadikan list building ni utk tujuan membina kredibiliti juga.
Nabieel SR
Memang tak dinafikan kaedah PPL sukar mencari email yang berkualiti kemungkinan seorang menggunakan beberapa email juga akan berlaku.
Cuma ada baru-baru ni beberapa orang IM bergantung menghasilkan produk dan di satukan. Ia sungguh menarik kerana mereka bergabung, tetapi nampak sangat mereka lebih pentingkan email dari kualiti produk kerananya dalam tu saya kurang pasti berapa banyak produk yang ada, subsciber perlu isi nama dan email untuk setiap produk yang mereka inginkan. Ini suatu perkara yang perlu di elakkan dari terus berlaku.
PS : Pelanggan hanya mahukan 3 klik yang pertama untuk menerima informasi. Klik berikutya tidak memberi jaminan ia akan teruskan.
Panduan Bisnes Online
Saya pun pernah buat PPL suatu masa dulu. Mmg cepat jer dapat list. List terkumpul 10,000 something. huhu…
Nak wat PPL boleh..tapi kena control betul2..sebab ada yg register tu org sama. Klu tak check IP address, buat abis duit membayar affiliaters jer..hehe.
Panduan Bisnes Online
Mungkin PPL boleh menjadi satu sistem yang untuk mengumpul list..but who knows..
Terima kasih..
Salam Jutawan..
Leave a Reply