Terima Kasih UUM

Hai semua..

Sabtu lepas, saya ke UUM dijemput untuk memberikan talk berkenaan dengan ecommerce. Saya agak terkejut juga dan saya boleh katakan bahawa ini kali pertama saya bercakap tentang perniagaan internet dihadapan 500 lebih audiens. Oh, sangat ramainya!

Terima kasih yang tak terhingga dari saya pada semua warga UUM yang terlibat yang sudi melayan saya seperti raja bak kata Prof Madya Habsyah. Walaupun saya diberi peluang selama 2jam setengah, namun saya rasa banyak yang saya dah kongsikan. Tapi saya tak sentuh affiliate lagi. kalau sentuh bab affiliate, mau boleh habis 2 hari kat sana..;p

Nak tulis disini pun agak panjang, tapi nanti saya akan letakkan gambar-gambar dan video yang sempat saya rakam pada majlis tersebut.

Apa yang menariknya, masih ramai pelajar IPTA yang belum tahu bahawa internet boleh mendatangkan pendapatan lumayan kepada mereka yang menjalankan perniagaan melalui internet. Sedangkan saya yang juga merupakan seorang pelajar IPTA dan tambahan pula tiada pembelajaran formal dalam bidang IT dan business pun boleh lakukan, anda pun boleh juga! :)

Nantikan gambar dan video dari saya!

9

Comments

  1. tahniah ammar… dah makin mantop skrang…. mmg btul pun… ramai yg kurang tahu lgi ttg perniagaan melalui internet…

  2. makin menarik dan makin mantap dan bergaya sakan… teruskan usaha anda untuk kejayaan yang lebih cemerlang…

  3. Tahniah Ammar. Semoga semakin maju dimasa akan datang.. Segala perkongsian ilmu anda akan mendapat keberkatan.. InsyaAllah..

  4. Bwtul tu Amar. ramai je pelajar ipta yang tak tahu sal internet marketing ni.

  5. wah.ammar dah semakin maju.tahniah.teruskan dengan seminar yang banyak membantu sesiapa diluar sana tentang affiliate marketing ni.

  6. Salam kenal…Tahniah.. majukan diri kita dan tolong majukan bangsa kita yang ketinggalan (nak bagi cecah kuota 30%)

  7. sy plajar uum tlh mndgr creamah anda dan sy rsa amat kgum dgn anda.,.tahniah ammar n smoga maju jaya…

  8. Tahniah dan ribuan terima kasih kerana telah sampai ke UUM ku, hehe..sebenarnya macam2 halangan untuk buat program hari tu, Tapi semua nya berjalan lancar..Thank Bro..

    -from student UUM-

  9. Ammarzahar yang saya kenal setahun lalu adalah seorang newbie yang selalu dipromote oleh otai2 IM. sekarang ni dah jadi salah sorang otai IM di Malaysia, tahniah ammar dan terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu dan pengalaman dalam produk2 beliau ( tapi kena la beli dulu)

 

Leave a Reply