Cara meletakkan opt-in di blog

Assalamualaikum, Salam sejahtera

Baiklah. Saya nak berkongsi dengan semua cara-cara meletakkan opt-in di blog WordPress. Apa itu Opt in? OPt-in merupakan satu borang yang disediakan admin untuk pelawat tersebut mendapatkan newsletter atau produk-produk percuma. Contohnya, opt-in saya di bahagian atas sebelah kanan. Itulah borang opt-in. Mungkin ramai yang dah tahu cara meletakkan opt-in ni tapi saya tergerak untuk berkongsi kerana ada yang bertanya kepada saya bagaimana saya meletakkan borang email tersebut. Kalau dah tahu, kira refresh ya ;-)

aweber autoresponder

Getresponse autoresponder

  1. Langkah pertama meletakkan opt-in ni, anda mestilah mempunyai Autoresponder. Nasihat saya, pilihlah yang berbayar seperti Aweber atau Getresponse. Apa salahnya melabur sedikit untuk mendapatkan sesuatu yang bernilai. Lagipun, kalau anda guna autoresponder yang percuma, ada kemungkinan mesej anda tidak sampai kepada subscriber.
  2. Anda akan mengikut tutorial yang diberikan setelah mendaftar. Selepas semuanya sudah diisikan, dapatkan ‘code HTML’ bagi web form anda. Copy format HTML tersebut.
  3. Log in ke admin blog anda dan pergi ke ‘design’. Seterusnya pergi ke ‘widget’. Di bahagian TEXT, pastekan saja kod HTML tadi.
  4. Itu sahaja! Mudah bukan?

Namun ada juga cara menggunakan plugin. Klik sini untuk mendapatkan plugin wp-autoreponder. Baca arahan di blog tersebut.

Jika ada sebarang masalah, post kan komen dan saya akan cuba membantu. :)

Facebook comments:

6

Comments

  1. Bagus artikel ni dah lama aku cari cara nak buat opt in ni.

    Subscribe via e mail tu ke …opt-in.

    Apa beza contact form dgn Opt in .

  2. hye..
    secret sy rse, sy tao jawpn nya…

    beza contact form ngn opt in?
    contact form tu tuk trus hantar email ke admin contohnya..x berapa efisyen sebb akan dikenali sebagai spamming kot..opt in pulak nk dpt kn newslatter bese nye drpda admin..x spamming sebb akan disahkan oleh secret sendiri..erm mcm tu la lbih kurg..btulkan klo sy slh ammar ye..tq

  3. ah lupa plak..tp x tao la kalo master2 setting mcm mne..tp klo sy setting mcm tu la..hhuu..sebb msih nk belaja lg ni..


  4. princess balqis

    hye ammar..
    nk tny leh??
    mksud opt-in and opt-out..
    ape beza dua2 tu??
    pstu kt mn kite leh jmp opt-in and opt-out nie..


  5. princess balqis

    leh tolong x??
    sy br bljr psl opt-in and opt-out tu..
    tp xbp phm la..
    cnfius..

  6. Terima kasih atas perkongsian ilmu ini. Walaupun ia ringkas, namun cara ini amat penting untuk kita meletakkan form opt-in kat blog kita.

 

Leave a Reply