Langkah Pertama Saya Adalah Seminar

Hai, apa khabar?

Saya teringin nak berkongsikan sesuatu dalam perjalanan hidup saya dan saya rasa kisah ini mungkin memotivasikan anda dan mungkin anda akan lebih faham kenapa pentingnya seminar. Ok, tak perlu cakap lebih lanjut.. ;-)

Pada sekitar tahun 2006, saya merupakan seorang pelajar biasa. Seorang yang kaki main game, huha huha semua tu.. Saya sememangnya bergantung harap hanya pada duit ptptn. Kalau saya nak minta duit mak ayah saya, memang jauh sekali la. Bukan taknak minta, cuma mereka pun orang susah. Saya tak malu mengaku keluarga saya dulu jual jajan untuk tampung kami 6 beradik sekolah dan universiti.

Saya ingat lagi, masa saya matrik dan pada hari raya, memang tak ada rasa hari raya disebabkan duit pun tak ada nak beli itu dan ini.. Dan dari situ saya mula berjanji dengan mak saya bahawa saya akan berusaha untuk ubah hidup keluarga saya dalam masa terdekat..

Sejak dari tu saya berusaha itu dan ini untuk berjaya dapat duit. Niat saya cuma satu, nak ubah nasib keluarga.. Dah bermacam cara saya buat termasuklah jual cermin mata macam negro tu, jual satay dekat kedai, dan macam-macam lagi.. Masa tu saya tak pernah terfikir pun nak buat duit di internet. Buat website pun tak pandai..

Sampaila satu masa tu saya join seminar percuma di UPM oleh Titian Niaga. Kemudian saya ambil kursus seminar lengkap oleh Titian Niaga. Waktu join kursus lengkap tu, saya sebenarnya memang tak ada duit nak bayar.. Tapi memandangkan saya tahu bila saya balik dari seminar tu saya boleh buat duit dengan content yang saya dapat dalam seminar tu, saya pun usaha cari duit dengan cara meminjam.. Ini saja cara buat duit yang saya tahu dulu.. :|

Dan bermula dari situ, saya semakin dahagakan ilmu. Habis jugakla duit saya dibelanjakan untuk beli ebook dan video course macam-macam. Malah, banyak juga saya try n error nak buat duit punya pasal.. Ada yang gagal, ada ebook yang tak sesuai dengan saya, ada yang sesuai.. So, siapa cakap saya tak pernah gagal dan sentiasa lalu jalan yang betul..?

Saya sebenarnya insan yang hanya terus mencuba sehingga beroleh kejayaan. Sebab mak saya selalu pesan, kalau kita gagal dan gagal, itu sebenarnya ujian dari tuhan sebelum ‘dia’ beri kejayaan.. Kita hanya perlu terus cuba dan mencuba.. Itu yang penting.

Disebabkan oleh itulah saya adakan seminar pada 19hb Disember ni. Saya mahu orang membuka mata dan mengambil langkah pertama untuk berjaya. Dan sebab itu jugalah saya mengambil risiko dengan tidak mengenakan sebarang caj pun untuk talk saya dan peserta hanya perlu bayar UKM untuk duit makan, folder dan sijil. Sebab projek ini tidak mendapat peruntukan dari mana-mana pihak..

Jadi, saya sangat berharap anda dapat meluangkan masa untuk hadir ke seminar saya. Kerana ini sajalah caranya anda dapat belajar secara LIVE berdepan dengan saya dengan harga kos sahaja. Sebab mungkin lain kali saya tak dapat buat talk secara percuma lagi..

Facebook comments:

4

Comments

  1. Salam Saudara Ammar,

    Bro pernah cerita masa workshop pasal jual jajan..memang sedih pun ada dengar..tapi saya rasa that the reason mengapa saudara berada dalam kedudukan sekarang.

    Saudara dapat satu “turn key” dimana saudara ingin mengubah nasib keluarga. Berbeza dengan keadaan sekarang dimana remaja masih mengharapkan belanja dari ibu bapa, tetapi gunakan duit tersebut hanya untuk topup, lepak, shopping dan sebagainya.

    Mungkin diri saya lambat untuk berjaya kerana tiada lagi “turn key” yang mampu menganjakan diri saya untuk terus maju maju dan maju untuk berjaya.bukan senang nak senang n bukan susah nak susah.

    Terima kasih pada saudara sebab saudara banyak beri inspirasi untuk saya berjaya. Kenapa? hehe,,mungkin sebab saudara sama bayar ngan saya kot..buat saya terfikir…”why u can but i cant?”..

    Gud luck for ur seminar, n saya akan jadi orang paling depan sekali insyallah.eheheh

    Salam
    AmrilMuidz

  2. Kisah saudara Ammar, hampir sama dengan apa yang saya alami sebelum saya kenal dunia perniagaan Internet.
    Disebabkan kesusahan hidup, ia momentum untuk saya berusaha lebih gigih dalam perniagaan Internet yang saya ceburi.
    Tanpa kesusahan hidup, memang tak kenal bisnes online ni.
    Congratulation untuk saudara Ammar sebab mampu kecapi kejayaan ni.
    Kalau saya dekat dengan tempat seminar, memang saya tak lepaskan peluang ni. :razz:

  3. Bukan senang nak senang !! Tapi tahniah pd saudara Ammar yg melalui jalan kepayahan dgn sabar dan berusaha gigih.. InsyaAllah teringin juga nak menghadiri seminar saudara nanti :|

  4. salam ammar..

    kesusahan tu la yang mengajar kita erti hidup dan makna perkataan ‘usaha’..

    berminat jugak tapi apakan daya..jauh dari UPM dan sibuk dengan projek bisnes offline..

    ammar,gudluck! :cool:

 

Leave a Reply