Perniagaan Internet 2010
Hai, apa khabar?

Walaupun dah agak lama saya tak menulis dalam blog ni, tak bermaksud saya dah melupakan terus perniagaan internet di Malaysia apatah lagi blog saya ni. Walaupun jarang update, memandangkan saya bukanlah blogger tegar, namun saya tetap lakukan perubahan pada blog ni untuk menghadapi tahun 2010. Kira persediaan azam baru lah..
Beberapa minggu saja lagi kita akan menghadapi tahun 2010 yang pastinya akan membawa satu lagi suka dan duka dalam kehidupan. Yang pastinya saya akan grad pada tahun 2010 dan bila orang tanya saya nak buat apa lepas grad, saya akan jawab yang saya taknak bekerja dalam bidang apa yang saya belajar kerana saya nak kuatkan syarikat saya. Saya nak kukuhkan perniagaan saya dan tahun 2010 akan menjadi tahun yang bertambah sibuk buat saya dengan beberapa fokus yang baru.
Anda macam mana?
Adakah anda akan masih bekerja dan mengikut telunjuk bos anda? Adakah anda masih lagi mencari-cari program buat duit yang sebenar? Saya doakan anda tak terjerumuslah dalam kesilapan hilang beribu-ribu menyertia program cepat kaya.. Ok, berbalik kepada perniagaan internet tahun 2010 seperti yang saya war-warkan kepada mailing list saya sebelum ini.
Akan ada banyak perubahan bagi mereka yang cari duit melalui Clickbank, Paydotcom, CJ, Facebook, Twitter dan macam-macam lagi. Bagi yang buat duit melalui ebay, saya tak pasti ada perubahan yang berlaku atau tidak.
Peruabahan bagi penjual produk dan affiliate seperti saya khususnya perlu mengatur strategi baru supaya tidak ketinggalan zaman dan juga tak melanggar undang-undang. Ada beberapa orang kawan saya websitenya telahpun di’shut’ atau di’banned’ oleh sebab tidak mengikut peraturan FTC. Jadi, saya tak mahu anda samada newbie ataupun tidak, mengalami masalah yang sama.
Disebabkan masalah dan juga undang-undang ini, saya terpaksa menarik semula beberapa testimonial yang saya telah kumpulkan buat produk oversea saya. Malah, saya juga menarik semula beberapa landing page dan squeeze page saya yang mempromosikan produk yang melanggar FTC ini.
Takut? Tak apa.. Kita masih lagi mempunyai strategi yang baru untuk menghadapi perubahan ini. Masalahnya sekarang, adakah anda mempunyai strategi yang baru yang lebih mudah untuk buat duit pada tahun 2010 ni? Ataupun anda masih lagi tercari-cari cara buat duit yang sebenar?
Saya sarankan anda download video saya disini. Saiz video ini agak besar dan saya menerangkan serba sedikit tentang apa yang bakal HOT dan apa yang orang kejarkan pada tahun 2010 ni. malah, saya berkongsi juga niche rahsia saya dan model bisnes internet saya yang saya lakukan secara part time. Ramai orang ingat saya buat duit daripada niche ‘buat duit’ dan tak ada niche lain, sedangkan saya juga mempunyai banyak niche lain yang sentiasa memberi sumbangan buat diri saya.
Niche buat duit di internet akan semakin tepu dan ini adalah masa untuk anda mencari niche-niche lain yang kurang saingan dan juga menguntungkan..
Saya akan adakan seminar di UKM pada 19hb ni dan apa yang pasti, saya akan kongsikan pandangan, strategi, dan rahsia saya untuk model bisnes internet pada tahun 2010. Jika anda sertai, anda akan dapat berjumpa saya secara berdepan dan sudah tentu, tanya saya apa saja kemusykilan anda secara LIVE!
Saya pasti inilah seminar terakhir saya pada tahun ini dan saya tak jamin akan ada seminar ataupun ebook bahasa melayu saya lagi buat tahun 2010 kerana saya sudah menyediakan schedule yang padat untuk tahun 2010 yang mana lebih fokus kepada pasaran antarabangsa..
Saya harap anda dapat hantarkan komen selepas menonton video tersebut dan saya akan baca kesemua komen dari anda selepas menonton video tersebut. Pastikan anda update perkembangan anda untuk blog ini kerana ada beberapa perkara lagi yang saya akan kongsikan disini..
Download Video anda disini (20Mb)
P.S Jangan lupa share post ini kepada kawan-kawan di Twitter dan juga Facebook dengan klik pada share dibawah. Sharing is caring kan?
68
Comments
Farid Rahim
Assalamualaikum. En. Ammar Zahar.
Selepas menonton video ini saya rasa teruja untuk mendalami lagi ilmu IM
ini. Banyak lagi perkara yang saya harus pelajari bagi memantapkan lagi bisnes
internat saya. Saya akan luangkan masa saya pada 19 Disember ni untuk pergi ke Seminar Perniagaan Internat 2010. Saya harap ade tempat untuk saya disana.
Tak sabar rasanye untuk menunggu video yang akan diberikan pada hari sabtu ni.
Terima kasih di atas segala maklumat yang Ammar Zahar berikan kepada kami semua.
YanaNona
Salam,
Tq En. Ammar Zahar.
Bestnye kalau saya dapat menyertai Seminar Perniagaan Internet 2010 ini.
Macam-macam boleh saya pelajari dari saudara.
Saya harap ader tempat untuk saya.
sah90
ada lagi benda percuma..
Download cepat2..
(^_^)
fazee
Salam,
Terima kasih terhadap info yang diberi, bolehlah tambah ilmu sedikit sebanyak maklumlah orang baru dalam dunia IM
edd_eddy
salam bro..
gua tak faham sangat ler perniagaan internet ni. lagi pun sbg manusia biasa, perasaan takut ditipu pun ada. tapi nak join sbb nak buat duit,kan. kalau sudi, terangkan simple step nak join biz ni.
tq, wassalam
ahmad shawari
Komuniti sekarang mempunyai alternatif,dengan sebaran video ini harapan dapat membuka mata mereka lebih khusus,informasi sebegini sememang panduan yang padat dan memberi suatu komitmen pembangunan industri IM dan IT selaras penubuhan Cyberjaya dan ECER 100% bergantung kepada perniagaan secara maya
Bangga dengan kemajuan saudara Ammar dgn harapan dapat jadi rakan kerja mantap.
bestari WC
ammar, hrp leh extend video nie.jgn ada deadline sudh
jamal
sy junior yg btul2 baru nk belajar..berminat dan berjinak2 dlm bisnes internet..ape2 info dan ilmu baru yg disumbangkan..thx ya
Mohd Halim
Saya ingin menghadiri seminar pada 19 Dis di UKM tersebut. Dengan pertemuan secara ‘live’ saya harap dapat terus bertindak untuk buat duit melalui internet. Selalunya asyik terhenti setakat membeli e-book emata-mata.
Syabas kepada Ammar Zahar.
Cikgu Ina
Saya mendapat banyak ilmu menonton video ni, banyak strategi2 baru yang perlu dikuasai oleh orang kita agar tidak ketinggalan dalam dunia bz internet!
Persoalannya – MAHUKAH KITA BELAJAR DAN MENEROKAI ILMU2 INI?
Ramai yang berminat, kita perlukan sokongan moral anda dan sebagai pelajar, mestilah mempunyai semangat kecekalan yang jitu dan disiplin diri yang ampuh untuk berjaya!
Truly, you are GIFTED!
Saya sekeluarga mengikuti perkembangan anda sejak dari mula lagi.
Semoga terus berjaya!
Cikgu Ina (WORKSHOP AFFILIATE)
Shaharin
T/Kasih Ammar Zahar,
Insyaallah saya akan menghadiri Seminar, selama ini yang ditunggu – tunggu dari anda.
Faizul Noor
Salam Ammar.
Satu perkongsian video yang berguna kepada semua.
Kalau Talk ni ada kat area selatan memang dapat pergi.
Harap-harap nanti talk ni akan ada di selatan tanah air.
noliey
tahniah..semangat yg berkobar-kobar utk tahun baru 2010 ni…good luck..
Nani
Salam Ammar..saya dah surf website ni dari pukul 2 tadi, tapi x jumpa cara2 nak register untuk seminar pada 19/12 nanti. harap sesapa dapat tolong. TQ.
ammarzahar
Boleh lawati http://www.PerniagaanInternet.com/2010/
Nurul Anggun
salam ammar..
Tahniah atas segala kejayaan..Hope 2010 akan lahir lg produk2 yang lbh hangat.. ebook langing dah join affiliate, tunggu yang baru plk ni…
Nurul Anggun
salam ammar.. tahniah atas kejayaan seorang anak muda…
bestari
salam
bro ammar, x kasi gtau ke ttg kuasa minda ebook terbaru??
http://www.kuasamindaberjaya.com/index.php
Leave a Reply