Category: Autoresponder

klik di sini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti
 Powered by Max Banner Ads 
Jun182008

Cara meletakkan opt-in di blog

Assalamualaikum, Salam sejahtera

Baiklah. Saya nak berkongsi dengan semua cara-cara meletakkan opt-in di blog Wordpress. Apa itu Opt in? OPt-in merupakan satu borang yang disediakan admin untuk pelawat tersebut mendapatkan newsletter atau produk-produk percuma. Contohnya, opt-in saya di bahagian atas sebelah kanan. Itulah borang opt-in. Mungkin ramai yang dah tahu cara meletakkan opt-in ni tapi saya tergerak untuk berkongsi kerana ada yang bertanya kepada saya bagaimana saya meletakkan borang email tersebut. Kalau dah tahu, kira refresh ya ;-)

aweber autoresponder

Getresponse autoresponder

  1. Langkah pertama meletakkan opt-in ni, anda mestilah mempunyai Autoresponder. Nasihat saya, pilihlah yang berbayar seperti Aweber atau Getresponse. Apa salahnya melabur sedikit untuk mendapatkan sesuatu yang bernilai. Lagipun, kalau anda guna autoresponder yang percuma, ada kemungkinan mesej anda tidak sampai kepada subscriber.
  2. Anda akan mengikut tutorial yang diberikan setelah mendaftar. Selepas semuanya sudah diisikan, dapatkan ‘code HTML’ bagi web form anda. Copy format HTML tersebut.
  3. Log in ke admin blog anda dan pergi ke ‘design’. Seterusnya pergi ke ‘widget’. Di bahagian TEXT, pastekan saja kod HTML tadi.
  4. Itu sahaja! Mudah bukan?

Namun ada juga cara menggunakan plugin. Klik sini untuk mendapatkan plugin wp-autoreponder. Baca arahan di blog tersebut.

Jika ada sebarang masalah, post kan komen dan saya akan cuba membantu. :)


 Powered by Max Banner Ads