Category: ebook


 Powered by Max Banner Ads 
Dec22008

Buku yang Mengubah Hidup..

Hai, Apa Khabar?

Diharap anda ceria sentiasa di musim ‘kahwin’ ni. SPM pun dah habis kan hari ni? Jadi bulan ni mesti penuh jemputan kahwin dan juga tempat-tempat percutian. Saya yakin, dalam bulan ni juga poket anda sedikit berisi kerana bulan ni juga anda akan dapat bonus-bonus gaji (errgghh.. saya sebenarnya tak ada pengalaman nak cakap pasal gaji-gaji ni :p) Persoalan disini adalah, ‘Adakah hidup anda sudah berubah sejak dari setahun yang lepas? Atau 5 bulan yang lepas? Atau sehari yang lepas? Perubahan kewangan macam mana yang anda alami?’

Banyak perkara yang terjadi dalam hidup kita sebenarnya yang kita tak sedari baik dari segi kewangan dan sebagainya. Suka saya berterus terang, hidup saya banyak berubah sejak 5 bulan yang lepas. Bukan saja rutin harian biasa, malah akaun bank juga (kot~) Kalau setahun yang lepas, saya takkan menulis artikel seperti ini pun. mungkin saya berada di Dataran Senawang bersama rakan-rakan atau member-member saya sedang asyik melepak minum teh. Mungkin juga saya sedang jamming bersama member band saya dan bayar duit jamming hasil dari pinjam duit emak.. Saya lupa..

Tapi kini, hidup saya dah pun berubah oleh kerana sebuah buku yang membuatkan saya teringin sangat nak jadi kaya melalui internet. Perubahan akan berlaku jika kita mahukan dan jika kita yang mencari. Jika anda duduk diam sekarang, dan masih tak buat apa-apa untuk menambahbaik kehidupan anda, LAKUKAN PERUBAHAN sekarang kerana anda perlu jadikan hidup anda lebih baik dari sekarang. (ok, saya terlalu banyak membaca buku motivasi sekarang ni..)

You are the same today that you are going to be five years from now except for two things: the people you associated with, and the books you read - Charles “Tremendous” Jones (President of Life Management Services, Inc

Petikan atau quote diatas saya ambil dari presiden syarikat Life Management Services yang sememangnya terkenal dengan perniagaannya. Anda sememangnya akan sama saja dari sekarang dan 5 tahun akan datang. Jika sekarang anda pakai Proton Wira, 5 tahun akan datang juga anda akan memakai Proton Wira. Jika sekarang anda kerja kilang, ya memang 5 tahun dari sekarang itulah juga pekerjaan anda.

Apa yang dapat mengubah hidup anda adalah orang yang berada disekeliling anda dan juga buku yang anda baca. 2 benda ini sangat berkuasa dalam menentukan masa depan anda dan sebagai contoh, telah saya katakan tadi, hidup saya juga berubah setelah membaca ‘Rahsia Jutawan-jutawan Internet Terbongkar!’ daripada Dr. Irfan Khairi. Walaupun buku tersebut adalah menceritakan asas perniagaan internet saja, namun dengan ilmu yang ada dalam buku tersebut membuatkan saya bersemangat untuk ketahui dengan lebih dalam lagi mengenai perniagaan internet.

Rahsia Jutawan InternetBoleh la saya katakan buku tersebut sebagai batu loncatan saya untuk mengenali perniagaan internet yang sebenar. Saya kini sudah berubah dari 6 bulan yang lepas, iaitu masa saya membaca buku tersebut. Jika 6 bulan lepas saya masih lagi menggunakan komputer cabuk, tak ada internet di rumah dan hanya menggunakan cyber cafe untuk cek email dan sebagainya, namun kini dah lain pula ceritanya. Malah, saya ke kolej nak belajar pun jalan kaki saja.

Tapi, kini selepas berbulan menjalankan perniagaan internet, alhamdulillah saya dah boleh hidup dengan lebih baik dari 6 bulan lepas, dan dah boleh tolong orang tua saya apa yang patut, dan saya harap anda pun begitu juga. Berusahalah untuk menambahbaik hidup anda dan hidup orang disekeliling anda. Bacalah buku/ebook dan jika anda masih belum berjaya, dapatkan mentor supaya boleh membimbing anda dari A-Z.

Ikhlas,

AmmarZahar

p/s Baru beli Gen2 siang tadi dan dah bayar deposit semua dah tapi belum ada lesen lagi.. uwwwaa..

Nov272008

Terlalu banyak Product Launch.. Keliru?

Assalamualaikum dan Salam hormat semua.. :-)

Saya nak berkongsi dan mengajak anda semua bertukar-tukar pendapat berkenaan dengan tajuk yang saya buka diatas ni. Bukannya apa, kebelakangan ni saya selalu terima email berkenaan ‘terlalu banyak Produk Launch’ ni..Subscriber dan newbie macam dijadikan mangsa pulak untuk semua benda ni. Lebih-lebih lagi pada bulan November ni dah ada banyak sangat produk keluar seperti Niagakit, Belajar SEO, EZY grafik, Affiliate A+, Produk Fizikal, Jutawan Blog, Kuasa Blog, dan yang terbaru ecover Jualan.. Sebenarnya, kalau dilihat secara positif, ini adalah suatu perkembangan yang sangat-sangat baik untuk rakyat Malaysia. Ini menandakan pasaran ebook semakin berkembang dan jalan untuk pembelajaran semakin mudah dan singkat.

Itu dari segi pasaranla. Tapi macam mana pula dari segi pembeli? Ramai yang mengadu pada saya mereka selalu disogokkan dengan promosi dan tawaran produk sampaikan tak tahu nak beli yang mana satu. Daripada mereka rasa mereka adalah prospek yang bakal membeli, sekarang sampai rasa takut tertipu dek kerana asyik membeli ebook tapi sesen pun belum dapat lagi.

Saya ada membalas email-email seperti itu dengan berkongsikan beberapa tips yang mereka boleh gunakan. Jadi, saya nak kongsikan disini jugak sekaligus nak minta pendapat daripada anda.

1. Pada saya, kita tak perlu membeli semua produk yang dipromosi. Pilih yang mana satu yang sesuai dengan kita dan yang paling mudah untuk kita gunakan ilmunya. Kalau kita minat nak main adsense, kita dapatkan ilmu Belajar SEO. Kalau kita nak jual produk fizikal, beli ebook Produk Fizikal dan tak perlu beli Affiliate A+ sebab ianya tak ada kaitan. Kalau kita jenis malas nak ambil tahu bab-bab buat produk, dan nak jadi affiliate, dapatkan Affiliate A+. Kalau kita nak jadi designer, beli Ecover Jualan. Jadi sebenarnya, sebagai pembeli, kita tentukan dulu mana satu model bisnes yang betul-betul sesuai dengan kita dan kita beli produk yang ada kaitan dengan model bisnes yang kita ceburi.

2. Cara saya, saya juga beli ebook-ebook dan juga produk terbaru walaupun tak ada kaitan dengan model bisnes saya (seperti adsense dan SEO). Sebabnya, saya beli dulu masa hari pelancaran dengan harga murah, dan saya simpan dulu. Praktikkan ilmu dalam sesebuah ebook itu hingga berjaya, dan kemudian baru buka ebook yang kita beli dulu. Selain itu, saya dapat mengenali penulis ebook seterusnya berpotensi menjadi rakan JV penulis ebook tersebut kerana saya sendiri menjadi pelanggannya.:)

3. Tips untuk mereka yang belum buat duit lagi dari internet, TENTUKAN DULU BISNES MODEL yang sesuai dengan diri, minat dan masa anda. Jika anda cakap, anda mahu bermula, secara ringkas saya boleh cakap ada beberapa bisnes model dalam internet yang patut anda ketahui seperti Adsense, Affiliate, Jual Produk Fizikal, Jual Servis, dan Jual Produk Digital..(mungkin ada lagi yang saya terlupa) Kalau anda tak tahu apa-apa asas tentang bisnes model yang saya cakapkan ni, anda pergi ke Google dan taip “apa itu adsense”, atau “apa itu affiliate” dan sebagainya. Kemudian, pilih yang mana sesuai dengan anda dan kemudian baru cari produk yang mana patut anda miliki untuk memudahkan proses pembelajaran anda.

Jadi, kesimpulannya, dapatkan bisnes model yang sesuai dengan anda dulu, ceburinya, dan kuasainya dulu. Bila anda dah rasa stabil dengan bisnes model anda yang sedia ada, terjun ke bidang bisnes model yang baru.

-AmmarZahar

p/s Saya juga membeli banyak produk setiap bulan tetapi saya baca dulu sampai habis setiap ebook atau video dan saya pilih yang mana satu saya nak buat dulu. Mungkin produk yang lain saya beli akan saya gunakan ilmunya selepas setahun..:)

Nov122008

Affiliate A+ Satu Lagi Blueprint Dari Saya..

Assalamualaikum, Salam Sejahtera.. :)

Diharap anda yang sedang membaca post ini sentiasa sihat dan ceria selalu. Baik, perkembangan terkini daripada saya, saya akan lancarkan ebook terbarru daripada saya, iaitu Affiliate A+ yang memuatkan blueprint sebenar bagaimana saya berjaya mengaut RM1k dalam masa seminggu melalui program affiliate. Sebab tu lah saya agak sibuk kebelakangan ni dan tak sempat nak reply segala komen-komen anda.

Affiliate A+

Kepada pembeli Rahsia Newbie, memang dah tahula kan tentang Teori Affiliate A+ yang saya berikan sebagai bonus kepada anda. Jadi, ini adalah versi Teori+Praktikal yang saya janjikan dan kali ini, pastinya lebih mantap dan menyengat!

Banyak kelebihan kalau kita dapat jadi Affiliate A+ ini sebenarnya. Saya ambil satu contoh kepada diri saya sendiri. Kehidupan saya banyak berubah setelah menjadi Affiliate A+ merangkap Top Affiliate dalam kebanyakan affiliate yang saya sertai. Kalau dulu, saya rajin beli ebook IM tempatan, tapi kini saya dah dapat ebook tersebut free dah sebab khas saya dapat untuk JV partner.

Kalau dulu, orang selalu perlekehkan saya bila saya tak ada duit, kini orang dah tak buat macam tu dah;p. Dan yang paling best, saya dapat cari residual income ataupun pendapatan stabil setiap bulan melalui internet. Jika anda merupakan usahawan internet jenis yang mencipta produk, anda hanya dapat keuntungan besar semasa pelancaran produk sahaja. Lepas produk dah lancar, tak ada lagi income masuk.

Ini juga yang berlaku kepada saya dulu. Lantas, saya memikirkan strategi-strategi baru macam mana nak dapatkan pendapatan stabil lebih 5k setiap bulan dan TANPA mencipta produk, saya juga kini boleh buat duit melalui affiliate. Terbaru, komisen daripada Kuasa Lelong dah mencecah dekat SERIBU LEBIH termasuk hadiah Top Affiliate.

Khas untuk anda, pembaca yang setia, saya berikan anda tatapan awal untu Affiliate A+ dan anda boleh rujuk disini: www.AffiliateAplus.com

Ikhlas,

AmmarZahar

Oct192008

Siapa kata anda tak boleh berniaga di internet?

Hai semua..

Maaf sebab dah lebih dari seminggu saya tak menulis di blog ini. Kalau anda tahu, ok la. Tapi jika anda tak tahu, saya kini sedang sibuk menyiapkan tugasan belajar saya. Dengan final project lagi nak hantar minggu depan sekali dengan presentation, dengan assignment lagi, dengan final exam lagi. Wah, agak pecah kepala dibuatnya. Walaupun saya sibuk sampai lebih seminggu tak tulis apa-apa di blog, namun income saya melalui internet masih best lagi ;)

Ok, dengan bukti yang saya tunjukkan ini, saya nak tanya anda. Siapa kata tak pelajar U tak boleh berniaga? Saya masih lagi maintain dengan beberapa jawatan di kolej dan juga pointer yang ok. Dalam masa yang sama, bisnes semakin mengembang.

Terus terang saya cakap, kalau saya jalankan bisnes biasa dan kerja sambilan, pasti keputusan pelajaran saya akan merosot. Kerana kerja lain memerlukan komitmen yang tinggi di luar. Sebab itulah saya jalankan perniagaan internet. Sambil belajar, sambil berniaga. Buat assignment pun guna komputer, buat bisnes pun guna komputer yang sama. Tak perlu banyak modal dan pergerakan ;)

Baru-baru ni saya mula meyelongkar lubuk emas di eBay. Banyak juga benda baru yang saya ketahui. Patutla orang cakap ebay ni lubuk emas. Sebab memang banyak benda yang saya boleh teroka rupa-rupanya. Saya senaraikan beberapa kebaikan berniaga di ebay untuk anda nilaikan. (mungkin anda tahu lebih banyak dari saya kan?)

  1. Tak perlu list.
  2. Tak perlu bina website.
  3. Tak perlu susah-susah promosi.
  4. Tak perlu berJV.
  5. Tak perlu pengetahuan teknikal.
  6. TAK PERLU MODAL.

Ya, saya sedang mencuba teknik yang ke-6 tu sebab boleh saja kalau taknak guna modal. Lepas saya habis exam ni, nampaknya saya akan selongkar almari mak la sebab nak cari baju-baju terpakai.hehe.

Apa yang menariknya, ebay ni memerlukan beberapa teknik mudah yang saya nak kongsikan disini hasil pembelajaran saya daripada seorang trainer ebay, iaitu bro Noorizam. Saya belajar ini semua dari ebook kuasalelong dia lah ;)

  1. Perkara paling penting dalam berniaga di ebay adalah reputasi. Ramai yang terlupa bahawa begitu banyak peniaga di ebay dan melupakan pesaing mereka. Nak atasi pesaing kita, kita dapatkan seberapa banyak reputasi daripada mereka. Cara ini ada ditunjukkan dalam kuasalelong.
  2. Ada juga yang masih tak tahu syarat-syarat di ebay. Ebay melarang kita menjual produk digital seperti ebook dan sebagainya. Tapi kalau nak jual, ada caranya. Kita jadikan dalam bentuk CD.
  3. Ok, ebay sememangnya beri kita peluang meletakkan harga dan strategi yang paling besar adalah disini. Oh, saya tak dapat tulis kesemuanya kerana saya akan sambung dengan lukisan Master Plan saya.

Saya harap sebahagian tips daripada saya diatas berguna untuk anda. Jika anda rasa anda nak jual produk fizikal, juallah di ebay. ini kerana trafik daripada ebay akan menyumbang kepada kedai online anda.

Ada banyak panduan nak memulakan perniagaan di ebay. Sekarang ni, trend orang buat duit lebih-lebih lagi dengan keadaan ekonomi dunia yang sedikit suram dan gelora politik yang melanda satu atmosfera dunia. Jadi, anda jangan ketinggalan untuk sama-sama buat duit di internet.

Namun begitu, untuk menjual di ebay, perlukan panduan yang betul. Jika tidak, anda akan lihat barang yang anda jual tak laku dan seterusnya anda akan putus asa dan kembali kepada kerja lama anda-surf di internet, dan cari kaedah paling cepat kaya dan kemudian tersalah jalan.

Ikhlas,

AmmarZahar

P.S Jika anda nak dapatkan ebook Kuasa Lelong, saya akan berikan hadiah bonus bernilai RM 114. Hadiah yang akan saya berikan ini adalah masih fresh lagi dan disediakan lesen PLR yang membolehkan anda edit dan jual semula. Ini link saya: http://www.rahsianewbie.biz/kuasalelong. Pastikan anda email saya selepas membeli kuasa lelong daripada link saya.

Sep82008

Dah beli banyak ebook pun masih tak buat duit…

ebook

Assalamualaikum, Salam Sejahtera..

Diam tak diam, harini dah masuk hari kelapan berpuasa bagi seluruh umat islam. Sekejap saja rasanya. Macam baru semalam pertama kali bersahur ;p. Harap-harapnya anda berjaya mengharungi ramadhan ini dengan tabah dan kuat walaupun tidak makan pagi dan petang.

Sejak kebelakangan ini, dapat diperhatikan kebanjiran ebook yang terdapat dipasaran. Tentang ini, adakah ianya baik ataupun buruk ya? Pada saya, ianya bagus. Ini bermakna industri perniagaan internet semakin berkembang dan bakal setaraf dengan industri internet antarabangsa satu hari nanti. Tidak mustahil.

Namun, apa yang menyedihkan, ramai orang yang masih belum mampu mendapat duit daripada pembelian ebook yang mereka lakukan. Pada saya, ini bukanlah sesuatu yang baru. Saya ada juga membeli beberapa buah ebook yang saya sampai sekarang tak mengaplikasikannya lagi. Ya, untuk mendapat manfaat dan buat duit dengan membeli info produk, kita perlulah memanfaatkan setiap kandungan ebook tersebut. Jangan hanya beli, dan kemudian biarkan saja ebook tersebut memenuhkan ruang hard disk kita. Bukan saja anda rugi, malah pembuat ebook tersebut yang akan terus kaya.

Jika anda tidak menggunakan sepenuh ilmu yang diberikan dalam ebook tersebut, ini bermakna anda rugi. Sangat rugi. Saya berikan anda sedikit contoh. Ini mengenai saya sendiri. Untuk makluman, saya tidak ada kepakaran langsung dalam adsense dan rasanya saya takkan kesitu kot. Tapi, saya masih membeli ebook-ebook adsense tersebut. Paling utama, saya akan tetapkan fokus dalam bidang ini (lebih tertumpu kepada mencipta produk). Sebab itulah saya tak sentuh dulu adsense. Namun, saya beli ebook tersebut untuk melihat cara penyampaian penulis ebook tersebut dan saya pelajari caranya. Kaji kekuatan dan kelemahan.

Jika ada kekuatan, saya akan ikut malah, nak kalahkan penulis tersebut ;p. Jika ada kelemahan, saya tentu tidak mahu mengikut kelemahan penulis ebook tersebut. Dengan cara ini, ebook yang saya hasilkan akan menepati kualiti. Lihat, ini manfaatnya!

Saya paling geram+kecewa dengan mereka yang masih belum mampu membuat duit walau dah berhabis duit membeli ebook. Mungkin anda patut lihat pada diri anda sendiri kenapa anda masih belum berjaya walaupun dah keluar modal beli ebook tersebut. Jika anda masih gagal, cuba fikir-fikirkan mengapa ada orang lain yang membeli ebook tersebut dah berjaya..

Perkongsian dari saya,

AmmarZahar

klik di sini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti
 Powered by Max Banner Ads