Berniaga Di Internet Dengan Ebay

Assalamualaikum, Salam sejahtera
Salah satu perniagaan di Internet yang paling hangat masa kini ialah perniagaan di ebay. Ebay adalah medan menjual barangan samada produk fizikal mahupun produk digital. Baru siang tadi saya terbaca mengenai seorang surirumah yang baru berusia 26 tahun berjaya menjana pendapatan lumayan di ebay.
Bagi yang tak membaca suratkhabar semalam atau pun terlupa baca, tak apa.. Saya akan kongsikan sedikit cerita beliau. Beliau yang dah pun mempunyai dua orang cahaya mata sanggup berhenti kerja hanya semata-mata mahu menumpukan perhatian pada perniagaan di rumah hanya dengan ebay. Malah, beliau juga dapat menumpukan perhatian yang lebih pada anak-anaknya..
Itulah ringkasan cerita yang saya baca dari akhbar semalam. Berniaga di ebay sebenarnya tak memerlukan kos yang banyak untuk modal. Kita hanya perlu mendaftar dengan ebay dan kumpulkan apa jua barang yang boleh dijual. Tak kira la baju bundle ke, second-hand ke.. Yang penting barang yang dijual tersebut memenuhi kehendak pelanggan. maksudnya, barang tersebut memang orang cari-cari.
Sedikit tips, sekarang ramai orang yang tidak ada idea mencari hadiah untuk Hari Bapa. Rebutlah peluang ini. Mungkin anda boleh mencari koleksi Lighter Zippo dan menjualnya di ebay dengan harga yang tinggi? tidak mustahil kerana banyak penjual di ebay yang mengaut keuntungan tinggi dengan hanya menjual koleksi second hand atau pun menjual barangan limited edition. Apa anda tunggu lagi? Dapatkanlah akaun anda di ebay!




terus terang saya cakap, saya belum pernah join lagi dengan ebay ni banyak gak jumpa blog yg citerkan pasal ebay ni boleh buat duit tapi saya tak berkesempatan nak menyertainya banyak sangat bende lain yg belum boleh catch up lagi anyway thank you