Dah beli banyak ebook pun masih tak buat duit…

Assalamualaikum, Salam Sejahtera..
Diam tak diam, harini dah masuk hari kelapan berpuasa bagi seluruh umat islam. Sekejap saja rasanya. Macam baru semalam pertama kali bersahur ;p. Harap-harapnya anda berjaya mengharungi ramadhan ini dengan tabah dan kuat walaupun tidak makan pagi dan petang.
Sejak kebelakangan ini, dapat diperhatikan kebanjiran ebook yang terdapat dipasaran. Tentang ini, adakah ianya baik ataupun buruk ya? Pada saya, ianya bagus. Ini bermakna industri perniagaan internet semakin berkembang dan bakal setaraf dengan industri internet antarabangsa satu hari nanti. Tidak mustahil.
Namun, apa yang menyedihkan, ramai orang yang masih belum mampu mendapat duit daripada pembelian ebook yang mereka lakukan. Pada saya, ini bukanlah sesuatu yang baru. Saya ada juga membeli beberapa buah ebook yang saya sampai sekarang tak mengaplikasikannya lagi. Ya, untuk mendapat manfaat dan buat duit dengan membeli info produk, kita perlulah memanfaatkan setiap kandungan ebook tersebut. Jangan hanya beli, dan kemudian biarkan saja ebook tersebut memenuhkan ruang hard disk kita. Bukan saja anda rugi, malah pembuat ebook tersebut yang akan terus kaya.
Jika anda tidak menggunakan sepenuh ilmu yang diberikan dalam ebook tersebut, ini bermakna anda rugi. Sangat rugi. Saya berikan anda sedikit contoh. Ini mengenai saya sendiri. Untuk makluman, saya tidak ada kepakaran langsung dalam adsense dan rasanya saya takkan kesitu kot. Tapi, saya masih membeli ebook-ebook adsense tersebut. Paling utama, saya akan tetapkan fokus dalam bidang ini (lebih tertumpu kepada mencipta produk). Sebab itulah saya tak sentuh dulu adsense. Namun, saya beli ebook tersebut untuk melihat cara penyampaian penulis ebook tersebut dan saya pelajari caranya. Kaji kekuatan dan kelemahan.
Jika ada kekuatan, saya akan ikut malah, nak kalahkan penulis tersebut ;p. Jika ada kelemahan, saya tentu tidak mahu mengikut kelemahan penulis ebook tersebut. Dengan cara ini, ebook yang saya hasilkan akan menepati kualiti. Lihat, ini manfaatnya!
Saya paling geram+kecewa dengan mereka yang masih belum mampu membuat duit walau dah berhabis duit membeli ebook. Mungkin anda patut lihat pada diri anda sendiri kenapa anda masih belum berjaya walaupun dah keluar modal beli ebook tersebut. Jika anda masih gagal, cuba fikir-fikirkan mengapa ada orang lain yang membeli ebook tersebut dah berjaya..
Perkongsian dari saya,
AmmarZahar



Betul tu Amar. Sekarang ni banyak sangat ebook informasi yang boleh dibeli secara online. Ramai newbie membeli banyak ebook tapi lambat start menjana wang. Ini kerana terlalu banyak informasi & panduan yang ada dalam komputer mereka. Start separuh jalan, tapi bila rasa susah, cuba ebook yang lain pula.
Itulah masalah ramai orang. Banyak juga yang ejek-ejek dan maki saya sebab marah dah beli banyak ebook tapi masih tak mampu buat duit.
Saya balas sikit je untuk orang macam tu. “Tengok cermin la.. ;p”
bagi aku, kadang2 trial and error adalah lebih baik bagi seseorang dari learning through ebooks.
Sebab apa? Sebab kita lalui sendiri both cara yang betul dan cara yang salah ketika kita study tentang sesuatu.
Jadi, kesilapan itu adalah mustahil untuk di ulang sekali lagi.
Tapi trial, error & improvement mmg lambat lah sikit.
E-book adalah jalan pintas untuk dapat ilmunya. Huhu.
bende ni bergantung pada pembeli. Jika dia nak, dia boleh buat apa yang dia hajatkan.
Tapi kalau dia tak nak. Jangan mimpila..
op…tunggu dulu. aku ni newbie dalam adsense. sehari dapatla dalam 3-4 usd. ni atas usaha aku sendiri.tp dapat byk tu aje la. so aku nak tambah pendapatan lagi.aku dah beli ebook raja adsense, jana wang adsense dan 101 tips adsense. nilai sume 160. tujuan utama adalah untuk masuk forum mereka dan dapat bertanya soalan dengan senang.depa pun menjanjikan pertolongan nasihat dan panduan selepas belian ebook.tu la yang aku nak.mane-mane newbie,bile baca ebook lagi berserabut.bertambah tak paham dan confius.korang pun pernah newbie kan.jgn nak tipu la kalau korang boleh berjaya dengan baca ebook korang beli tu aje kalau takde pengetahuan asas atau bantuan org lain.tapi selepas aku beli ebook depa,pastu hantar soalan nak tanye benda yang tak paham,sorang pun tak reply.aku anta msg kat handset,jgn harap la nak layan.so pendapat aku,penjual ebook ni hanya memandang pada kroni-kroni gak kot.yang terbaru aku beli janawangadsense penulis munawar.RM 100 beb. langsung tak berbaloi aku beli.janji bantuan yang nak diberi tu hilang. hehehehe.memang betol la.kalau peniaga ni, internet ke offline ke, payah nak cari yang jujur.harap anda ammar zahar tak macam tu.tunaikan la janji anda bila anda berjanji.terutama yang melibatkan pelaburan orang.ntah orang tu miskin ke,pelajar yang tak beberpa nak berduit ke.so jgn bisnes tujuan untuk duit aje.saya ni jauh lebih tua dari ammar ni. so ni kira nasihat abg pada adik la ni.kalau kite jujur, confirm kite mesti maju berjaya punye la.
Terima kasih atas peringatan tu..:) Saya tak berani ulas banyak tentang benda ni. Saya belum beli lagi pun ketiga-tiga ebook tersebut.
Namun, saya ada beli satu ebook dari Amirol, dan bila saya tanya, saya dapat jawapannya. Sekadar ingin berkongsi..
Untuk produk saya, rasanya yang tak beli pun saya balas email walaupun setiap hari, tak kurang 20 email yang orang email kepada saya ;)
tu la yang kite sume nak.sama-sama berjaya.tolong menolong.kan ke kite ni rakyat malaysia.yang tertinggal kita bimbing, yang dah maju, kita contohi. betul tak? ok la ammar semoga succes dan selamat berpuasa.
alhamdullilah setakat ni saudara ammar memang menjawab suma soalan saya….sekarang ni tgh on the way kumpul material buat ebook unit trust hehe..thanks bro for brilliant idea
maybe sesetengah IM mengaku dialah yang terbaik dalam bidangnya…they call themselves otai or raja…especially dalam bidang mereka..sales letter utk menjual memang power…mengghairahkan para pembaca / pengunjung web lantas membelinya…at last karyanya macam menciplak idea org…
but ammar pada saya is different…ada style dan kemahirannya…harap ammar tak jadi seperti sesetangah IM yang hanya memberikan harapan kepada pembelinya..
ammar cuba join nie..http://youthsays.com/badges.js?_self_id=1718402
Salam Ramadhan..
semangat berkobar kobar ntuk belajar dari Ammar..hehehe. banyak gak ebook yang dah dapat n baca… belum diaplikasikan dengan betul… tunggu Rahsia Newbie dari Ammar plak.. nak try test tengok…hehehe
support dari penjual tu penting kerana sebagai newbie ada term-term yang masih tidak faham.
Dengan bantuan support dari penjual ni lah membuatkan newbie ni faham.
Jangan pula penjual tu merendahkan atau mengata newbie tu jika bertanya soalan yang mudah. Ini kadang-kadang membuatkan mereka jadi takut bertanya jika dah kena.
Ini akan membuatkan mereka gagal. Meamng sayang jika hal yang mudah telah menjatuhkan semangat newbie tersebut. Memang tidak mustahil jika mereka bertanya soalan mudah kerana mereka sememangnya seoarang yang kurang pengetahuan tentang perkara tersebut. Jika dah terer buat apa beli ebook tu lagi kan.
Jadi fikir-fikirkan lah…
salam & syabas. tak semua org sama pencapaiannya. ada org boleh trial-&-error, tak payah baca buku, belajar sendiri shj dah boleh apply dan berjaya.