Perkembangan IM semasa

Hai, apa khabar?

Seminar Rahsia Clickbank

Gambar diatas diambil masa saya dijemput untuk berkongsi pengalaman dan strategi affiliate dalam seminar Rahsia Clickbank yang dianjurkan oleh Gobala dan Zamri Nanyan. Buat kebelakangan ni, saya lebih menumpukan kepada pasaran antarabangsa berbanding tempatan. Ramai juga yang tanya kemana saya menghilang. Jadi, jawapannya saya masih ada lagi cuma sejak awal tahun saya lebih kerap mengadakan seminar, buat Personal Coaching, dijemput untuk talk dan kerja-kerja bercakap bagi pasaran tempatan.

Walaupun begitu, saya juga tetap menghasilkan produk-produk tapi untuk pasaran global lah. Kerana saya teringin menempatkan nama ‘melayu’ sebaris dengan nama-nama besar seperti Eric Rockefeller, Chris X, Mike Filsaime dan ramai lagi (oh, tingginya cita-cita!). Jadi, saya lebih fokus kearah itu buat masa ni.

Baru-baru ni juga, salah seorang sahabat online saya PM saya di Gtalk bertanyakan tentang produk terbaru. Saya cakaplah yang saya kini fokus pasaran antarabangsa. Namun, saya tersentuh bila dia cakap “kongsila ilmu dengan orang kita walaupun berbayar produk tu..”

Lalu, memandangkan kini pasaran kita macam agak suram selepas tsunami Rahsia Clickbank tempoh hari, saya rasa tiba masa saya untuk keluarkan produk terbaru saya. Saya dah mula draf beberapa tajuk seperti Pemasaran Email, PPC, Pemasaran Twitter dan Web2.0, dan beberapa tips affiliate untuk saya bukukan namun, selepas saya buat vote kat bawah ni, dan banyak email yang saya terima ia lebih cenderung kearah “Bagaimana Memulakan Perniagaan Internet”.

Jadi, buat masa ni saya nak maklumkan yang saya akan ambil peserta Personal Coaching dalam minggu ni saja dan seterusnya, saya akan mula kerja-kerja menyiapkan produk terbaru yang saya jangka keluar pada akhir bulan 4 atau bulan 5 ini.

Yang pasti, produk ini akan ubah hidup anda..

Ok, itu saja rasanya dan dibawah ni ada lagi gambar-gambar seminar Rahsia Clickbank yang saya rasa banyak rahsia saya dikongsikan pada seminar tersebut..:)

seminar Rahsia Clikbank

Affiliate marketing

gambar bersama peserta dan Gobala Krishnan

Jumpa lagi!

-Ammar Zahar

5

Comments

  1. soalan yg bro kasi sikit sgt. Bg sy, saya nak tahu lebih lanjut bagaimana nak capai dan maintain dapatkan RM1,000 sebulan.
    kalu nk mulakan perniagaan internet bg sy terlalu umum yg ptg bagaimana nk maintain usaha dlm menjanakan pendapatan.

    sekadar cadangan dr sy. :)

  2. oh..nak maintain ya..good question..nanti saya akan masukkan dalam produk saya tu. Ada suggestion lagi ke?

  3. Teruskan usaha :)
    Selamat maju jaya…….

  4. —–to be deleted——
    tawaran saya kepada saudara Ammar Zahar:

    1. jom banner exchange dengan rajakamil.biz (subscriber 290, jumlah trafik untuk bulan Mac ialah 6700 UV , not bad untuk blog yg baru sebulan lebih)

    2. jom exchange post

    3. sebarang tawaran JV lain sila kemukakan :)

    email saya di rajakamil[at]rajakamil.com

    Terima kasih

  5. Nice & good info! Keep u’r good works…

 

Leave a Reply