Usahawan Internet VS Pelajar

- Saya dan komputer lembap di office praktikal
Sudah agak lama saya tak menulis di blog saya ni atas sebab sibuk dengan Duit Mania! dan juga pelajaran saya. Kebelakangan ni, bisnes saya semakin berkembang, pendapatan juga semakin bertambah. Saya rasa seperti dapat momentum dalam perniagaan saya.
Tapi dalam masa yang sama, pelajaran saya melalui saat-saat genting dimana saya perlu siapkan banyak assignment tertangguh serta melalui praktikal.. Zaman praktikal memang satu zaman yang saya dah jangkakan akan alami kesulitan. Sebabnya, kalau masa belajar, saya boleh manfaatkan masa sendiri. Saya yang akan tentukan masa sendiri.
Tapi kalau masa praktikal ni, saya kena ikut cakap bos la, tak boleh online la, kena patuhi itu dan ini la.. Sedangkan saya rasa banyak mereka buang masa dari bekerja. Saya ingat, 8.30 – 5.30pm tu dipenuhi kerja.. Rupanya tidak. Banyak masa dibuangkan dengan kehulu kehilir, berborak lama dan sebagainya.
Nak taknak, saya terpaksa ikut. Sebab markah saya juga mereka yang beri. Kalau saya asingkan diri dan buat kerja saya saja, mereka akan report pada pensyarah saya. Aduh…
Saya sampai rasa nak berhenti belajar je. Mana taknya, kalau bidang saya ni, agak susah nak cari kerja di Malaysia. Dan agak lambat nak kaya. Kalau saya sekarang boleh dapat RM 40k dalam 2 minggu buat secara part time, kalau buat full time, saya rasa mesti dah boleh cecah pendapatan lebih tinggi.
Tapi memandangkan ayah saya benar-benar berhasrat ingin melihat saya menggenggam ijazah, nak buat macam mana.. Saya terpaksa korbankan momentum ketika ini.
Ayah saya tak ada kelulusan, jadi dia cakap, saya belajar tinggal setahun, tahan sajalah dan dapatkan juga segulung ijazah. Demi membahagiakan ayah saya, saya turuti saja. Walaupun ada juga saya cakap, kalau saya grad nanti pun, saya kerja dapat gaji bawah 2ribu je. Sekarang, saya buat IM, dapat berkali ganda dari tu.
Hmm.. Tak apa, demi lihat kegembiraan ayah saya, saya akan tahan setahun lagi. Kini saya di tahun ketiga. So, ada setahun lagi lah..
Memang sukar menjadi jutawan pelajar tapi inilah cita-cita saya kini. Saya ingin bergelar Pelajar Jutawan walaupun sukar. Kita lihat nanti..

- Tempat saya menghasilkan Duit Mania!
Oh ya, sekarang saya sedang nak mula menulis buku motivasi dan strategi bertajuk Pelajar Jutawan. Doakan saya supaya habis menulis dan insyaAllah, saya nak hantar kepada penerbit untuk dijual di kedai-kedai buku seperti MPH.
p/s Jualan Duit Mania! kini mencecah RM 40, 000. Ini benar mengejutkan saya.. ![]()
44
Comments
Remy
Salam.. gud luck to u bro…
sy doakan bro dpt jd “pelajar Jutawan” tu… hehe
nway wish me luck too….
orait…
mazlienadzri
Tahniah Ammar..ya, buku kedua saya pun akan berada di pasaran tidak lama lagi, tapi bukan niche perniagaan internet etc..
Moga Amamr berjaya menyiapkan buku itu nanti
Hazwan
Salam Ammar.
Saya sendiri pernah melalui apa yang
anda alami.
Nice workplace hehe (pic 2nd)
Yoji
makin menarik IM kita skrang… sya pun ngah pk buku apa yang hendak dibuat …
Sapikk
wah..bgusla mcm tu.. BTW, belajar memang penting.. lgi pun blaja ni sebenarnye bukan untuk kerja..tpi sbb fardu ain.. so buat je la.. dapat pahala plak tu.. hehe
Abg sye pun sekarang business man, tpi offline ar.. bulan2 puluh2 ribu dlm kocek relek je.. tpi die still ngadu ke saye yg die tetap nyesal x sambung blaja.. so die kate.. “Syafiq, blajalah..kang nyesalkan..” huhu
Farizal
Saya doakan buku “Pelajar Jutawan” dapat disiapkan dengan jayanya
Duit mania mencecah RM 40, 000? Fuhhhh, mmg hebat! Satu pencapaian yg boleh dibanggakan.
Teruskan usaha anda, Ammar Zahar!
johnjimat
blaja tu penting apatah lagi time mude2 ni.. kang da tua2 da mls da nk blaja.. sibuk nk lyn ank nk lyn cucu… bini lagi
pedagangIT
mmmm…setting production project …sama plak…
MY
Tahniah Saudara Ammar.
Kita perlu berbangga dengan bangsa kita yang makin maju (ilmu + perniagaan).
Teruskan usaha murni ini!
Shahraduan - Ebay Power Seller
Takpe…lepas grad ko tinggal saje gan ayah ko..buat duit dari rumah ayah ko..lepas tu ajak dia join sekali dlm bisness ko..sejuk hati ayah tgk anaknya lebih bijak.
hayati
Salam semua,
Masa muda nie belajar dulu… Setahun je lagi tu kejap jer… memuaskan hati orang tua lebih barokahnya….
Semuga saudara berjaya dalam kedua-dua bidang.
Sekian.
Shauqie
Salam…
Alhamdulillah, muda2 lagi dah berjaya. Betul tu, Ammar, duit penting, pelajaran pun penting. Jadi pentingkanlah kedua-duanya selagi ada peluang. Keep up your good work and good luck with your future project
peminatjutawan
pengalaman sama seperti apa yang dirasakan..tetapi mungkin berbeza resultnya…tahniah sebab berjaya jana 5 angka pendapatan…that one of good achievement..macam saya ni dulu lepas abis blaja parent push utk kerja..tp sy lebih suka berniaga…dan nasib dan takde planning yg baik menyebabkan bisnes lingkup then kena kerja smpi skrg..tp semangat untuk menjadi full time business memang terpahat lagi now tgh merangka utk jadi usahawan internet sepenuh masa dalam masa setahun dari sekarang
XploR
Tahniah. Saya melihat anda sebagai contoh IM dan pelajar yang bijak urus masa.
Eruwan Gerry
Congrats Ammar di atas kejayaan anda!
Anda memang menjadi idola kepada internet marketer muda yang lain.
Kalau berminat nak publish buku dengan True Wealth, company Azizi Ali, boleh kontek saya. Saya boleh rekomen.
All the best!
broSKL
aku pun sama dgn ko, tgh praktikal..tp baru nk berjinak2 dalam IM ni..so masih belajar melalui ebook yg ada dipasaran..:D
Faz
bagus jika ammar dapat keluarkan produk pelajar jutawan tu sebab saya rasa byk student ipt yang terpaksa tanggung yuran pengajian melalui pinjaman. jadi saya sokong usaha murni ammar untuk wujudkan panduan untuk pelajar supaya mereka tak perlu meminjam lagi. tahniah diucapkan.
JimieRay
Salam Ammar,
Teruskan perjuangan. Setahun tu bukannyer lama.
Jadikan buku ‘Pelajar Jutawan’ sebagai hadiah untuk
ayah Ammar.
naz
ammar,
saya belum dapat lagi buku duit mania.
betul ke saya kena tambah duit untuk dapatkannya.
ammar tak balas email saya dan saya tau ammar sibuk dgn pelanggan.
terima kasih. dah nak masuk 7 hari.
saya yang jauh di UK
aiereast
Tahniah Ammar atas pencapaian sekarang. Em, kalau ikutkan memang itulah proses praktikal. macam saya dulu, kalau time sibuk memang teramat lah sibuknya tapi kalau time lenggang boleh siap pi minum same2 ngan bos. nasib baik dapat bos yang sporting : )
iskandar
Wow…. can i really workout to earn this powerfull income? peeerrgghh… Well done! Tahniah! (meleleh ayo mate mengenang nasib @ dah aku pun student juga~. takdonyo duit moncocah sebegitu hebat…)
Niijiusan
produk ammar antara terbaik saya penah beli.. masa tu xpenah pun dengar nama ammar, so gamble je beli. bila dh baca, dh tengok video, saya berani cakap ammar seorang yang patut dicontohi..age doesn’t matter, achievement yang orang pandang! saya follow belakang~
Zamri Nanyan
Ammar, dapatkan ijazah tu dulu… dapatkan pengalaman sebagai student… enjoy time belajar dan sosial dengan member-member… sebab bagi saya, masa jadi student la masa paling best… mungkin lepas student, banyak yang kata nak cari duit banyak-banyak… tapi lepas dapat duit, sebenarnya apa yg orang nak mungkin bukan duit… something macam keselesaan hidup, kegembiraan dan masa untuk diri sendiri dan keluarga… dan perkara ni semuanya mungkin atau mungkin tidak berkaitan dengan wang… all the best!
somebody
Memang bukan senang menjana pendapatan yang lumayan di samping mengulangkaji pelajaran..
Teknik Pengurusan Kewangan
Leeza
Tahniah bro, bak kata pepatah dimana ada kemahuan di situ ada jalan! Somoga anda berjaya bergelar “Pelajar Jutawan” itu.
AqifStrategi.com
Tahniah saudara Ammar Zahar atas kejayaan anda mencipta produk fizikal “Duit Mania”.
Saya pasti kini para usahawan telah mempunyai bimbingan terbaik serta langkah demi langkah untuk menjana pendapatan melalui produk ini, Insyaallah..
ammarzahar
Terima kasih semua kerana banyak berikan saya semangat dan dorongan..
InsyaAllah saya akan hasilkan buku tersebut..
drInspirasi
tahniah untuk 40k salam masa 2 minggu..bukan satu jumlah yang sebab untuk diperolehi sebelum tamat belaajr. Tidak sabar untuk menanti kemunculan buku pelajar jutawan.
naz
ammar
betul ke kena tambah duit untuk postage ke UK.
ammar dah pos ke belum.
dah lebih 7 hari ni ammar.
harap ammar dapat hubungi saya.
jangan berdiam kalau nak tambah postage sebab
saya tak tau berapa? tak sabar nak dapat ebook
setelah bayar seminggu yang lepas.
terima kasih
ammarzahar
@naz: Saya ada email maklumat tentang perkara ni beberapa hari lepas lagi. Cuba semak email di Spam atau Junk..
reezluv
bro..duitmania ni dah close ke?aku nak beli la dalam ujung bulan neh..:D
ammarzahar
ada lagi, ada 200 kuota lagi sebelum ditutup..
wanmus
wah..ramai dan memang ramai nk beli DuitMania ni..tapi jangan terlepas pula bonus RM400 yang saya sediakan. just semak detail di blog saya
wanmus
Ammar, kalau dah siap buku tu nanti, bglah diskaun ek utk pelanggan setia ammar..hehe
Izham
Salam Ammar dan semua kengkawan disini.
Pertama sekali tahniah buat Ammar kerana berjaya menghasilkan DuitMania yang hasilnya memcecah RM40k. Bagi saya yg baru ni, angka sebegitu mmg teramat besar. Entah bila saya akan dapat hasil macam tu. Mungkin ini yang dikatakan rezeki. betul tak?!…
Semoga Buku Pelajar Jutawan yang akan diterbitkan ni. Akan lebih banyak info dan ilmu yang dikongsikan bersama pembeli yang setia ni…huhuuu…(sokong cadangan bro wanmus tu)..hehehe
Zamri Mohamad
Tidak mengapa saudara,
Tidak mengapa, meskipun sukar dapat kerja dengan pembelajaran Tuan, apabila Tuan belajar meskipun tidak menjana 40K, tetapi Allah beri Tuan banyak pahala kerana ia sebahagian ibadah yang disebut jelas dalam Quran, “Nescaya Allah akan meninggikan beberapa darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan.” (al- Mujadalah: 11)
Yang paling penting ialah kita dapat berkhidmat pada orang dengan ilmu yang kita pelajari, ”Sebaik-baiknya sedekah bahawa seseorang Muslim belajar ilmu kemudian mengajar sahabatnya yang Muslim.” (Riwayat Ibnu Majah)
Tutup mata, beribu-ribu K amal menerangkan ‘ruang rehat’ kita
Sukses selalu
mariam
Ammar, teruskan belajar dan dapatkan sekeping Ijazah. Cuma tinggal setahun, kesibukan berpractical tu memang part and parcel being a university student, especially in professional line. I am in construction industry, I know bagaimana rasa buat practical dalam industri yg Ammar ceburi. Ye betul kata Zamri Nanyan tu Ammar, kehidupan sebagai student adalah life experience yg tak ternilai harganya. Saya pernah menjadi student di dalam dan luar negeri, dan pengalaman dan kehidupan serta kesibukan ketika itu amatlah saya hargai dan ianya berbeza apabila di alam pekerjaan. Maka hargailah masa masa yg kita lalui sekarang.Enjoy!
hani
saya ingin belajar dengan saudara hingga berjaya. jgn lupakan saya tau
Safuan a.k.a Sipenglipurlara
Mendapat ijazah merupakan antara lonjakan untuk anda lebih berjaya.. Kini Ammar berada pada tahap momentum yang agak optimum.. Mungkin selepas ini akan terus lebih berjaya
Muhd Suhaily
Salam,
Go IM Go…
abgzol
Syabas Ammar saudara memang hebat! Semoga kejayaan saudara akan menenggelamkan tanggapan negatif terhadap konsep buat duit di internet. Memang masih ada segelintir yg masih anggap semua ni menipu..tapi saudara telah membuktikannya benar!
Adney
Well Done Ammar.. You are great young boy..
Ape2pun, blaja adalah perkare yg patut di dahulukan daripada ape yg Amar ckpkan tu.. Duit boleh di cari dan Ammar sendiri dapat lihat yg Ammar dah pun dapat ape yg Ammar nak iaitu Duit tapi Ilmu/Ijazah etc mane nk cri melainkan hbiskan study. Nnti da tua nk sambung blaja.. hurmm.. jgn ckp.. hehe..
ape2pun you are great young boy..
RadzuanRadzi
Salam, AmmarZahar, pendapat dan saranan saya ammar dapatkan ijazah dulu dan teruskan usaha anda dlm perniagaan internet yang sememangnya saya tahu itu visi anda. Time belajar memang best, tapi lagi best kalau jadi macam ammar belajar sambil buat duit ( PARTTIME tapi underground)..teringat saya zaman study architecture kat UTM dulu, hahahaha, bisnes pun adala sikit2 jual tshirt, tolong jual buku, etc…Saya memang suka biz. online nih, dah tua2 baru nak start, nak belajar dengan Ammar…hehe jadi freshie…ok jumpa di lain waktu.
Wassalam
RadzuanRadzi
ShahAlam
Cyza
Wow…aku respect habis sama ko lah Ammar…
Sejak jumpa ko semalam di UTM dan berborak2 dgn ko, aku tgk ko memang orang yang berkarisma dan berisi…
Aku nak baca buku ko tu pasal student jutawan…walaupun aku dah kerja dan jadi student balik ….lambat sikit, tapi takpe, better late than neverrrrrrrr
Nice knowing you bro…
Leave a Reply