Kuasa Forum

Assalamualaikum, Salam sejahtera

Forum Jombincang

Untuk pengetahuan anda semua, weekend ni saya buat satu kajian dengan test power dekat forum. Forum mana? Forum Wangcyber dan juga Jombincang. Apa yang saya lakukan ialah, saya yang masih baru lagi dalam berforum, ramai lagi yang masih tidak mengenali diri saya di forum dan dunia internet, meletakkan iklan untuk menjual Produk MRR dan juga Actionscript. Saya jual dengan harga RM5 sahaja!! Terkejut bukan? Memang nampak sangat murah. Bukanlah tujuan saya untuk mendapatkan duit secara cepat. Namun, saya akan menunjukkan hasil kajian saya ini dalam ebook saya yang bakal dipasarkan kelak. Tunggu ya, ebook apa. Sejak dari awal mengiklan lagi saya sebenarnya sudah pun tahu berapa yang saya akan dapat. Saya juga tahu, kelemahan-kelemahan saya sehingga menyebabkan Jualan Murah tersebut tidak dipandang oleh orang lain. Namun, ini lah kajian namanya.

Mengapa orang tidak berani membeli walau hanya RM5??

  1. Sebab saya masih baru dalam forum tersebut dan kepercayaan orang terhadap penjual baru ini (lebih-lebih lagi saya tidak mendedahkan website saya) membuatkan orang tidak berani melabur walau HANYA RM5.
  2. Nama. Saya pernah menulis di blog ini bahawa untuk menjual sesuatu seperti goreng pisang panas sememangnya memerlukan nama. Bagaimana mendapatkan nama? Anda kenalah selalu berforum dan mendapatkan jumlah post yang tinggi,
  3. Harga yang gila! Walaupun barangan tersebut boleh saja saya jualkan di laman web saya dengan harga RM30 (keuntungan yang lebih banyak!) dan pastinya akan lebih laris. Namun saya tidak mahu berbuat begitu kerana saya mahu jalankan kajian. Harga yang sangat rendah ini biasanya dipandang sebagai produk yang tak berguna. Bukan saja dalam perniagaan internet, namun di dunia luar juga.
  4. Grafik yang memang sengaja tidak saya paparkan. Pembeli sememangnya mahukan benda yang dibelinya itu nampak walaupun ia adalah satu ebook sahaja. Dengan menunjukkan gambar ebook atau produk anda, pasti akan ada orang yang lebih percaya dan membelinya.

Keputusan menjual barang di forum TANPA memaparkan pautan laman web, TANPA memaparkan pautan blog adalah sama seperti hipotesis awal saya iaitu akan berakhir dengan kegagalan. Bagaimana pula ingin berjaya menjual produk di forum? Nantikan ebook sulung saya ya! Nasihat saya buat masa ini, jika anda mengharapkan pulangan wang untuk berniaga di forum, kenalah menjalankan persediaan awal. Jangan main Redah je.

20

Comments

  1. errkk….bernas jugak tu. tapi faktor jenis produk juga menentukan kejayaan anda. hehehe.

    semoga sukses


  2. rizal72

    produk semuanya sempoi sempoi blaka…..cayalah saudara ammar!

  3. hehe. Saya saja Test market. Ini untuk kajian projek saya..:)


  4. nazri

    Memang betul reputasi jadi pegangan forumer untuk membeli produk, tapi tak semestinya, kalau produk bagus dan banyak permintaan memang boleh jual.

    Kalau produk nampak atau pun menjanjikan sesuatu yang boleh menyelesaikan masalah bakal pembeli atau pelanggan atau peserta memang boleh jual macam goreng pisang panas.

    Terima kasih atas produk percuma Ammar, bertambah koleksi ebook saya, tapi tak nampak boleh menyelesaikan masalah saya hehehe..

    Cuba Ammar kaji program buat duit di internet seperti perigiduit, pelaburan internet satu ketika dulu, sekarang janawangrapid(pss saya dah berjaya jual 3 biji ebook mamat ni walau saya tak kenal owner dia dan juga pembeli tak kenal saya juga)

  5. Terima kasih atas komen nazri..

    Saya memang tengah buat kajian sikit mengenai program2 buat duit di internet ni macam perigiduit dan sebagainya. Janawangrapid tu baru jugakla saya dengar. Boleh share tak apa content dia sebenarnya?

    Tentang ‘tak menyelesaikan masalah’ tu, kalau nazri ada cadangan atau permintaan, boleh lah comment disini. Saya akan letakkan buku-buku yang anda minta.

    Lambat laun, saya akan buat keahlian untuk FREE area tu.

  6. Tq atas free produk tu.Ye memang bagus idea tu, kita kena wat kajian dulu sebelum jual produk ni.


  7. shahrani77

    Thanks bro! bukan senang nak bg free je benda2 mcm nih.. Good info for sharing.. teruskan usaha anda..

  8. Time kasih la yer sebab bg produk-produk free ni. Kalau camni boleh la buat bisness ni.


  9. badrul

    Ribuan/Jutaan Terima kasih untuk saudara Ammar untuk Free e-book2 tersebut, keep on going bro !!


  10. masterazizi87

    e-book janawangrapid nie membincangkan tentang cara wat duit ngan menjual akaun rapidshare. Bagi saya biasa jer tak der aper yang special pun. Hype jer lebih…

    Klu cadangan tu leh try cari program buat duit kat internet cam MyLot dan mcm2 lagi yang saya tak tau. Bleh try…maklum ler newbie lagi.

    Klu e-book…hmm..mcm2 dah yg saya ader. Klu Ammar ader e-book pasal grafik design(basic) leh share….minat gak nak blajar.

  11. thanks for the free ebooks.sy harap saudara teruskan usaha untuk memajukan IM di Malaysia

  12. Kalau pandai marketing. ebook yang isinya basic pun boleh wat sales. Tips dari aku. klu nak jual barang, kita jual solution atau cara penyelesaian sesuatu perkara. Ramai yang akan berminat nanti.

  13. salam, saya setuju dengan kesimpulan tue… bagus test ne…
    orang hanye sanggup melabur pada benda yang dia percaya… betul x?
    saya setuju cara marketing yang batul boleh membantu jualan…


  14. serilestari

    Harap dengan adanya free ebook,iainya dapat menambahkan ilmu perniagaan internet saya dan rakan-rakan yang lain…:)

  15. Selalu-selalula bertandang kesini… :)

  16. sangat membina dan bermenafaat.terimakasih kepada saudara


  17. zulkifli

    mungkin produk ini akan memberikan saya serba sedikit pengetahuan dalam bidang grafik..thanks…


  18. Arish

    Tahniah! Sesuatu yg luarbiasa….ia dpt membantu para newbie seperti saya. TQ.

  19. Ammar! Saya masih baru dan masih perlu banyak lagi belajar tentang dunia perniagaan internet ni. Walau apapun post anda sangat menarik dan sangat berguna! Saya sangat berterima kasih kerana ianya menjadi pencetus idea saya untuk berkarya… Best klu ada yg free…

  20. ..sbg pembeli memang saya akui sukar utk saya terus order produk dari forum kalau tidak meyakinkan spt kajian @ test market yg Ammar buat tu! Saya akan perhatikan rentak ahli forum yg lain..kalau ramai yg order & rspon yg meyakinkan baru ler saya beli. Saya sendiri pon mula2 masuk forum sukar utk menjual..tetapi setelah ‘bersosial’ di situ tak semena-mena dapat buat sale! Maksudnya reputasi jugak sgt penting utk menjual di forum. Pasal harga..saya sering jugak beli yg berharga murah coz kalau produk tu kureng berkualiti pon saya rasa tak rugi sgt, at least tak banyak sedikit ada gak manfaat dari produk tersebut! Oh, ya..tahniah Ammar saudara semakin menyerlah dipersada IM local & international!

 

Leave a Reply