Hai semua..

Koleksi Grafik V2

Setelah lama saya menyiapkan himpunan grafik paling lengkap ini, finally dilancarkan juga. Syukur rasanya.. Bukan apa, ini kira lama saya buat produk ni. Sampai menahan mata dari tidur, kurang bersosial, dan sakit pinggang sebab letih duduk di atas kerusi yang tak berapa nak empuk ni. hehe. Sekarang baru saya rasa betapa tekunnya usahawan-usahawan internet menyiapkan produk mereka. Yalah, produk berbayarlah katakan.. Kalau Rahsia Squeeze Page dulu, saya hanya peruntukkan masa yang sedikit saja, tapi tidak dalam Koleksi Grafik V2 ini. Jujur saya akui, untuk menghasilkan Koleksi Grafik V2 ini, memerlukan usaha yang sangat-sangat gigih. Saya rasa, ini adalah panduan terlengkap mengenai grafik. Jika dalam Rahsia Squeeze Page, ia adalah sebuah ebook 74 mukasurat, Koleksi Grafik V2 adalah 4 kali ganda daripadanya..

Menjual produk digital sebenarnya bukan semudah mana. Walaupun nampak mudah, ianya memerlukan ketekunan yang tinggi. Ini kerana, andalah yang menulis buku tersebut. Kalau produk fizikal, barangnya dah siap. Anda tinggal pilih barang mana yang sesuai dan jual. Itu saja. Saya harap, ketekunan saya berbayar apabila melihat lebih ramai orang mampu  merekabentuk sendiri grafik laman web mereka.

Saya teringat masa zaman saya tak tahu apa-apa dulu. Saya minta kawan ajar, dia tak mahu.(konon nak nampak macam hero la dia sorang boleh buat grafik dalam ramai-ramai orang). Kemudian saya belajar sendiri. Cari di internet tentang grafik dan photoshop ni. Tak jumpa-jumpa tutorial yang betul-betul bagus dan sesuai dengan apa yang saya mahukan. Nak ikut langkah-langkah yang ditunjukkan pun susah. Kemudian saya cari semula kawan saya tadi nak minta dia ajarkan. Tak mahu juga dia! Kedek betul!! Sampai saya sanggup tawarkan RM100 pada dia mana tahu dia sudi mengajar saya. Saya sanggup melabur. Ya, memang saya sanggup sebab saya tahu yang ilmu grafik ni memang berguna dan boleh buat duit. Tak percaya anda lihatlah di ruang-ruang iklan di akhbar. Kebanyakan jawatan kosong adalah untuk grafik designer..

Selepas kawan saya tak mahu juga mengajar saya, saya nekad mencuba sendiri belajar photoshop. Namun, tak juga pandai. Bengap sangat ke saya? Sebenarnya bukan begitu.. Saya mampu buat grafik tapi lambat sangat sampai ambil masa berjam-jam. Last-last saya give-up. Saya cari guru yang sesuai untuk mengajar saya. Anda pasti terkejut jika saya beritahu berapa cajnya…

Oh, ok lah.. Taknak anda overload pula..

Cerita sebenar saya ni sebenarnya ada sambungan dan seterusnya bagaimana saya boleh menjana income stabil 4angka sebulan dengan ilmu grafik. Walaupun buat secara part-time. Banyak order yang saya terima, dapat saya siapkan seorang diri. Ini kerana saya menggunakan teknik yang sangat mudah :) berbanding ramai orang lain mengambil masa yang panjang..

Kalau anda nak tahu teknik mudah saya, saya harap anda dapatkan segera Koleksi Grafik V2. Ini bukannya koleksi grafik web sahaja, malah pembelajaran lengkap ‘koleksi’ ilmu dari saya! Dan jika anda mahu tahu bagaimana saya buat duit dengan grafik ni sahaja, anda perlu beli sebelum jam 11.50pm esok iaitu pukul 11.50pm, 2 Ogos 2008. Jadi, selalu-selalu lah lihat jam tangan anda ya..:)

Selepas pelancaran ini, rasanya akan ada lebih banyak masa untuk saya luangkan untuk blog ini..:)

Dari saya untuk anda,

AmmarZahar