Internet Marketer Circle??
Assalamualaikum, Salam Sejahtera
Anda semua apa khabar? Saya nampaknya khabar kurang baik.hehe. Sebabnya minggu ini kena membahagi masa dengan banyak. Semakin sibuk. Tapi Alhamdulillah sebab rezeki agak murah kebelakangan ni ;) Seperti biasa, sebelum saya me’landing’ di katil, saya akan buat sedikit rondaan di blog-blog IM. Blog-blog commentator saya pun rajin saya lihat. Apa yang menarik dengan tajuk post saya kali ni adalah dari sumber di blog orang lain. Bukan artikel ini ada di blog orang lain, cuma ada komen tentang Internet Marketer Circle di blog orang lain.
Saya pasti ada diantara anda sedar (mungkin?) kewujudan Internet Marketer Circle ni. Kalau ada yang masih tak tahu, ada orang di luar sana berpendapat wujudnya Internet Marketer Circle di Malaysia dan menganggapnya satu keadaan yang tidak sihat.
Contohnya, kalau si A keluar produk, pasti si B dan C yang akan komen. Kalau si B keluar produk, si A tadi serta si C yang akan komen. Kalau si C yang keluar produk, faham-faham je la siapa yang akan komen. Takkan si F pulak:p. Ada yang sedar keadaan ni, dan ada yang tak sedar. Saya pada mulanya tak sedar tapi lepas terbaca komen orang tersebut barulah saya sedar. Saya nak tanya anda. Adakah anda suka dengan keadaan macam ni?
“Aku buat produk nanti sapa pulak nak bagi testimonial?”
Mungkin ini pula soalan anda. Baiklah sebenarnya, pada saya, Internet Marketer Circle ni bukannya tak baik. Dan jika anda berpendapat bahawa wujudnya gejala pilih kawan dalam ebiz ni, saya rasa anda silap. Sebenarnya, kalau anda perhatikan betul-betul, tidak wujud Internet Marketer Circle ni. Kalau produk si A tu tadi berkaitan teknikal, mestilah pemberi testimonial tu adalah dari IM yang mengeluarkan ebook teknikal juga secara lumrahnya dan kalau ebook berkaitan Info Buat Duit, pastila IM yang pakar buat duit yang akan beri testimonial..
Senang cerita saya ambil contoh. Smartzul keluarkan Sistem EzSurvey. Antara pemberi testimonialnya ialah Amirol dan Mazlie. Mazlie pulak keluarkan produk Panduan HTML. Pemberi testimonialnya adalah Amirol dan Smartzul. Ini kerana, ebook tersebut adalah berkaitan teknikal. Kalau jemput IM lain pulak, nampak tak kena. Betul tak?
Macam mana anda nak jadi sebahagian daripada ‘circle’ ini? Jawapannya mudah saja. Anda buat ebook anda dan minta IM review ebook anda tersebut dan pastikan IM tersebut mempunyai kepakaran yang sama dengan anda. Saya yakin tak berapa lama kemudian, anda juga boleh dianggap sebagai salah seorang dari Internet Marketer Circle tersebut. Satu lagi pesan saya kepada mereka yang ingin menghantar ebook mereka kepada mana-mana IM, pastikan anda punya ebook lengkap. Bukan baru 50% tau..
Ada juga saya terbaca di forum, ada yang cakap IM ni sombongla, suka kritikla, tak supportla.. Saya kurang bersetuju dengan kenyataan ini. Anda harus ingat, untuk minta review ni, sebenarnya ibarat kita menuntut ilmu. Seperti kita minta buku tulis kita diperiksa guru. Mestilah kita minta elok-elok ulasannya. Kita tunjukkan usaha kita dahulu. Jangan judge mereka sebelum kita persiapkan diri kita. Ini tips dari saya dan pengalaman saya masa minta testimonial untuk produk saya. Ehem, saya rasa saya dah menyimpang lebih detail. hehe ;p
Ingatlah pesan orang-orang bijak pandai. Jangan kamu cuba menyalahkan orang lain atas satu-satu kesalahan. Cuba cari kelemahan diri kamu kerana itulah punca kesalahan sebenar. Semoga artikel ini dapat membantu anda dalam menjalani kehidupan sebagai usahawan internet.
Apa pendapat anda mengenai Internet Marketer Circle ni? Nak juga saya tahu..
Ikhlas,
AmmarZahar



kadang2 kita tak nampak kelemahan kita, tu yg suka sangat salahkan org lain…saya setuju dengan artikel ini
Dalam memberikan testimonial memang ujud seperti yang dikatakan.
Keadaan ini berlaku kerana kekurangan “sifu”. Yalah takkan nak bagi testimonial orang macam saya. Siapa kenal yek?
Bagaimanapun tak salah kalau kita nak beri orang lain membuat testimonial asalkan orang tersebut mempunyai laman web atau blog yang berkaitan dengan produk dan aktif.
Banyak juga saya melihat testimonial untuk sales page yang meletakkan gambar ,nama (tak penuh pulak tu) tapi tanpa laman web . Bagaimana bakal pembeli nak percaya?
So bagi saya kalau nak minta sesiapa buat testimonal biarlah mereka yang mempunyai laman web atau blog.
Sebenarnya ramai orang Malaysia yang mempunyai laman web dan blog yang “high ranking”.
Carilah di “Best Malaysian Sites” dan sebagainya.
kalau produk korang bagus. diorang akan bagi testi punye. Tapi kalau tak bagus, adakah diorang nak bagi testimonial? Sebenarnya, otai-otai tu mempertaruhkan nama baik diorang dengan bagi testimonial tu.
andaikata produk tu tak bagus, tak ke malu otai-otai tu nanti? Situasi di atas adalah normal dan pasti akan berulang..
Yup..betul tu..Yang penting, kena la selalu berfikiran terbuka dalam menerima kritikan..
Testimonial ni sangat penting dalam memasarkan apa-apa produk lebih-lebih lagi pasaran internet..
Hehe.. macam pernah baca komen ni tapi di mana yer?
Takpelah.. camni.. sebenarnya circle atau tidak, diri kita sendiri yang berhak. Kita berhak untuk masuk di dalam circle tersebut. So? Tiada apa yang hendak dipersalahkan.
Soal Internet Marketer Circle ni sebenarnya takde apa pun sebenarnya. Tetapi ini dipanggil join venture. Bagaimana anda ingin JV dengan mereka?
1) Produk mesti berkualiti. Ini pasti
2) Anda perlu tahu teknik untuk approach mereka. Ini penting
3) Anda perlu meyakinkan mereka. Ini lagi penting.
dan banyak lagi.
Semua ini sebenarnya soal produk dan diri anda. Soal testimonia… sebenarnya kami amat hargai testimon
Hoho. Memang betul pun saya terbaca komen tersebut di salah sebuah blog Team Flarebiz. Tak ingat Majalah IM ke, Rahsia 10K ke..
Saya rasa sebenarnya Labanon ada beri banyak teknik untuk approach IM untuk JV dalam Rahsia 10K. Soal Internet Marketer Circle ni saya rasa tak perlu diperbesarkan oleh sesetengah pihak. Lebih baik kita membuat tindakan positif seperti fokus kepada kerja kita daripada berasa sensi
Aku rasa dalam hal ini banyak yang positif daripada yg negatif..