Monsun-biz perniagaan internet?
Assalamualaikum, Salam sejahtera.
Kali ini saya mengajak anda semua berbincang adakah Monsun-biz ni perniagaan internet sebenar? Banyak jugalah artikel dan tulisan blog yang merungut pasal program ni. Jujur saya katakan, pendapat awal saya mengatakan ini sememangya BUKAN PERNIAGAAN INTERNET. Mengapa saya berkata demikian, alasan saya cuma satu pada asalnya. Penawaran hadiah yang agak tidak logik dan modal yang agak besar.
Saya bermula dengan perniagaan internet setelah membaca buku tulisan Dr Irfan Khairi yang sememangya saya kagumi dalam dunia internet ni. Apa yang saya ingat, dalam tulisan bukunya, beliau ada menyatakan yang beliau hanya bermula dengan modal sebanyak RM500 sahaja. Cuba anda bezakan dengan Monsun-biz. Berapa banyak perbezaan modal? Malah saya sendiri menjejakkan kaki ke dunia internet ni TANPA MODAL. Duit untung sikit-sikit , saya simpan buat beli domain, hosting dan ebook-ebook. Memang berbaloi saya rasa saya modalkan duit untuk membeli ebook kerana harganya lebih murah dan isinya lebih praktikal berbanding dengan buku di luar. Bezanya, tak boleh la baca sambil baring :p
Berbalik kepada monsun-biz.

Saya tertanya-tanya macam mana dia ni boleh iklankan tiap-tiap hari di akhbar? Bukan iklan 4baris atau kotak kecil. Sekali iklan, sampai 2 mukasurat. Yang banyaknya, “MODAL 10 RIBU, UNTUNG 100 RIBU”. Sedangkan jutawan internet pun tak berani nak mengandaikan keuntungan peniaga internet. Kemudiannya Lot-lot Maya. Apa yang saya faham, konsep mereka, siapa yang bida tinggi, dia dapat rank tinggi di laman web monsun-biz. Wahai pengiklan sekalian, tahukah anda bahawa orang yang banyak membeli di internet adalah orang yang kerap melayari internet. Walaupun sehebat mana promosi nya di suratkhabar mahupun banner-banner berhampiran rumah, ranking pagenya di alexa bukanlah sesuatu yang menakjubkan.
Jika anda benar-benar ingin mengiklan di internet, tak perlu beli tapak maya ke, fasha ke.. Anda daftar sahaja dengan ebay ataupun lelong.com.my. Mereka boleh beri anda tapak percuma dan anda hanya perlu pandai mempromosi kedai online anda di laman web tersebut. Ebay juga merupakan laman web lelong paling besar dan tentulah banyak pelawat. Transformers pun melayari ebay :p
Saya bukanlah berniat menjatuhkan mana-mana kumpulan atau individu dengan ulasan sebegini. Saya cuma terpanggil untuk meluahkan apa yang saya rasa ‘lain macam’. Perasaan ini bukannya sehari dua, malah tiap-tiap hari. Maklumlah, iklan tersebut keluar suratkhabar tiap-tiap hari.
Nasihat saya kepada mana-mana individu yang teringin ‘modal 1000 untung 100 000′, saya nasihatkan kaji dahulu sesuatu perkara walaupun anda anak orang berada. Jutawan internet membuktikan yang beliau hanya bermodalkan RM500 dan usaha yang bersungguh-sungguh, dan mendapat pulangan RM 1 juta, mengapa anda harus keluar banyak wang? Renung-renungkanlah..
Salam perniagaan internet




Memang hangat diperkatakan tentang monsoon biz ni. Tapi model dan cara bisnes ianya dijalankan tidak diterangkan dengan jelas. Memang mengelirukan.
itulah masalahnya… kenapa hanya di harian metro aje? kenapa di tv3 aje? dr irfan khairi takder bagi cadangan untuk berniaga cara internet monsun biz?
monsun biz perniagaan internet apa kebendanya… dengan modal ribu2…
Modal ribu-ribu memang sesuatu yg sangat pelik dalam perniagaan internet ni. Saya harap ada orang atau lebih-lebih lagi Team Monsun-biz untuk mengulas benda ni. Perniagaan ni dalam Islam, kalau banyak yg mengelirukan, menyorok2, tak elok.
Metro ni setahu saya la, iklannya lebih murah dari akhbar biasa.
Siapa dalang besar disebalik Monsun Bizz ni..ekkk?? Walaupun telah banyak rungutan samada secara online/offline namun pihak bertanggungjawab macam nampak tak nampak jer!!!
Dulu..masih ramai orang sot-set2 pasal SwissCash..cepat jer tindakannya..
Wait n see
Saya telah menceburi MONSUN-biz ni agak lama juga dan telah melaburkan wang saya sabanyak RM 10,000.00 tampa pulangan sasen pun.Saya telah menghadiri semua 4 kursus teknikal dan membayar satiap kursus MR 50.00 tunai. Jadi kerugian pelaburan saya adalah dalam lingkongan RM 11,000.00.Yang menduka citakan saya ialah pendaftaran Sarikat saya kapada Monsun-biz sudah 2.5 bulan belum lagi ada tindakan dan jawapan. Tidak saperti kata Puan Nora process Gateway 2020 itu cuma memakan masa 14 hari saja.
Segala process ini saya ada menyimpan resit resit asli dan kalau saudara hendak bukti tolong telepon 0126498844.
Sekian dan terima kasih.
Ehm..kes macam nih. Susah aku nak cakap. Diorang mesti buat something untuk menampakkan kelegalan program monsun nih. Sampai hari ni, masih ada iklan monsun walauupun dah tak sekerap dlu. Aii..takut ke wat iklan banyak kali? Ke dah takde duit nak wat iklan lagi da…
salam… betol tu bro, kalau nak iklan baik masuk ebay ke, lelong ke, adword ke.. lagi berbaloi..
dah tu monsun-biz boleh claim laman web diaorang akan mengatasi ebay..hehe (perasan betol)..
diaorang sebenarnya memperbodohkan mereka2 yang buta IT suruh mengiklan di laman web tersebut..
yang jadi mangsa orang melayu..satu sikap orang melayu nie.. dia suka duduk diam dapat duit, nak duit.. tapi malas nak keje. finally, masuk la skim2 scam ni.. swisscash, eaindex, splitindex dan apa2 index lagi ntah..
bagi aku mobile income, monsun-biz semua scam!! scam secara terhormat.. so kawan2 luar sana.. berhati hatilah..
satu lagi perkara yang tidak beretika yang dilakukan oleh syarikat ini ialah berkenaan software bossmailer..
software ini berfungsi mengumpul alamat email pengguna serata dunia..yang pasti mereka mendapat alamat email ini TANPA KEBENARAN! dah dapat alamat email ni bolehlah promosi produk2 mereka! kan itu dah dikira SPAM!!?? kalau kat US dah lama kena saman pasal hantar SPAM!.. aku nasib baik tade lagi dapat email promote mobile income nie.. kalau yang lain2 banyak… aku ingat kalau ada orang anda SPAM pasal mobile income nie… aku ingat aku nak SAMAN la.. boleh tak agaknye?? polis nak amik statement aku ke?
Kalau Rm10,000 baik aku buat bisnes ternak ikan ker, tanam sayur ker dan macam-macam lagi bisnes yang simple dan terbukti memberi pulangan…
nak komen skit pasal monsun bizz la,bossmailer la.Saya ni salah seorang yang nyaris terkena dengan syarikat diaorang ni.sampai heret 2 anak yang kecik tu dan paksa suami temankan kat hotel-hotel dimana aja yang ada briefing diaorang ni.Tapi adalah satu kali tu briefing kat hotel kat alor star.tunggu macam nak mati.alih-alih kata kalau cukup orang baru dia bagi ceramah.kat situ dah nampak tak profesionalnya mrk ni.pas tu bila dah cukup orang dalam 30 lebih gitu,adaka patut si muda yang dok ceramah tu sambil cakap sambil kunyah chewing gum.nervous agaknya.lps tu saya tak jadik tapi yg kesian tu ada satu pasangan ni,tengok gaya loaded juga sanggup keluarkan 50,000 untuk masuk bisnes mirsb ni.alahai….entahlah.alhamdulillah saya tak kelabu mata.baik jual Xango jus manggis kat kekawan lg bagus.walau kecik untungnya tapi puas hati sebab mula dari bawah.bye