Grafik ‘Marketing’ dalam Internet
Assalamualaikum, Salam sejahtera
Sebelum saya mulakan bicara, ingin saya kongsikan kegembiraan saya dengan anda semua.. Saya rasa agak gembira dengan pencapaian Rahsia Squeeze Page saya. Lebih gembira bila lihat saya dapat membantu anda semua yang ingin khususnya newbie untuk memajukan perniagaan dalam internet.. Sebab ilmu teknikal seperti membina Squeeze Page ni bukanlah senang didapati.. Biasanya berbayar.. Kalau anda try cari cikgu kat luar sana, percayala cakap saya yang chargenya memang sekitar RM 400. Namun saya beri percuma saja.. Saya juga nak ucapkan terima kasih atas komen anda yang best tu.. Saya pun dah tukar theme yang baru. Better dari yang lepas kan?
Baiklah, hari ini saya ingin berkongsi dengan anda sedikit tips marketing yang mungkin anda tak pernah terfikir ianya adalah marketing. Jika sebelum ini anda hanya menganggap bahawa grafik itu tidak penting, anda silap. Dalam menjalankan perniagaan internet, meyakinkan pembeli serta menukarkan dari pelawat kepada pembeli adalah sangat penting. Ini kerana kebiasaannya orang lebih ramai melawat dari membeli. Kalau anda dah ada nama, itu lain. Kerana nama anda itu sendiri dah menjadi agen promosi yang kuat. Tapi jika anda baru saja bermula, susah sedikit untuk meyakinkan pembeli. Bagaimana anda nak menunjukkan pada mereka bisnes anda ni bukan bisnes tipu? Jawapannya dengan grafikla selain testimonial. Betul tak? Jika anda mempunyai grafik yang nampak PRO pada minisite anda, kebarangkalian untuk orang membeli adalah tinggi.
Mudah saja. Cuba anda bezakan gadis yang pakaiannya lawa dengan gadis yang pakaiannya compang-camping? Mana satu pilihan kalbu? Cewah.. bersastera pula saya ;p. Mestilah yang berpakaian kemas dan lawa kan? Sama juga dengan pembeli. Mereka akan lihat cover dan minisite itu dulu. Kalau kemas dan cantik, lebih yakin untuk mereka membeli produk anda. Anda setuju kan? Jika anda mempunyai grafik yang PRO (professional) ditambah pula dengan surat jualan serta ayat-ayat manis yang boleh mencairkan Maya Karin pelawat anda, serta dengan teknik SEO yang memukau, saya pasti sales anda mantap! :)
Grafik yang baik bukanlah grfaik yang cantik semata-mata. Namun pengisian, kekemasan adalah kunci utama selain simbolik. Huh.. bahasa saya agak berseni sedikit kali ni. Maklumlah, dah masuk belajar semula.hehe.
Kesimpulannya, grafik memainkan peranan sangat sangat penting dalam marketing. Yang paling penting, anda sebagai penjual di internet mestilah mampu membina grafik yang boleh menangkap mata pelawat dan menukarkan pelawat anda kepada pembeli produk anda.
Sedikit promo, dalam KOLEKSI GRAFIK V2 ada saya terangkan secara detail teknik dari anda yang tak tahu apa-apa sehingga membina grafik sepeti professional dengan langkah yang MUDAH. Semoga anda mendapat ’sesuatu’ dari post saya kali ini.
Ikhlas,
AmmarZahar




Saya setuju appearance adalah perkara penting dalam marketing… tak kisah melalui fizikal diri kita mahupun medium internet kita. Namun jika ada peremp[uan cantik pastu pakai aksesori yang berlebihan… kekadang tu mata pun tak bekenan nak pandang… so grafik tu biarlah yang paling optimum… cantik, menarik tapi tak over.