Perlunya Mentor..

Hai semua..:)

Saya nak tanya anda dulu. Macam mana dengan perniagaan online anda? Adakah anda dah mampu buat duit melalui internet? Tak kirala samada anda buat blog dan kemudian promosikan produk-produk affiliate ataupun andadah jual produk fizikal di internet mahupun produk digital? Sedikit perkongsian daripada saya, tak lama lagi saya akan senaraikan produk digital pertama saya di Clickbank. Syukur rasanya dan sekarang sedang berusaha membuat hubungan dengan partner-partner JV global. Nanti insyaAllah, saya akan kongsikan ceritanya disini.

Rasanya, kalau saya bermula dengan sendiri untuk cuba menongkah arus dalam pasaran global, memang tak beranilah. Maklumlah, saingan memang besar, dahla saya ni kalau menulis dalam bahasa inggeris memang kureng sikit. Jadi, terpaksalah gunakan strategi yang lain dalam membuat produk. Dah siap pun.

Tanpa mentor ataupun role model, rasanya agak susah saya nak kuasai pasaran global. Jujur saya cakap, anda juga sebenarnya memerlukan mentor kalau nak ‘cepat’ berjaya dalam perniagaan internet. Kalau beli ebook tu, ok jugak tapi lambat sikitla. Mungkin penulis boleh buat dalam 1 bulan dah kaya, tapi pembaca mungkin akan ambil 2 bulan. Betul tak?

Lain halnya kalau kita ada mentor. Kita boleh tanya pada bila-bila masa dan kita boleh jadikan role model. Apa yang penting, mentor akan guide kita yang mana satu betul dan yang mana satu tidak. Jadi, tak adalah kita asyik beli ebook yang tak sesuai dengan fokus kita. Sebab itulah kalau anda perasan, kebanyakan IM yang berjaya mempunyai mentornya sendiri sebagai tempat rujukan. Mike Filsaime tu sendiri ada mentornya, Rich Schefren.

Jadi, dapatkan mentor anda atau setidak-tidaknya role model yang anda mahu ikut. Anda boleh sertai seminar-seminar, atau bimbiingan-bimbingan khas didepan mata, untuk dapatkan mentor. Apa yang anda perlukan adalah rajin bertanya dan juga jangan lupa membuat task yang disuruh oleh mentor anda. Lagi satu, kalau anda mahu berjaya dalam produk digital, cari mentor yang terbukti berjaya dengan produk digital. Kalau anda mahu berjaya dalam affiliate, cari mentor untuk berjaya dalam bidang affiliate.

Siapa mentor AmmarZahar? Saya sebenarnya hanya ada role model dan saya jadikan diri saya sebagai mentor. Sebab tu lah baru-baru ni saya gagal ;p Tapi cabarannya lebih kuat bila kita jadikan diri sendiri sebagai mentor. Memanglah kalau tak ada masa yang banyak dan motivasi yang tinggi, memang kita akan hanyut dan terus berputus asa. Jadi, pilihlah mentor anda ya..

Ikhlas,

AmmarZahar

p/s: Kuota seminar saya hampir penuh. Jadi, kalau belum mendaftar, baik cepat. Kalau tidak, saya tak pasti harganya sama atau dah naik. Biasalah, kalau projek pertama ni harganya murah dulu ;p

9

Comments

  1. tahniah saudara dah maju setapak lagi. Semoga jalan yg diikuti diberrkatiNya… :)


  2. saramsak

    saya setuju…
    mentor @ role model tu perlu supaya kita sentiasa bermotivasi dan mempunyai momentum yg kuat…

    off the record…ammarzahar cuti2 kat mana tu…??
    huhuhu…

  3. ni seminar ape plk ammar? saya tak tahu pun..email kan saya detail ek.

  4. Mentor ke arah menjadi jutawan ni…:D

  5. Untuk berjaya, peranan ‘mentor’ memang tidak dinafikan, lebih-lebih lagi kepada newbie. Saya rasa, Ammar memang dah layak jadi mentor. Saya pun nak ikut jejak langkah Ammar. All-the-best Ammar!

  6. amar,leh jd mntor saye? he3.. xde personal coaching ke?trough YM pon da ok…

  7. Salam perkenalan,
    Mentor…ya amat penting untuk mencari mentor sekiranya ingin berjaya.Saya sebenarnya amat teruja bila membaca kisah kejayaan saudara ammar. Saya ingin mengikut jejak ammar. Sebagai newbie sblm berjaya dlm perniagaan internet memasarkan produk org lain yg berkualiti adalah jalan terbaik sebagai permulaan bagi yg tak tahu nak jual apa kat internet.

  8. mentor yang bertanggungjawab seperti ammar ni di berkati Allah. ilmunya sampai ke Akhirat insaallah..ingatan kepada semua jangan pandai jual ebook …tapi

  9. Salam. Memang kita perlukan mentor, kalau tidak asyik tersasar je haluan, bila tengok iklan buat duit semua nak buat, tapi hasilnya kurang.

    http://www.jutawansenyap12.blogspot.com

 

Leave a Reply