Pelaburan Internet Yang Berbaloi

Assalamualaikum, Salam Sejahtera

Rasanya dah beberapa hari saya tak melakukan posting sebab sangat sibuk. Seperti yang saya nyatakan sebelum ni, saya ke Muar. Walaupun badan saya di Muar, namun hati saya tetap berada di pc saya. Cewah!! Ok cukupla pasal Muar. Saya tak nak mengulas panjang. Saya terpanggil untuk melakukan posting mengenai pelaburan internet sebab banyak masyarakat di luar sana yang menganggap perniagaan internet ni adalah pelaburan. Bila kawan tanya “berniaga apa?” saya jawabla “berniaga internet”. Kemudian dia cakap “oh..pelaburan tu eh..”. Saya balas “bukan!” dan perbualan kami terhenti disitu.

Itu baru SATU cerita. Banyak lagi orang di luar sana yang menganggap bahawa perniagaan internet ni merupakan pelaburan. Swisscash la, ‘apa’ la, dan banyak lagi pelaburan internet yang saya sendiri tak pasti samada haram atau halal. Kebiasaannya, pelaburan ni mesti mendatangkan keuntungan. Tak kirala samada cepat atau lambat. Anda boleh untung, anda juga boleh rugi. Rasanya jarang yang rugi. Saya nak kongsi sikit cerita tentang pelaburan internet ni. Cerita benar mengenai kawan kelas saya yang berhabis ribuan ringgit ‘melabur’ di internet. Cerita ni setahun yang lepas. Mulanya begini. Masa tu, tengah famous tentang pelaburan di internet ni. Bukan saja Swisscah, malah ada banyak lagi yang menawarkan skim-skim pelaburan. Dia pun join.. Modal masuk program tu, bergantung kepada keuntungan yang kita mahukan. Kalau nak untung banyak, letak modal pelaburan yang besar. Dia melabur dalam RM 2000 tak silap saya. Tambahan pulak tu, kalau dapat cari orang bawah, dapat bonus! Dan kemudian, dia pun mulakan misi mencari ‘downline’. Saya pun diajak tapi tak join ya :) . Nak dipendekkan cerita, program tu ditutup dan kemudian duit yang dilaburkan, ‘lebur’ macam tu je. Sedih betul dia time tu. Saya kesian pun ada, nak cakap padan muka pun ada sebab saya dah nasihat :p. Itu cerita dia. Anda macam mana? pernah terkena?

pelaburan internet

Ok. Prinsip saya senang je. Pelaburan ke, Skim kaya ke, apa ke, saya percaya pada prinsip “Nak Dapat Duit, Kenala Usaha..” Dalam dunia ni, memang ada dapat duit cara senang. Namun semua tu perlu berusaha. Samada cara yang senang, susah, sederhana, atau relax, anda yang tentukannya. Bersusah-susah dulu, bersenang-senangla kemudian..

Pelaburan internet ni dalam kamusa saya, satu je. Kita melabur sekarang, tak kirala beli hosting ke, beli domain ke, beli ebook ke, kita akan dapat keuntungannya kemudian. Maksudnya, pelaburan internet tu, adalah satu pelaburan atau modal kita menjalankan perniagaan di internet. Jika ada dua ebook atau produk pilihan samada yang percuma atau berbayar, saya akan pilih berbayar. Mengapa? Ada banyak sebab. Antaranya, kandungan ebook yang berbayar, dijamin kualitinya. Kalau kita tak puas hati dengan ebook tersebut, kita boleh minta dia maklumat lanjutan mengenai ebook beliau (penulis ebook tersebut). Kalau ebook percuma, kita nak komen pun segan kan? Lagi satu.. Lumrah manusia (termasuk saya). Kalau barang Free ni, kita kurang praktikkan dan kurang manfaatkan. Barang yang kita beli (lebih-lebih lagi mahal), kita akan lebih menghargai dan kita akan praktikkan kandungannya. Setuju tak?

Itulah pelaburan yang berbaloi. Bila kita mengeluarkan duit untuk memodalkan perniagaan internet dan membeli produk-produk di internet, seterusnya kita mempraktikkannya, maka itulah Pelaburan Internet yang berbaloi. Nasihat saya kepada anda semua dan juga kepada diri saya sendiri, fikirlah dengan bijak dan buatlah pelaburan yang betul kerana sekali anda silap melabur, dua kali kerugian yang menimpa anda.

Ikhlas,
AmmarZahar

p/s: Post seterusnya saya akan buat satu pengumuman mengejut!! :) Oleh itu, saya sarankan bagi yang belum subscribe, sila subscribe di Jadi Yang Pertama…!

0

Comments

  1. Comments are closed for this article.