Perniagaan Internet kini Dengan Video!

Assalamualaikum, salam sejahtera

Semakin lama, semakijn kreatif teknik-teknik launching yang ditunjukkan oleh usahawan-usahawan internet. Semakin maju! Kalau dulu, saya ingat lagi. Launching just buat pengumuman di mana-mana forum atau di blog saja. Sekarang, launching dah tunjuk video. Wah.. Ni satu perkembangan yang sihat sebenarnya.

Di Wangcyber, ada saudara Syed Ikhwan promote sikit video prelaunch yang saya kira agak canggih dan mantap. Baru-baru ni, John Reese pun ada melancarkan videonya berkenaan ‘Traffic Secrets’. Memang canggih. Video yang dibuat oleh bro Yusry untuk prelaunchnnya pun setaraf dengan video IM antarabangsa.

Anda nak tengok? Ok ni saya beri link dia. www.videousahawan.com dan untuk John Reese punya, boleh pergi ke www.trafficsecrets.com. Rasanya ramai yang sudah tahu bahawa sekarang memang dah jadi trend menarik trafik menggunakan video. Lebih-lebih lagi kalau kita upload video tersebut di laman-laman sosial sepeti YouTube. Inilah penangan video namanya! Dengan video saja, dah boleh jadikan kita berada pada ranking teratas Google. Hebat bukan?

Hmm.. Kalau anda nak join jugak trend pemasaran menggunakan video ni, apa tunggu lagi? Cepat-cepat belajar membuat video. Kalau tak boleh buat macam John Reese pun, gunakan Camtasia dulu. Kalau boleh guna Ulead, guna Ulead dulu. Kalau nak belajar secara basic, try la explore windows movie maker.

Kalau nak diikutkan, pemasaran produk digital memang ada similariti dengan pemasaran filem-filem dan movie-movie. Saya ada pernah terbaca. Teknik pre-launch yang berkesan, adalah teknik yang berjaya membuat pelawat terliur dengan produk kita. Pelawat yang terliur inilah yang akan bertukar menjadi pembeli! Maksudnya, jika anda ingin bersaing dengan usahawan internet lain dalam melancarkan produk anda, anggapla diri anda sebagai penerbit filem. Kalau kita lihat, banyak filem sama. Tapi mana satu yang previewnya gempak? Itulah yang biasanya kita tonton kan? (teringat pada filem kungfu panda yang dah jalankan promosi 2bulan sebelum ditayangkan) nak jugak saya tiru cara mereka ni ;p
Ikhlas,

AmmarZahar

Facebook comments:

1

Comments

  1. Bukankah sudah terbukti bahawa, tiru-meniru itu tangga kejayaan?

 

Leave a Reply