Powered by Max Banner Ads 
Jun272008

2 event BESAR akan dilancarkan!!

Assalamualaikum, Salam sejahtera

Diam tak diam, dah 5 hari saya tak buat post. Bukannya saya tak mahu menulis. Cuma masa saya terlalu sibuk dan jadual saya sangat padat. Dalam 5 hari ni, saya telah berjaya menyiapkan satu ebook RAHSIA SQUEEZE PAGE. Khas untuk anda. Saya akan mengulas tentang ebook ini sebentar saja lagi :)

Seperti dalam tajuk saya, 2 event besar yang saya maksudkan ialah Pelancaran Review Contest dan juga Pelancaran Rahsia Squeeze page. Yang mana satu akan dilancarkan dulu? Saya akan lancarkan Review Contest  dulu. Dan saya dah pun memikirkan hadiah yang bersesuaian. Terima kasih atas komen dan cadangan anda. Baju dan duit sebagai hadiah kan cadangan anda? Memang itulah hadiahnya :)

Seterusnya tentang Rahsia Squeeze Page.(bawah ni draft cover dia)

Rahsia Squeeze Page

“Kenapa asyik rahsia je? Dahla baru-baru ni Labanon lancarkan rahsia 10k. Ni Rahsia Squeeze Page pula”.

Haha. Mesti ada yang cakap macam tu. Saya namakan rahsia, sebab banyak maklumat mengenai squeeze page dalam ebook tu yang ramai orang tak tahu. Antara kandungan dalam Rahsia Squeeze Page ni ialah cara-cara buat squeeze page, kendalikan Autoresponder dan banyak lagi. Pastinya sesuai untuk newbie yang nak belajar buat squeeze page, dan sesuai juga untuk IM2 yang power (ada yang tahu buat minisite tapi tak tahu nak buat squeeze page). Dan khas untuk semua rakyat Malaysia, saya akan berikannya secara PERCUMA. Saya ada hantar review kepada beberapa orang IM dan mereka ingat saya akan jual ebook tersebut dengan harga yang tinggi. Terkejut mereka bila saya kata percuma!!. Pelancaran ebook Rahsia Squeeze Page akan berlangsung tidak lama lagi. Harap bersabar ya walaupun saya sendiri tak sabar lagi. Hehe.

Saya juga akan memberi peluang kepada 5 pembaca terawal untuk memberikan testimonial kepada produk saya yang akan datang (target saya akan dipasarkan hujung bulan 7). Oleh itu, kalau anda ingin promosi laman web/blog anda serta nama anda di testimonial saya, anda kenala  jadi antara 5 orang terawal yang download  Rahsia Squeeze Page.

Saya akan umumkan di blog ini bila Rahsia Squeeze Page tersebut akan dilancarkan. Kalau anda nak cepat dan tersenarai dalam 5 orang yang pertama, isikan email anda di Jadi Yang Pertama ya.

Akhir kata, kalau anda ada komen mengenai Rahsia Squeeze Page atau kritikan tentang cover ebook tersebut, silalah komen disini :)

Ikhlas,

AmmarZahar

  1. titanJune 28th, 2008
  2. Tentang AmmarZahar - Mizha2uJuly 4th, 2008
  3. LETS MAKE MONEY - Download free ebook from Ammar Zahar n learn from him.. « 5sn1.hfk.smksk.08July 30th, 2008

Leave a Reply


 Powered by Max Banner Ads