Pemenang Pertandingan..
Hai, Apa khabar?
Saya menulis post ini dalam keadaan cukup sibuk dan tak menang tangan serta kaki. Susah juga rupanya bila nak sediakan produk terbaik ni bila kita belajar+praktikal+usahawan ni. Memang sangat penat sampai setiap hari saya tidur 4 jam saja. ohoho.
Ok, saya tak ada banyak masa nak berceloteh sangat, seperti saya janjikan, berikut adalah keputusan bagi pertandingan review. Saya akan hubungi para pemenang tak lama lagi. Dan saya dah pun letakkan link blog anda (hadiah promosi) di ebook free saya.
1) Blog SmartZul – Klik sini. Smartzul kalau buat kerja memang teliti dan kualiti. Post yang dihasilkan untuk pertandingan ini pun memang padat. Saya suka dan terima kasih banyak-banyak. Zul nampaknya dah pakar dalam analisa tarikh lahir. Best!
2) Blog Oktant – Klik sini. Blog oktant tahun lepas lagi dah join pertandingan review saya ni tapi tahun ni baru melekat hadiahnya. Saya suka bila oktant buat review mengikut bulan. Sangat kreatif! Saya baru teringat dan perasan bahwa ada juga orang yang memerhatikan saya yang tak glamer ni ya. Thanks Oktant!
3) Blog abdfatah – Klik sini. Blog abdfatah agak kreatif dan lain dengan pesaing yang lain. Sebabnya? Anda tengok sendiri di blog tersebut dan bezakan dengan peserta-peserta lain. Anda dapat kan?
Untuk Pemenang Logo pula, ini adalah keputusannya..
1) Waris Jasid – Klik sini Waris Jasid memang berbakat. Saya sukakan logo anda. Kalau ikutkan, anda dah boleh bolot hadiah 1,2,3 tapi sebab saya beri mengikut orang dan bukannya mengikut design, no 1 je lah ya. Saya akan hubungi nanti.
2) Alam – Klik sini Alam punya logo pun quit good. kalau diasahkan lagi bakat tu, mesti boleh punya.
3) Maly – Klik sini Ok, susah nak tentukan tempat ke-3 ni. Saya sendiri tak boleh buat keputusan. Last-last saya minta mak saya buat keputusan untuk pilihkan yang mana satu untuk tempat ke-3
Saya dah pun susun mengikut nombor senarai pemenang pertandingan ini. Terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang join pertandingan ni sebab tanpa anda, siapalah saya. Wah..jiwang.
Ok, tunggu esok!
-Ammar Zahar
12
Comments
oktant
Alhamdulillah & terima kasih kerana memilih saya sbg salah seorang drpd pemenang.
p/s: tak glamer ker? tak cayo lah den. hehe…
abdfatah
adesh… menang pulak dah. apa kes menang review kali ini…
mazlien
abdfatah – tak percaya ke menang, kalau tak percaya, forward hadiah kat saya je..ho!ho!ho! :p
Ammar – tak sempat nak join contestla Ammar..insyaAllah, saya nak join lain kali. Logo saya memang tak kreatif :p
hazman aka species1980
waaa…tahniah kepada yang menang….
ammar biler nak umum pemenang logo lak…nak tengok yang telah menambat hati…
ilhamputra
tahniah kepada pemenang
Alam
Wah,, syukur
thanks Ammar! tempat ke -2! x sangka
sy baru berjinak2 dlm bina logo nih : )
all the winner….tahniah 2 all
maly
wahh tak sangka la boleh menang
thanks mak Ammar.hehehe
peminatjutawan
wah lama tak tgk blog ni..tak update lagi ke hehe….ape2 pun tengah menunggu stok pakej duit mania
Syalida Rosnan
Huhu! Tahniah semua ^_^ Harap semua peserta yang menyertai pertandingan ini akan dapat hadiah misteri ^_^
Izham
Tahniah kepada semua pemenang. Saya dah tgk dah apa yang direviewkan tu..huhu.. memang layak la pemenang2 ni..tambah2 juara, Bro smartzul, siap wat analisa tarikh lahir lagi. Memang berbaloi..huhu..
Apa-apa pon kepada semua, salam succes dari saya. All da best…
ahfizfazi
apasal aku tak jadik antara yang menang ha?
mungkin sebab aku tak join contest kot..
abdfatah
kalo menang logo lagi best… dapat dua dua laa…
logo jadi entah apa-apa entahnya… hahahahaa
apo kes ko fatah punya tamak nak menang semua nih??
Leave a Reply