Hai Semua..

Maka dengan ini saya rasmikan pelancaran untuk Rahsia Usahawan Internet dan Pengumuman Pemenang Review Contest 2008! Ok itu sedikit formal saya rasa. Baiklah, setelah lama juga tersimpan, rahsia usahawan internet Malaysia akhirnya terbongkar juga.. Kepada yang berminat nak ketahui rahsia-rahsia mereka, anda boleh klik sini.

Seterusnya, saya rasa pengumuman ini ramai yang tunggu-tunggu. Review contest dah pun berakhir dan pemenangya dah pun dapat komisyen yang masyuk. Dan pemenangnya adalah Titan dari Earncent.com. Keputusan ini adalah muktamad dan sebarang email rayuan akan ditolak mentah-mentah. Kepada yang tidak bernasib baik, saya akan hubungi anda nanti untuk satu bonus rahsia. Walaupun anda tidak menang, saya akan berikan anda bonus rahsia. Tunggu yea saya contact. Sekarang ni tengah sibuk sikit dengan awek bermacam-macam hal.

titan is the winner

Satu pertandingan baru akan menyusul selepas ini. Saya akan umumkan kemudian. Yang penting, pertandingan ini juga akan menawarkan ongkos yang lumayan kepada sesiapa yang berjaya. Nantikan saja ya dari saya. Cepat subscribe RSS dengan Jadi Yang Pertama. Ada yang cakap tak berfungsi, tapi saya check tadi ok plak. Pelik sikit..

Kepada blogger-blogger yang menyertai review contest ni macam bro Afzai, Razif, Oktant, Farahaznil, Ijamidayu, Syuxx, Miziology, Ka’ab dan Ahwazi Mustafa, saya mengucapkan ribuan terima kasih yang terhingganya kerana menyertai contest ini seterusnya membantu saya menempatkan diri dalam dunia IM.

Baiklah, saya juga akan menukar theme lagi. err.. rasanya ni last tukar kot sebab rasa macam tak best pula theme tulisan kecil ni. Lagipun, sekarang musim durian tukar theme (tiru bro Alang pulak) hehe.

Kepada semua yang nak buat duit raya, bolehla sertai affiliate Rahsia Usahawan Internet. Saya pasti, mudah untuk anda promosi kerana report yang berjumlah 100m/s ini memang sarat dengan isi dan rahsia. Saya akan buka program pay-per-lead untuk seminggu sebulan saja dan selepas itu, saya akan jual report ini. Jadi, anda bolehla mempromosikan report ini. Cadangan saya, cari tempat yang sesuai untuk beriklan, dan iklankan banner affiliate anda. Anda juga boleh gunakan link banner tersebut di forum-forum dan juga sebagai signature. Jangan ingat takda mailing list tak boleh buat duit dengan report ni :) Kalau tak percaya, tanyala bro Razif.

Akhir kata daripada saya, selamat mencari duit raya.. ehem..tengah blur ni sebenarnya pasal tak cukup tidur..

Ikhlas,

AmmarZahar