Salam happy semua..
Harini saya nak berkongsi beberapa berita gembira dengan anda semua. Sedikit masa saja lagi, saya juga akan memeriahkan industri IM dengan pay-per-lead yang semakin hangat sekarang ni. Lepas Mawardee, TheReds, kemudian Din Beramboi, dan kini rasanya adalah masa untuk saya pula memberikan anda komisyen bagi penyebaran report percuma.

Untuk pengetahuan anda semua, Rahsia Usahawan Internet ini adalah laporan pertama yang saya tulis masa awal-awal nak masuk ke bidang bisnes internet ni. Banyak juga yang saya belajar hasil temuramah-temuramah dengan usahawan internet ni. Jika tiada temuramah antara saya dan mereka, dan jika tiada rahsia yang mereka bongkarkan kepada saya, mustahil saya boleh berada seperti sekarang. Kredit untuk kesemua usahawan internet yang saya berjya temuramah.
Antara kandungan ‘Rahsia Usahawan Internet’ ini adalah:
Saya berjaya bongkarkan rahsia blog SmartZul yang sentiasa berada di ranking teratas Google untuk keyword Perniagaan Internet. Best betul dapat bongkar rahsia orang. hehe. Selain itu juga, saya bongkar juga taktik sifu Yusry JomSeminar tentang bagaimana beliau menjana 6angka dengan internet. Wah! Hebat tu!
Itu baru dua preview saja, ada banyak lagi rahsia usahawan yang berjaya saya bongkarkan dan saya pasti, jika saya jual pun, nilainya mencecah puluhan ringgit! Tapi saya tak minat nak buat duit dengan temuramah orang ni.. Saya rasa lebih baik saya kongsikan dengan anda rahsia-rahsia mereka ni yang patut anda tiru. huhuhu.
Kepada yang nak dapatkannya dengan awal dan mula mempromosi dengan lebih awal, saya cadangkan anda subscribe di ruangan Jadi Yang Pertama dan pasti anda tak ketinggalan untuk mempromosi report hangat ini. Saya pasti, report ini akan jadi sangat hangat kerana bukan seorang, malah ramai usahawan internet yang akan berkongsi dengan anda rahsia mereka!
Malah, anda boleh cari duit poket kerana satu lead yang anda bawa, 25 sen akan masuk ke akaun anda. Cuba bayangkan kalau anda boleh dapatkan 1000 orang yang download report FREE ni? Dah RM 250! Dah boleh buat beli kuih raya dah tu..hehe
-AmmarZahar
Rahsia Newbie akan menyusul……

.gif)





9 Comments until now.
hehe..100 x 25 sen, sama dengan RM25 la. bukan rm250..ko biar betull..
[...] orang pun dah tak ada mood. Even Ammar bakal membuat satu lagi peluang buat duit melalui program Paid Per Lead seperti mana yg Rahsid Pro Affiliate yang Dinberamboi buat. Apapun, jika korang nak baca 2 study [...]
biasanya Program ni kalau yg ada mailing list banyak..senang nak score :)
wah… 1 report rm2.50 ke ni… apsal cam banyak plak boleh earn..
hoho..
kesilapan teknikal..dah betulkan dah. 1 report boleh earn 25sen. tunggu saya kaya macam Michael Rasmussen baru buat RM2.50
Silap kira la tue bro titan.. :)
Apa pun interested nak tau gak.. :D
Dapat duit bonus. Tapi ilmu nie free… Pergh!!!
It is true?!! :)
Ke ada keluaran khas lepas dapat mail list? :)
erk.. hehehe… aku buat duit sampingan sesikit je.. buat2 bayar bil internet… hehehe…
a`a.. xde mailing list lagi..
plan bila dah ready.. nak gak bina nanti.. InsyaAllah… satu hari nanti…
maybe time tue ramai IM dah bergelar jutawan…
Bro Razif tak silap saya tempat ke-3 kan?
rasanya kira gempaklah tu..boleh kalahkan IM yang dah ada list..hehe
Salam semua,
Sy dah baca keseluruhan report ni
dan dah pun buat review di blog.
Agak banyak rahsia yg dikongsikan
oleh IM yg terlibat.
Bukan setakat boleh dapat komisen jer,
tapi ilmu yang ada di dalamnya tu lebih penting, kan? :p
Comment!