Bisnes Internet Sempena Raya!
Assalamualaikum, Salam Sejahtera..
Pertama sekali saya nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua pembaca yang beragama Islam. Bagaimana dengan persiapan raya anda? hehe. Saya pasti ada yang dah siap pun baju raya, ada yang dah tempah berbalang-balang kuih raya, dan macam-maacm lagi. Saya pula seperti biasa, antara orang yang last minit nak beli semua tu ;p
Bila sebut bisnes di musim raya, saya pasti anda terfikir bazaar Ramadhan. Saya pernah berborak dengan seorang CEO produk makanan, kata beliau, beliau pernah dapat 5 Angka sebulan dalam masa sebulan hanya dengan menjual kuih dan juadah berbuka sampingan di Bazaar Ramadhan. Dekat 50 ribu juga income beliau. Dan kalau anda nak tahu, walaupun beliau dah berjaya dengan perniagaan ‘nata de coco’nya hari ini, namun beliau tetap menempah tapak untuk bazaar ramadhan setiap tahun.
Saya nak kongsikan dengan anda semua berkenaan bisnes di internet pada musim menjelang raya ni. Sahabat saya, saudara Shuth (saya pasti anda kenal) elah melancarkan laman web jualan untuk kuih raya beliau. Idea sebegini tak ramai yang ambil tindakan. Saya belum pernah lihat lagi orang jual kuih raya online. err.. mungkin saya terlepas pandang kot yang lain. Tapi, saya amat tertarik dengan laman web kuih tradisional saudara Shuth.
Anda boleh lihat disini:
Anda jangan lihat lama-lama pula. Nanti meleleh pula air liur :)
Apa yang anda boleh contohi disini adalah, cari musim dan cepat bertindak! Ini yang dilakukan saudara Shuth. Beliau nampak peluang nak raya ni, orang mesti jual kuih raya. Kemudian, beliau terus cari kuih raya yang boleh dijual. Nampak? Mungkin anda ada kepakaran menjahit baju. Apa kata anda tawarkan servis jahit baju anda di internet. Pasti saya antara orang yang akan tempah servis anda! :)
Ikhlas,
AmmarZahar
p/s: saya pun tak lama lagi nak lancarkan website satay pulak. Saya nak cuba promote satay di internet lihat macam mana sales ;) . Kalau anda nak tempah, boleh contact saya..




