Blog Pertama Sumber Saya Belajar..

Assalamualaikum, Salam sejahtera semua..

Apa khabar anda?

Saya kini baru pulih sedikit demi sedikit dari sakit-sakit kecil. Ok, rasanya minggu ni, genap setahun saya terjun ke bidang perniagaan internet. Banyak kenangan manis dalam setahun saya bergelar usahawan internet. Masih mentah lagi saya sebenarnya dalam bidang ni kalau nak dibandingkan dengan nama-nama besar yang dah bertahun lamanya menceburi bidang ini berbanding saya.

smartusaha

Ini termasuklah Smartzul. Saya akui, antara ebook terawal yang saya beli menggunakan duit simpanan pada tahun lepas adalah ebook dari Smartzul iaitu Panduan Kit Blogger Wordpress. Sejak dari itu saya kenal Smartzul dan sejak dari itu jugalah saya pandai menulis blog. Kalau dulu saya adalah budak biasa yang menggelarkan penulis blog ni sebagai geek, tapi sekarang tak sangka saya pun dah boleh menulis blog dan saya berbangga kerana skil penulisan saya juga semakin meningkat.

Terkenang zaman dulu-dulu (setahun yang lepas dimana saya masih lagi belajar tentang cara nak buat duit dengan internet), saya banyak rujuk kepada blog-blog tempatan. Maklumlah, saya ni kalau bahasa inggeris ni kurang sikit. Dan blog pertama yang menjadi sumber pelajaran saya adalah blog perniagaan internet oleh Smartzul. Begitu banyak info-info bernilai dalam blog tersebut.

Kalaulah Smartzul berhasrat nak membukukan karya tulisan beliau dalam blog tersebut, dah tentu harga buku tersebut mencecah ratusan ringgit dan bukunya pasti setebal kamus oxford Fajar edisi ketiga.

Saya sangat sarankan anda mengikuti post-post di blog Smartzul dengan harapan anda juga dapat banyak belajar dari tulisan beliau, sama seperti saya. Jangan lupa, blog Smartzul juga adalah antara blog yang top bagi keyword ‘perniagaan internet’ dan kalau anda buat blog tentang perniagaan internet, pastikan anda komen setiap kali Smartzul menulis dan anda akan dapat lihat ranking blog anda akan meningkat hasil dari backlink yang berkualiti.

Bukan itu saja, anda juga sebenarnya boleh mempelajari cara Smartzul menulis. Saya pasti tak semua orang lahir dengan bakat menulis, sama seperti saya dan saya juga banyak belajar dari blog Smartzul teknik-teknik menulis sampaila saya berjaya menghasilkan ebook sendiri.

Percaya atau tidak, kalau dulu saya komen pun Smartzul macam tak perasan dan mungkin bertanya “Siapalah budak ni..” tapi sekarang, smartzul adalah salah seorang rakan JV saya yang banyak membantu saya dalam setiap pelancaran produk saya.

Itulah dia kenangan antara saya dan juga Blog Perniagaan Internet Smartzul..

Jumpa lagi!

-Ammar Zahar

28

Comments

  1. Saya pun belajar banyak perkara (perniagaan internet, motivasi dll) dr blog Smartzul. Cuma jarang komen saje.

  2. aku pun slalu gak baca artikel kt blog smart zul ni..bnyk info yg boleh kita dapat dlm blog dia..mmg terbaek la..

  3. All the best to you Ammar.

  4. Salam.

    Saya pun jadikan Blog Smartzul sebagai tempat rujukan khas saya. Memang beliau seorang penulis blog yang amat saya kagumi. Saya pun harap Ammar berjaya dengan lebih cemerlang lagi. Selain membeli ebook keluaran SmartZul, saya pun telah membeli ebook Affiliate A+ Ammar dan banyak saya pelajari dari buku tersebut. Terima Kasih Ammar.

  5. Tahniah Ammar, dah genap 10 tahun :)

  6. silap da…1 tahun :P

  7. saya kenal dunia perniagaan internet lepas beli pakej kit blogger dari smartzul. kalau tak beli pakej kit blogger mungkin tak kenal dunia peniagaan internet ni.

  8. Saya mula kenal perniagaan internet melalui blog IK dan Smartzul. Bermula dari produk smartzul lah sy mula mengorak langkah mula membina blog dan berjinak2 dalam perniagaan internet…

  9. saya akui smartzul antara blogger terhebat..selain blogger dia juga forumer yang hebat juga….

  10. btul. blog smartzul mmg banyak artikel yang berkualiti dan padat. lebih kepada membina minda usahawan gitu.

  11. Saya memang tak pernah lepas dari mengikuti post di blog SmartZul. Blog smartZul jugalah yang banyak mendedahkan saya pada perniagaan internet.

  12. blog pertama saya kenal mengenai perniagaan internet ialah blog Dr. Irfan Khairi…
    dan sudah hampir 3 tahun saya mengenali dunia perniagaan internet…
    namun masih lagi perlahan saya bergerak…
    Ammar berikan contoh terbaik bahawa newbie boleh melonjak naik dengan cepat…
    :D

  13. sy pun same…ebook pertama saya beli dari smartzul…pakej kit bloger…huhuhu

  14. huh…ramai jgk mulakan blogging dgn ebook smartzul ek???
    saya puuunnn…asal2 blaja sendiri2…tp tak puas ati…
    trus beli ebook smartzul…

  15. aku pun nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kpd smartzul. mmg tak dinafikan blog beliau byk membantu. :)

    salam kenal ammar zahar..

  16. sebelum ni saya tertanya2, agak2 sapa lagi la ea yang mendapat bantuan or manfaat dari saudara smartzul.

    so tak sangka, saudara ammar jgak salah seorang daripadanye ea

  17. termasuk aku juga dgn ebook drpnya smartzul

  18. Termasuk la saya yang telah berjaya menghasilkan blog pendapatan pertama. Hasil tunjuk ajar dari sifu smartzul. Ebook dan blognyer byk membantu.

    Jazakallah.

  19. dulu mula-mula guna forum. lepas tu terjumpa ler blog2 yang tumbuh bagai cendawan. banyak info yang boleh dipelajari dengan menggunakan medium blog selain dari coaching for short cut income.

  20. nmpknye ramai yg dh berjaye dgn bantuan dr blog smartzul. saya pula msih br nk blaja. harap2 saya dapat meningkatkan lg pengetahuan saya melalui blog mereka..

  21. ini semua berkat usaha dan kekuatan diri sendiri

  22. Salam Amar, Apa khabar?
    Saya Yusmi dari Evolusi Minda. Tidak tahulah Amar kenal kami atau tidak. Saya mengenali Amar dari salah seorang peserta saya. Banyak kali dia cerita tentang Amar namun hari ni baru saya ada masa. Kami rasa bangga ada anak muda hebat seperti Amar. Salam Evolusi dar saya dan Puann Hajjah Arina> Teima kasih :_

  23. Ebook smart zul yang menjadi pencetus idea buat duit melalui internet. Smart zul memang banyak berjasa dengan kita semua :)

  24. Salam, mula2 saya buat blog dulu pun saya rujuk panduan wordpress smartzul gak ;)


  25. latip

    Salam..saya dah hantar dekat emel ammar zahar gmail dengan blogperniagaan. Takde respon pun. Ada problem dengan pembelian neh..bley tngok and respon?

  26. Ebook pertama yang saya beli adalah Pakej Kit Blogger.Dari situ lah juga saya mula tahu bagaimana nak berkecimpung dalam dunia bisnes online ni.Kepada Ammar:Tahniah kerana berjaya dalam bisnes online.

  27. smartzul memamg smart berusaha

    blog beliau mempunyai isi kandungan yang bernas dan praktikal
    ebook beliau pun begitu juga sesuai untuk dijadikan panduan

    http://rahsiawangonline.com

 

Leave a Reply