Duit Mania! bakal dilancarkan..!
Hai Semua..
Sebelum saya memaklumkan berita terbaru mengenai perkara yang bakal mengubah hidup anda, saya ingin umumkan bahawa pertandingan dah pun ditutup serta saya akan umumkan pemenangnya pada minggu hadapan, iaitu 22hb nanti.
Ok, itu tentang pertandingan..
Kini, tentang produk terbaru yang bakal saya lancarkan tak lama saja lagi, iaitu Duit Mania!-Gerenti buat duit di internet. Wah, siap tagline lagi. Ya, kali ni tak ada kaitan dengan buat produk dan affiliate, (mungkin ada sikit kot) tapi fokusnya lebih kepada memimpin anda sampai berjaya buat duit TANPA modal. Anda tak tersilap dengar.. TANPA modal atau kalau ada pun, sedikit sangat.
Sedikit review awal tentang produk ini, anda boleh download percuma ebook dalam 50 mukasurat hasil tulisan saya sendiri pada minggu hadapan dan saya melimitkan pengeluaran ebook percuma ni kepada 5000unit sahaja. Selepas 5000 unit, ia akan ditutup sebab ebook ni saya rasa dengan senang-senang saya boleh jual RM 50 berdasarkan maklumat didalamnya.
Sepanjang kajian saya, apa masalah anda sebenarnya ialah “Bagaimana Nak Mula”. Malah, bila dah tahu pun, tak tahu cara macam mana nak buat laman web, upload, domain name dan sebagainya. Itu masalah besar yang akan saya selesaikan dengan produk saya ni.
Malah, satu golongan lagi, bila dah tahu mana nak mula, sebagai contoh Clickbank, tapi tak tahu nak promosi lantas membuatkan anda berputus asa.
Kalau nak promosi pun kena keluarkan modal lah, tak tahu step-by-step lah, dan sebagainya.
Jadi, secara ringkas, Duit Mania!-Gerenti Buat Duit di Internet akan berikan penyelesaian kepada anda yang:
- Tak tahu macam mana nak mulakan- Duit Mania! berikan anda panduan macam mana nak mula dalam bidang internet. Duit Mania! sediakan anda beberapa jalan, siap dengan langkah demi langkah supaya anda tak tersesat jalan dan supaya anda fokus mengikut jalan yang telah saya tunjukkan
- Tak tahu hal-hal teknikal- Duit Mania! akan berikan anda 2 CD tutorial di pos ke rumah anda supaya anda tahu macam mana nak setup laman web, macam mana nak setup autoresponder, setup DNS, cPanel hosting dan banyaaaak lagi. Nak letak header dimana, nak tulis apa di surat jualan, semuanya ada dalam bentuk video di CD tutorial Duit Mania!. Tak ada alasan lagi anda ‘tak tahu nak buat macam mana’..
- Tak tahu nak menjual- ok. Ini masalah besar kenapa ramai yang tak berjaya di internet. Saya lihat, mereka yang join Clickbank pun tak tahu macam mana nak promosi. Jadi, dengan adanya Manuskrip Duit Mania!, anda akan didedahkan strategi-strategi usahawan internet seperti saya, Jay Deiboldt, Jason James dan ramai lagi melakukan promosi secara percuma di internet.Saya sangat faham bahawa ada yang susah nak keluar bajet untuk PPC dan Autoresponder. Takut gagal katanya. Jadi, saya tunjukkan hampir KESEMUA (ebook Malaysia belum ada lagi dedahkan) teknik-teknik advance mempromosi produk/laman web/affiliate/blog/apa saja secara percuma.
Malah, Duit Mania! bukanlah produk digital. Saya faham ada yang bermasalah nak baca duduk depan laptop nak belajar kan? Jadi, Duit Mania! adalah versi fizikal! Produk fizikal pertama saya. Anda akan diberikan 2 CD tutorial, dan juga sebuah buku Manuskrip Duit Mania!.
Jadi lepas ni, TAK ADA ALASAN anda tak boleh buat duit di internet (melainkan anda malas). Nantikan kemunculannya tak lama lagi!
-Ammar Zahar
P.S tengah tunggu designer saya siapkan grafik semua. Urgghh, tak sabarnya! Oh ya, lagi satu, forum Duit Mania! dah pun dibuka dulu di www.DuitMania.com/forum

27
Comments
cookdong
tahniah..jom join forum ramai2
lanchini
Wow, berita gempak ni. Lagi gempak dari berita pelancaran PROTON EXORA !
Nabieel
Menarik juga ni..:)
Mohd Hafifi
sy pun tak sabar nie ammar..
Renzo
Tahniah akhirnya kuar juga produk baru, rembat nnt ^^
ilhamputra
produk ape tu.dengar cam best.berapa harganya.
ammarzahar
Thanks.. Saya berani jamin inilah produk terbaik saya dan produk ni belum ada lagi di pasaran Malaysia. Ia advance sikit, tapi masih lagi step-by-step dan ada action plan..
hazman aka species1980
Setelah lama buat projek underground dan meneroka pasaran antarabangsa…bro telah offer produk yang bakal buzz….
ammarzahar
Saya buat produk ni pun atas nasihat kawan saya yang minta saya hasilkan buku untuk didik lebih ramai lagi orang supaya boleh buat duit. Singapore punya orang dah ramai yang boleh buat. Sekarang tiba Malaysian pulak..!
oktant
Bagus gak dipakejkan dlm bentuk fizikal. Senang sikit kalo nak buat rujukan. Akan saya nantikan kemunculannya. Hehe…
yoji
sya sokong ammarzahar bt cam ni… sbb mkin ramai org knal perniagaan internet…
kasimo | Blog Duit Internet
semakin mudah nak buat duit nmpknya ni…..
N.I.S.A
salam
ammar, yang download percuma itu, hanya sebagai bab awal ataupun semua?
kalau percuma semua lagi best huhu
lagi satu, ebook yang akn dtg ini akan betul² tanpa kuar modal ataupun adalah sedikit. kalau ada tu, anggaran bpe??
saya baru nak beli affiliate A+ tetapi dah mlm buta maybank on9 pun dah tutup huhu
ble nmpk post ni, cm xjdi beli je. nk beli yang akn dtg la sbb “tanpa modal”.
kebanyakkan ebook yg sye beli, dah beli kene buat extra++ lagi pastu + modal. adush, duit poket dah la xde, duit jola hangus!
kalau + rm100 ke bawah bile dah beli ebook xpe jugak ini kene + lgi rm150 dan ke atas. adush!lebur²..harap Ammar jwb soklan sye ini.plz!! p/s: desperate newbie nie kerna xde duit hehe. peace!
*harap murah cm affiliate A+ cm skg rm37 je
*ammar patut perbanyakkan lagi ebook yang berkaitan dengan newbie sbb sy tgk skg nie dah byk ebook yang melebihi newbie. bukn ape, ebook yang lebih newbie tu mksd ye xseswai utk newbie yang zero dlm im petah lagi nak pergi ke hero.
suksess to AMMAR!!
ammarzahar
Download percuma tu adalah ebook ‘Bagaimana Nak Mula’..Produk bebayar tu adalah produk PREMIUM saya dan bila saya nyatakan produk PREMIUM saya, anda boleh teka harganya.
Ini juga produk fizikal. No ebook, No download, No masalah itu dan ini untuk view video dan sebagainya. Teknik promosi yang ditunjukkan dalam Manuskrip Duit Mania adalah teknik promosi percuma. kalau rajin, tak payah keluar modal. Kalau malas nak belajar dan tak ada masa, kena keluar modal sikit.
Affiliate A+ sangat berbeza dengan Pakej Duit Mania! kerana Duit Mania! ni akan memberikan dimensi baru dalam perniagaan internet di Malaysia. Maksud saya..
Anda nak promosi link affiliate ATAU promosi produk digital sendiri, ATAU produk fizikal sendiri ATAU promosi blog, ATAU apa saja bentuk promosi melalui medium internet perlu mahir promosi dan Manuskrip ini akan membantu anda.
Manuskrip ini dalam bentuk buku yang mempunyai ratusan mukasurat saiz A4. Lihat rupanya nanti masa prelaunch..
Tak kira newbie/advance, ini sesuai untuk semua.. CD tutorial pula akan mengajar newbie step by step benda teknikal.
Saya taknak cerita banyak disini, kerana saya akan buat satu blog khas untuk pelancaran Duit Mania! nanti..
Elyas@Dhiaqis
Tahniah Ammar dengan kemunculan DM – DuitMania!!
ah mun
wahh.best, trima kasih
Malaysians love Ammar
ilhamputra
tak sabar tunggu produk ni.
N.I.S.A
oh. hm~
ok
tq bagi penjelasan.
N.I.S.A
lagi satu:
yang affiliate A+ ini, perlukan byk modal ke? anggaran berapa?
saya nk bajet duit jadi prepare dlu sblm beli.
bg anggaran modal yang akn dgunakan utk affiliate A+ nie pn jdilah.
certain2 ebook akn tunjukkan cara dan teknik tetapi lepas tu ade advance lagi utk kuar modal. jadi sbb tu sye ty, dengan menggunakan teknik Affliate A+ ini berapa anggaran modal yang diperlukan? overall..
terima kasih
N.I.S.A
Lagi satu!
Sebagai seseorang yang sudah mahir dalam perniagaan internet, saya nak tanya: adakah autoresponder itu (mailing list, follow-up messages) wajib dimiliki oleh orang yang menjalankan perniagaan internet? cth ye orang yang menyertai program affiliate?
ammarzahar
Banyak soalan N.I.S.A ni..Apakata buka thread di http://www.DuitMania.com/forum ? saya akan membantu disana..
wanmus
berminat ni.macamana nak jadi jv partner ammar?
Niijiusan
woahh.. gempak! aku kena berjaga sentiasa untuk pastikan aku dapat!
N.I.S.A
lagi satu, nak bagi komen.
Kalau ‘rahsia newbie’ dah tidak dijual lagi, kenapa iklan masih ada kat sidebar? membuatkan saya rasa rugi cz xbeli..(grrr…=)
Julius
Saya yakin, DM merupakan produk yg bakal meletoop di pasaran spt 2 produk sebelumnya…
bard
Harap masih belum terlambat utk komen..
Tahniah dan semoga ini merupakan titik permulaan utk para newbie berjinak-jinak dgn ‘online income’ ini..
Saya menyokong dibelakang anda.. Satu pujian buat anda kerana membina laman forum khusus tentang penjanaan wang menerusi internet.
Syabas..
penunggu
dah buat transaction kat bank untuk e book affilite A+ tapi tak boleh nak submit borang tempahan. tolong ambil perhatian.
Leave a Reply