Dilemma Bekerja..

Hai, apa khabar anda semua?

Harap anda dapat cuti yang berkualiti pada Krismas kali ini dan lebih bersemangat untuk menuju tahun baru. Yeay! Saya disini semakin nak habis tahun 2008, semakin sibuk dengan beberapa perkara. Bayangkan, buat 4 kerja dalam satu masa. Oh, itu memang memenatkan. Tapi buku dan rahsia yang dikongsikan Richard Branson sangat membantu dimana beliau sendiri mengendalikan banyak projek dalam masa yang sama. Dengan Virgin Record lagi, Virgin Air lagi, Air Asia X lagi, dan macam-macam lah. Kalau saya nak tulis pasal dia, memang tak habisla gamaknya.

Ada beberapa tarikh penting buat saya dalam waktu terdekat ni. Maklumlah, saya bekerja juga sebagai usahawan internet ;p. 28 Disember, adalah dateline bagi kerja-kerja pembuatan produk saya. Ni kerana saya dah nak naik belajar di UPM dah 28 Disember ni. Harap-harap saya ada semangatlah nak naik belajar sebab sekarang ni semangat bekerja semakin kuat ni apatah lagi baru ni saya dapat komisen affiliate dalam promosikan produk IM luar hampir 2 ribu! Syukurla.. Rezeki keluarga saya tu..

4-10 Januari pulak, saya akan bercuti di Bali dan Jogjakarta. Anda yang berada di sana, jom kita ketemu. Yang bestnya, saya kesana dengan hasil pendapatan affiliate saya saja. Inilah kehidupan usahawan internet sebenar. Cari duit, bila dah bosan dan tepu mengadap laptop, pergi melancong. InsyaAllah, cuti sem depan saya nak pergi Amsterdam dan Switzerland pulak kalau ada rezeki ;p.

Saya pasti, kalau saya kerja makan gaji, saya langsung tak ada masa nak pergi bercuti. Sebabnya, yelah, dengan beban waktu kerja yang padat, dengan duit poket tak cukup. Oh, tak indahnya. Kalau nak bercuti ke luar negara pun, tunggu dah tua lepas keluarkan duit EPF baru dapat bercuti. Masa tu dah susah dah nak jalan-jalan. Silap-silap, masa tu lah nak beli ubat-ubat. Inilah dilemma bekerja namanya. Hidup yang tidak indah. Malah, baru-baru ni saya terbaca di akhbar yang lebih kurang 400 ribu pekerja akan dibuang kerja atas sebab kegawatan ekonomi.

Memang menyedihkan. Kawan-kawan saya pun dah mula cari saya nak berniaga internet sebab dia yakin, kursus yang dia ambil sekarang pun tak menjamin untuk dia bekerja. Dijangka, kegawatan ekonomi akan berlarutan dalam 3 tahun. Oh, susahla kalau saya nak cari kerja dalam bidang landskap nanti. Semalam, saya sempat berchatting dengan Labanon Team Flarebiz. Ada dia tanyakan saya “Nak kerja ke lepas habis belajar?“. Dengan pantas saya jawab, “tak, saya nak buat full time IM insyaAllah..

Maklumlah, jurusan yang saya ambil sekarang ni bergantung kepada projek yang dikeluarkan kerajaan. Biasanya kalau zaman gawat ni, mesti projek-projek pembinaan dan perlandskapan akan dikurangkan. (Ingat lagi macam mana ayah saya dahulunya seorang kontraktor, tersungkur semasa zaman gawat 1998). Jadi, saya rasa memang saya tak akan kerja lah kot (dalam bidang landskap. Tapi ada niat nak buka bisnes landskap)

Satu cerita lagi saya nak kongsi dengan anda, cerita 2 orang sahabat saya. Grad dari UTM, Kejuruteraan Mekanikal. Malang sekali sebab zaman dia grad (tahun ni), kilang mula membuang pekerja. Jadi, terlalu sukar dia nak cari kerja di bidang yang dia pelajari dan kini bekerja dengan syarikat pengiklanan. Janji masa interview, kerja 9am-5pm. Tapi bila dah kerja, waktunya dah jadi 8.30am-10pm. Oh, ini tidak adil. Dilemma jadinya.

Seperti dalam artikel bro Shuth, kegawatan ekonomi yang bermula tahun hadapan akan meramaikan orang dalam bidang perniagaan. Mungkin ramai yang buat part time jual burger, buat MLM, dan mungkin akan lebih ramai yang berniaga di internet. Jadi, saranan saya, kalau anda ingin memulakan perniagaan internet tak kisahla dari CyberCafe ke, Rumah ke, Office ke sebagai pendapatan sampingan, saya jemput anda ke sesi seminar saya yang berlangsung pada 18 Januari 2009 di Hotel Residence, Bangi. Saya rasa, subscriber saya dah tahu pasal ni kan?

-AmmarZahar

P.S kawan saya yang saya maksudkan diatas akan hadir juga pada seminar tersebut sebagai peserta. Dia jugalah yang mengilhamkan saya untuk berkongsi kemahiran saya buat duit di internet ni secara LIVE (seminar).

Facebook comments:

7

Comments

  1. salam bro…kalau ada masa nanti, bolehlah saya datang….nak berjumpa sahaja..kkekekekeke…di luar hotel…boleh?

  2. Salam..:) Boleh je..memang lepas seminar saya nak lepak2 dgn peserta sekali. Bro Amirul Faisyal pun maybe datang jugak..boleh lepak sekali lepas seminar.hehe.

  3. orite..cuma nak cari lokasi hotel tu je…nanti saya tanye tour guide saya…nanti saya roger kalau confirm

  4. dekat uniten je..dari serdang, dekat website dia tu ada locationnya..:)

  5. hohoho….saya pun nk pi melancong jugak awal tahun ni, pi honeymoon.
    Kawen bulan 6 aritu baru nk pi honeymoon skarang :)

    Yang bestnyer pakai duit affiliate jer…oh!


  6. remaja

    @Shukor wah, honeymoon mana bro?

  7. bestnya cuti2… saya teringin nk bawak family ke Langkawi..

 

Leave a Reply