Kisah 2008 dan Azam 2009

Hai pembaca BLog Perniagaan Internet..

selamat tahun baruMacam mana dengan keadaan anda sekarang setelah 2 hari masuk ke tahun 2009? Saya yakin pasti ada diantara anda yang tersalah tulis tarikh di cek, dokumen atau surat kot. Tapi tak apalah, post saya bukannya tentang benda remeh tersebut. Saya lebih berminat untuk kongsikan kisah 2008 saya yang membawa kenangan pahit dan manis dalam hidup saya. Dan pastinya, manisnya lebih banyak daripada yang pahit. Syukur alhamdulillah..

Kalau nak dibuat flashback, rasanya saya awal tahun 2008 sehinggalah tengah tahun, saya adalah orang biasa yang bernama Muhammad Ammar bin Zaharudin. Im NO ONE. Saya masih lagi pelajar dalam bidang senibina Landskap yang buat freelance design-design landskap, dan juga freelance buat website menggunakan website builder. Sudah pastinya saya buta dalam perniagaan internet. Yang saya kenal dalam perniagaan internet ni hanyalah Irfan Khairi saja.

Tapi, sejak tengah tahun, hidup saya mula berubah dan sememangnya perubahan itu sangat ketara. Bayangkan, dari seorang budak lelaki biasa yang gemar menghabiskan masa ke studio jamming bermain gitar dan bass, bermain futsal di tengah malam, melepak bersama kawan sehingga ke subuh, duduk di kedai mamak sehingga mamak pun boring tengok (sebab order air suam je), suka menghabiskan masa membuat benda tak berfaedah bertukar kepada seorang remaja yang mendapat gaji lebih 10 ribu setiap bulan, memiliki kereta sendiri, memiliki Laptop sendiri, dan yang paling penting bakal merealisasikan impiannya menjadi Jutawan dalam masih bergelar pelajar.

INI MEMANG TAK SAYA DUGA. Ya, saya memang sangat-sangat bersyukur kerana dalam setengah tahun saja kehidupan saya berubah. Dari negatif kepada positif. Inilah kisah tahun 2008 yang saya tak dapat lupakan. Kenangan terhebat dalam hidup saya dan keluarga saya. Keluarga saya bukan keluarga senang, jadi dengan adanya saya yang boleh dikira berjaya ni, maka dapatlah membantu keluarga kan?

Kalau dulu, saya hanya lihat muka Alang di suratkhabar Kosmo, muka Eruwan Gerry di RTM1, tapi tak saya sangka 2008 ni saya dapat pula berJV dengan mereka. Inilah rahsia sebenar seorang newbie. Banyak sebenarnya suka-duka laluan saya dalam bergelar Usahawan Internet ni pada tahun 2008. Kalau saya ceritakan, memang tak habislah. Tapi saya ada tulis dan rekod segala kenangan, rahsia, langkah, dan juga yang paling penting strategi saya dan InsyaAllah, saya berhasrat membukukan kisah tersebut dan suatu masa nanti saya ingin lihat kisah saya dibaca di MPH dan dapat dicontohi oleh mat rempit remaja lain.

Sedikit preview tentang saya dalam bidang IM, tahun 2008 ini saya telah berjaya menghasilkan 3 produk berbayar dan 2 produk percuma di pasaran tempatan iaitu Rahsia Squeeze Page, Rahsia Usahawan Internet, Koleksi Grafik V2, Rahsia Newbie, dan juga Affiliate A+. Pada saya, Koleksi Grafik V2 adalah titik mula saya dalam IM. Memang ada banyak kelemahan dalam proses saya mengeluarkan produk pertama dalam keadaan pengalaman cetek lagi. Namun begitu, saya sangat terhutang budi yang amat besar kepada rakan-rakan usahawan internet yang banyak membantu saya antaranya seperti Mazlie Nadzri, Abooain, Sukeri, Shuth, Syed Ikhwan, Yusry Jomseminar, Alang, Eruwan Gerry, Amirol, Luvleey, Nuraz, Noorizam Shah, Labanon, Zhafran, SmartZul, Zamri Nanyan, Titan, Afzai Afandi dan banyak lagi..! :)

Mereka inilah yang banyak membantu saya dalam tahun 2008 ini. Pastinya saya tak akan lupa jasa mereka. Begitu juga dengan loyal customer saya, yang akan klik butang beli setiap kali saya melancarkan produk, terima kasih sangat sangat yang tak terhingga kerana memberi peluang saya berkongsi ilmu dengan anda. Oh, ini bukannya ucapan Oscar ya. Saya cuma nak wish penutup tahun 2008 dan berkongsi review tentang AmmarZahar dalam tahun 2008.

Berkenaan tahun 2009 pula, sudah tentu saya akan bekerja dengan lebih rajin dan kreatif lagi dengan harapan azam saya tahun ini tercapai. Bagi saya, tahun 2009 dibuka dengan indah sekali. Dengan komiyen dari Clickbank yang meledakkan akaun PayPal saya, begitu juga dengan komisen affiliate antarabangsa. Malah, bulan ini juga saya akan senaraikan produk saya di beberapa buah affiliate merchant. Lebih dari tu, bulan ini juga saya akan mengadakan seminar untuk berkongsi rahsia kejayaan saya secara step-by-step untuk peserta terus copy paste langkah saya.

Hmm.. Bercakap tentang azam, azam saya tahun 2009 ni adalah ingin membuat 5 Figure Launch di pasaran antarabangsa. Saya juga berazam untuk berJV dengan nama-nama besar IM antarabangsa. Oh, ini kedengaran agak mustahil tapi saya akan kearah itu.. Tak mustahil bukan? Malah, saya juga teringin nak hadiahkan diri saya sendiri Honda City baru untuk harijadi saya tahun ni. Hohoho. Meleleh air liur bila tengok orang pakai Honda City wo..

Honda City

Dalam masa yang sama, InsyaAllah, saya nak lebih banyak bercuti ke luar negara. Kalau sekarang, pemergian saya ke Bali 4hb Januari ni ditanggung penuh oleh pendapatan affiliate tempatan saya, saya harap pendapatan affiliate antarabangsa saya akan menampung saya ke Paris atau Jepun tahun ni. Oh, tak sabarnya.. :) Kalau ada pembaca blog ni yang menetap di Jepun atau Paris, bolehla roger-roger ya.. ;)

Ok, saya rasa itu saja preview kisah saya dalam tahun 2008 dan juga azam 2009 saya. Apa yang pasti, saya akan terus bekerja lebih kreatif dan pantas. Kena kurangkan main game PES dan Guitar Hero nampaknya tahun 2009 ni. Untuk anda pula, apa cerita 2008 anda? Dan macam mana dengan azam anda dalam tahun 2009 ni?

-AmmarZahar

Facebook comments:

20

Comments

  1. tahniah bro…moga rezeki lagi bertambah….ingat lagi masa produk pertama bro, masa tu sy rasa, saya 1st time dapat komisen affiliate yg dikira banyak masa tu..hoho

  2. Tahniah juga untuk anda bro…

    Moga kita sama-sama mencapai matlamat yang kita impikan

    Insyaallah!

  3. Keep up good work Ammar! Memang saya tak nafikan Ammar seorang yang berdedikasi tinggi dalam usaha yang dijalankan.

    All the best for your future planning. ;)

  4. Tahniah. Tapi newsletter saudara tulis

    “Selalu saja orang tanya azam tahun baru kan
    bila masuk je tahun baru. Oh, bosan juga
    nak jawab, tapi dah jadi macam adat pula
    ada saja azam Tahun Baru..”

    Sebenarnya masih ada tingkat yang lebih tinggi yang memerlukan azam yang lebih lagi kerana tak kan nak terus berada statik di level ini sahaja.

  5. Selamat Tahun baru,

    saya pun ingat nak beli kereta honda city baru tu untuk wife saya tapi dia minat suzuki swift plakk adoi…


  6. Idham

    tahniah bro,
    saya pon nak ikut jejak bro
    bila nak buat seminar?
    tak sabar dah nih……

  7. Hello Ammar,

    Saya selalu mengikuti perkembangan perniagaan anda kerana saya yakin yang anda boleh membina reputasi anda di dalam dunia perniagaan internet di dalam dan luar negara. You are an upcoming success story!

    Tahniah saya ucapkan di atas kejayaan anda pada 2008. Insya-Allah tahun 2009, anda akan mencapai kejayaan yang lebih besar.

    All the best for 2009!

    - gerry

  8. Tahniah diucapkan…makin hebat dan mantap skarang beb…moge impian kite untuk tahun 2009 akn tercapai…masing2 ade matlamat…:D

  9. saya sedang cuba untuk berjaya dalam perniagaan internet. kalo berjaya insya-Allah saya nak beli toyota avanza dulu. hehehe.

  10. Tahniah, Ammar.

    Saya selalu mengikuti perkembangan Ammar. Walaupun saya hanya jadi pemerhati kejayaan Ammar, saya kagum sangat2 dengan Ammar. Keadaan Ammar pada awal hingga pertengahan tahun 2008, exactly sama macam keadaan saya sekarang. “Mamak pun da boring tengok, asyik order air suam je.” :D

    Remaja lain patut jadikan Ammar sebagai contoh ataupun idola mereka. Bukti yang mereka pun leh berjaya ialah awak…huhu.Mungkin, awak pun sudah menjadi pembangkit semangat saya untuk berjaya dalam perniagaan internet pada tahun 2009 ni. :P InsyaAllah, mamak pun da tak boring tengok muka saya lagi.hehe. Tahniah sekali lagi…

  11. semoga tahun baru ini membawa rezeki yg mencurah2 kat otai2 sekalian..hoho

  12. Aku pun tersenarai ker :) moga terus sukses pada tahun ini dan tidak ada yang mustahil untuk ngko capai HONDA CITY tu jika usaha sentiasa berterusan

  13. Selamat Tahn Baru,

    Saya pun berazam hendak menjadi usahawan internet d Tahun 2009. Ini adalah komen pertama saya di blog… Mintak tunjuk ajar..

  14. Rasa teruja, rasa bangga dan rasa macam arggh!!! aku nak jadi macam ammar! syabas!!! ang good luck utk azam baru ammar.

  15. Saya pun bermula pada awal tahun 2008, tapi belum lagi dapat mencapai kejayaan seperti Ammar.Mungkin kerana saya sudah ada kerja tetap dan Perniagaan Internet cuma “part-time’ saya. Namun tahun lepas ada juga kenangan manis antaranya mendapat beberapa cek sebanyak USD100 dan USD 50 dan sebagainya.
    Ini menjadikan saya semakin yakin bahawa Perniagaan Internet sememangnya boleh menjana kewangan dan boleh menjadi jutawan!


  16. saramsak

    semoga semua azam kita tercapai utk 2009…
    :)

  17. Salam,

    Azam harus diiringi dengan tindakan. Setkan milestone dan pasti dateline kita tidak tersasar.. semoga 2009 lebih baik kita semua..

  18. boikot israel laknatullah

  19. Huh1 Buat affiliate jer boleh pegi Paris ker? ni yg aku jeles nih

  20. Ammar, anda berjaya dalam masa yang saya kira agak singkat. Tahniah saya ucapkan.

 

Leave a Reply