Powered by Max Banner Ads 
Jun302008

Perniagaan Internet ni penipu?

Pernahkah anda terdengar ayat-ayat sebegini daripada kaki mulut sesiapa? Saya nak berkongsi dengan anda cerita yang saya alami. Sebenarnya bukan senang nak menjalankan perniagaan internet ni. Betul tak? Bukan apa, saya pernah terkena bila saya bercerita dengan orang, yang saya menjalankan perniagaan internet, dan kata-kata inilah yang keluar dari mulut dia.

Saya tak salahkan dia. Takkan saya nak emo pulak kan. Agak tersentap jugakla bila dia cakap perniagaan internet ni penipu. Dia mengaitkan perniagaan internet ni dengan sistem pelaburan kat internet yang dia join masa tengah hangat dulu. Ya, SWISSCASH. Dengan modal sebanyak 4 angka untuk laburkan ke internet, bila tak dapat pulangan dan sekatan dibuat keatas swisscash ni, apa lagi.. Dia mula menyalahkan perniagaan internet.

Itu cerita dia. Saya cakap saya boleh dapat 4angka dengan bisnes di internet pun, dia ragu-ragu lagi selepas terkena.

Sebenarnya pada saya, masyarakat Malaysia ni belum celik sepenuhnya lagi mengenai perniagaan internet. Kalau ada yang mewar-warkan tentang perniagaan internet ni pun tak banyak di Malaysia. Kalau anda tahu, untuk masa yang akan datang, memang berpotensi perniagaan di internet ni. Mengapa saya cakap begitu, sebabnya ialah harga minyak yang semakin naik.

Tak payahla kalau anda cakap anda pakai penjimat minyak sekalipun, harga minyak tetap akan naik setiap tahun. Nak kurangkan harga minyak memang dah tak boleh dah melainkan kita sendiri yang berjimat dengan kurangkan penggunaan minyak ni. Kalau anda menjalankan perniagaan di internet, tak payah susah-susah nak pergi pejabat, nak keluar, nak jumpa client dan lain-lain lagi. Semuanya hanya dibuat melalui internet. Tak payah nak pergi bank lagi dah nak bayar duit kereta, nak renew road tax, bayar cukai.Wah.. Memang senang betul ada internet ni. Silap-silap bagi siapa-siapa yang merokok, boleh beli kat lelong.com.my je ;p

Rasanya tak sabar saya nak lihat kawan saya tadi yang cakap perniagaan internet ni penipu. Yang PENTING, jangan kita cepat terpengaruh kalau sesuatu skim atau laman web tersebut menjanjikan kekayaan sekelip mata. Percayalah, kota Rome tu tak dibina dalam sesaat..

Ikhlas,

AmmarZahar

  1. titanJuly 3rd, 2008
  2. AmmarZaharJuly 3rd, 2008
  3. titanJuly 4th, 2008

Leave a Reply

klik di sini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti
 Powered by Max Banner Ads