Rahsia Squeeze Page dilancarkan!!
Assalamualaikum, Salam Sejahtera

Syukur Alhamdulillah, setelah berhempas handphone pulas tak tidur malam akhirnya siap jugak Rahsia Squeeze Page ni. Ini adalah ebook kedua saya tapi yang pertama dilancarkan jadi dalam ebook ni ada mengandungi tutorial, panduan dan sebagainya mengenai squeeze page yang semakin hangat diperkatakan sekarang ni. Ini kerana dengan squeeze page, kita mampu mengumpul banyak subscriber dan yang paling penting, teknik ni berjaya menjadikan usahawan internet antarabangsa kaya dalam beberapa bulan sahaja. (dengar cerita Mike Filsaime pun dah beli pulau kat Dubai. Anda bila lagi?).
Jika anda pernah baca ‘Squeeze Page Secret’, buku MRR antarabangsa tu, ebook saya ni memang langsung tak ada kena mengena dengan ebook Mat Saleh tersebut. Kalau ebook tu cuma beritahu asas dan pengetahuan tentang squeeze page, ebook saya ni lebih kepada macam mana nak buat squeeze page ni. Tu lebih baik rasanya kan?
Walaupun ada yang nasihatkan saya supaya jual je ebook ni, namun saya berselisih pendapat tentang perkara tersebut. Saya lebih berminat memberi ebook ini secara percuma. Ya, memang percuma.. Namun ada had masanya. Jadi, lebih baik anda cepat-cepat dapatkannya ya ;)
Tentang Squeeze Page ni, memang saya sengaja taknak letakkan testimonial-testimonial IM kerana dah memang konsep asas squeeze page memang macam tu. Hehe. Tapi, saya akan letak testimonial IM2 yang baca ebook ini di blog saya nanti. Kepada anda, yang dah baca, bolehla berikan komen di blog ini. Sebelum ni saya ada nyatakan di blog saya, kepada 5 orang terawal yang download Rahsia Squeeze Page ni, akan dapat review next produk saya secara percuma. Produk tersebut akan dilancarkan pada bulan 8 ni..Insya Allah..
“Berkenaan dengan review contest kita tu? Apa cerita?”
Untuk review contest, saya akan melakukan perubahan dengan contest tersebut. Hadiahnya bukan akan berubah. Akan bertambah semakin banyak!! hehe. Suka kan? Ada yang PM saya cakap tarikh tak sesuai la, hadiah tak mengancam la, dan banyak lagi termasukla syarat yang ketat. jadi, saya berhasrat melakukan perubahan kepada contest ni.
- Review blog ini (ikut suka ati la nak komen apa pun)
- Letakkan link blog saya ni di review anda tersebut.
- Review sekali tentang Rahsia Squeeze Page saya ni.
- Terpulang anda nak buat satu post or dua post. Yang penting, ada dua link dalam tu n 2 cerita. blog dan Rahsia Squeeze Page ok ;)
- Contest tamat 31 Julai ni
- Pada yang dah buat review tentang blog saya, terima kasih dan anda boleh tambah sikit review tentang ebook ni di blog anda.
Hadiah BERTAMBAH!!!
Pemenang akan dapat RM 100!! dan Koleksi Grafik V2 yang bakal dilancarkan kelak! :)
Ikhlas,
AmmarZahar



salam bro..cam ne nak dapatkan ebook tu?? confius2
ai..ubah plak tarikh? Kene plak pada tarikh tamat contest. Tak prola..haha. Aku wat review semalam sebab dapat email kata hari ni last date. Haiya..
Apapun..aku dah wat review. Malas nak ubah balik. Nanti-nantilah aku ubah. Nak review pasal ebook tu pun aku tak dapat wat. Sebab tak baca. So, tak leh cakap apa-apa.
Apapun. Tahniah diatas pelancaran ebook squeeze page ni. Dah ada produk dah..:)
Aku dah dapat password untuk ebook free tu. tapi kat mana nak download Rahsia Squeeze page tu?
Rahsia Squeeze Page tu boleh download kat sini..www.perniagaaninternet.com :)
Titan..sepatutnya ko review dah terkeluar dateline..dan actually bukan aku yang judge..IM yang terkenal jugak judge..dia yang tanya aku n cadang tukarkan tarikh..
Maafla..sebagai tanda minta maaf pada perubahan tarikh, aku dengan besar hatinya daripada bagi hadiah baju n RM30 je, bertukar fikiran bagi RM100!! dan koleksi grafik V2 yang bernilai RM XXX..
So, pertandingan tu memang hadiahnya aku jamin yang terBANYAK nilainya SETAKAT ni..
macam best jer, baru tau pasal squeeze page
Thanks.
ps: wah budak landskap rupenye….kalau rajin pegi la kat http://www.esempoi.com banyak info pasal landskap kat situ
Salam Ammar..
Thniah atas produk tersebut dan terima kasih banyak2 kerana sudi memberinya secara percuma.
terima kasih di atas perkongsian ini. :D moga-moga, dimurahkan rezeki lagi, dan lagi…
tahniah di atas pelancaran ebook ni! sekali imbas… dengan jumlah ‘page’ yang banyak… terimbas kembali… mungkin benar dengan apa yang dikata Zhafran di testimoninya itu… huhuhu… :D menyesal kalau sesiapa yang memandang enteng kepada ebook ini! muat-turun cepat!!!
oh ya… daripada cadangan emel dari Ammar, tentang cadanagan kepada adakan hadiah ke-2 dan ke-3 dan/atau seterusnya, untuk pertandingan ini.
saya amat setuju.
pastinya, kerana sebab umum supaya lebih ramai lagi yang akan dapat ‘menikmati’ hadiah itu…
tetapi, saya pandang dari segi yang lebih luas. iaitulah, ia akan dapat menambahkan lagi ‘backlink’ ke blog ini, sekaligus meningkatkan lagi traffik blog serta ‘unic visitor’.
1. mengapa? 2. bagaimana?
1. mengapa… kerana akan lebih ramai yang akan lebih berusaha untuk mengikut pertandingan ini. kerana, jika ganjaran hanya kepada seorang… mereka mungkin akan berfikir sedemikian:
” alah… aku join pun… bukannya dapat pun… mesti banyak lagi otai-otai IM yang join… apalah kemampuan aku…! ”
tetapi, sekiranya ia ditambahkan lagi jumlah ’si pendapat ganjaran’ (kepada adakan pemenang ke-2, ke-3 dan/atau seterusnya…) pastinya, mereka akan berkata sedemikian:
” hah! ini baru best! aku mungkin tak menang tempat pertama…! tapi, mungkin aku boleh menang tempat ke-3! eh! bukan! aku mesti boleh menang tempat ke-2 nyer… aku pun, apalah kurangnya dengan otai-otai IM yang lain…!!! ”
inilah impaknya jika ia ditambahkan lagi ’si pendapat ganjaran’.
2. bagaimana… caranya, apabila sahaja mereka-mereka ketahui bahawa adanya bakal pemenang untuk tempat ke-2, ke-3 dan/atau seterusnya… maka, mereka pun akan mula buat seperti apa yang ‘peraturan pertandingan’ pinta…
seterusnya… traffik blog ini akan lebih meningkat… seterusnya… ‘unic visitor’ juga akan lebih meningkat… kerana apa? kerana… di samping mereka dapat mendalami lagi ilmu-ilmu IM yang tersedia di blog ini, mereka juga pastinya akan ternanti-nanti… apakah pulanya, pertandingan atau apa-apa sahaja yang menarik, akan ada di blog ini…
jadi, bagaimana? masih mahu lagi mengekalkan tempat pemenang hanya kepada seorang sahaja…??? :D
Ammar… boleh tak kalau tukar url saya di atas kepada url saya di sini. terlupalah pula kemaskinikannya…
itu pun, kalau boleh… kalau tak boleh… tidak mengapa… saya ‘okay-okay’ aja… :D
- then, deletelah komen ni ya… :D
Terima kasih atas satu lagi ilmu internet yang sanagt diperlukan terutama bagi newbiz yang tiada asas teknikal perisian.Ini akan meningkatkan lagi industeri internet di Malaysia.
baguss tuu….bole cuba
tapi x leh…download..kenape ye..cuba berkali-kali,x berjaya juga…ada sesiapa leh tolong..tq
Xboleh download ke deenoh?cuba try lagi..
proud of you (^_^)
aik. tukar dah template. hehe..
hehe. Template ni lebih ok nampaknya. Lagipun baru saya perasan, template glossyblue tu dah sama macam bro Tazilan pula
nak tanya sket… apa kriteria utk mnag review contest ni???
ken abuat post pujian je ke? kalau komen + kutukan diterima tak???
Hoho. Tak perlula memuji or membodek..berikan je pandangan ikhlas anda mengenai Rahsia Squeeze Page dan juga Blog Perniagaan Internet ni..
Titikberatkan keunikan sebab itulah faktor utama menentukan kemenangan dan kekalahan.. :)
Alhamdulillah !
Setelah bertangguh sekian lama, akhirnya dapat juga saya siapkan review mengenai blog dan ebook Ammar di blog saya.Nasib baiklah masih ada kesempatan lagi. Walau bagaimana pun, saya tak pasti di manakah hendak dihantar link penyertaan saya ini. Di ruangan komen inikah, atau terus ke emel anda ? Walau bagaimana pun berikut adalah pautannya :
http://blogkedaisiberneka.blogspot.com/2008/07/blog-perniagaan-internet-ebook-percuma.html
Diharap penulisan review saya memenuhi syarat yang dikehendaki. Kalau tak betul sila maklumkan, boleh saya perbaiki kembali. Saya tak letakkan logo, kerana saya tak pasti yang mana satu logo blog anda. Tapi saya gantikan dengan ecover ebook Rahsia Squeeze Page. Saya rasa bolehlah tu kot !