klik di sini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti
 Powered by Max Banner Ads 
Sep292008

Selamat Hari Raya Semua..!

Assalamualaikum, Salam Sejahtera..

Sangat lama dah rasanya saya tak update blog ni. Antara sebabnya adalah server down yang membuat saya merajuk agak kurang mood kerana banyak post saya telah ‘ditelan’ hilang begitu saja. Tapi sebab memandangkan saya ni usahawan internet dan akan terus berkongsi pandangan dan apa sahaja mengenai perniagaan internet, saya gagahkan juga diri saya untuk lebih rajin menge’post’ artikel bermanfaat disini (supaya naik semula ranking blog ni).

Dikesempatan ini, saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiilfitri kepada semua pembaca Blog Perniagaan Internet ni dan maafkanlah saya andai saya ada mengguris hati anda semua. Yela, manala tau, ada saya ter’tak baca’ email anda, tak balas email anda, tak berikan link download atau sebagainya, saya ambil kesempatan ni untuk memohon jutaan kemaafan tak kira pada semua umat Islam dan juga yang bukan Islam.

Ini dia kad raya yang saya hantarkan khas untuk paparan anda semua..

Kad raya ni memang cun dan ada banyak lagi yang cun-melecun tapi saya rasa tak perlu saya tunjuk disini sebab anda boleh terus pergi ke kadViral.com untuk merembat secara PERCUMA kad raya cun ni ciptaan kawan saya, Luvlee. Memang lawa-lawa..

Tahun ni, saya beraya sebagai seorang usahawan internet sangat seronok rasanya sebab selama ni dah 20 tahun mak ayah yang belikan baju, bagi duit raya, kali ni turn saya pula ;). Tahun ni juga, saya tak balik kampung di Johor, saya hanya stay di Negeri Sembilan saja dan beraya bersama family saya. Jadi, kalau-kalau ada yang singgah di kawasan Senawang, bolehla singgah di rumah saya. Kalau bawak anak, saya beri Duit Raya punya. Kalau yang dah tak layak dapat duit raya tu, saya beri ebook je. Amacam, ok la tu kan..

Tentang Rahsia Newbie, kini dah pun sold out 200copy dan saya buka harga promosi raya juga khas untuk mereka yang nak spend duit raya mereka untuk ilmu yang berguna dan tawaran ini hanya untuk 100copy sahaja. Jadi, apa tunggu lagi? Jika ada yang tertanya-tanya “aku nak buat apa lepas baca Rahsia Newbie?” ni, saya ada sediakan artikel untuk anda dan insyaAllah saya akan sediakan Master Plan untuk anda jadi tak adalah anda tergaru-garu ketiak kepala macam mana nak mula kan.. Ini artikelnya.. (saya dah postkan 21 Sept lagi..)

Apa yang perlu saya lakukan?

Posted: 21 Sep 2008 02:13 PM CDT

Assalamualaikum, Salam Sejahtera..
Post ini rasanya khusus untuk mereka yang dah pun membaca Rahsia Newbie dan juga ikhlas saya tujukan kepada Rahsia Newbie. Tak kisahla anda beli atau tidak Rahsia Newbie ;) . Sekarang, kita nak berjaya seperti otai-otai perniagaan internet yang lain. Jadi, bagaimana caranya? Panduan dah pun ada, teknik dah pun ada, namun bagaimana kita nak memperkasakan teknik tersebut supaya bertukar menjadi DUIT?
Ini yang penting. Selain 5 teknik yang saya bongkarkan dalam Rahsia Newbie, kita juga kena ada mindset. Sebab itu saya katakan, jika anda serius nak buat duit di internet, saya kongsikan Rahsia Newbie. Jika anda tak serius, jangan bazirkan duit dan wang anda untuk membeli Rahsia Newbie. Ini peringatan saya. Maksudnya, anda perlu serius.
Kita nak buat duit, kita perlu fikir ‘this is our job’.. Jangan fikir nak suka-suka. Baiklah, sehingga membaca perenggan ini, saya rasa anda dah pun tahu yang anda pelru ’set’kan minda anda dengan ‘nak cari duit dengan betul’, bukannya ‘nak cari duit sambilan’. You want big, then think big!
Anda perlu ada produk. Ini menjamin anda dalam bisnes ini. Tak kira apa pun produk. Saya berikan 3 tips ringkas disini. Anda cipta produk, khususkan market dan pergi ambush dengan produk tu. Sebenarnya sama saja dengan perniagaan offline. Anda ada produk, anda akan kuat (walaupun pada awalnya nak bangunkan produk tersebut memang sukar). Anda juga akan ‘dipandang’ bila dah ada produk.
Ok. Sekarang anda dah idea nak buat produk apa dan macam mana nak buat produk tersebut? Baiklah, sekarang yang anda perlu lakukan adalah cipta blog anda. Jangan buat blog di penyedia blog percuma. Ini akan menurunkan kredebiliti anda. Jujur saya cakap. Buat blog berkenaan dengan produk yang anda nak hasilkan. Nama domain memainkan peranan yang sangat-sangat penting.
Rasanya anda tahu kenapa saya memilih domain ini kan? Saya juga buat kesilapan yang sama. Nama asal domain saya adalah remajabisnes.com dan selepas saya lihat ‘tak boleh pergi jauh’ dan tak sesuai dengan produk saya, lalu saya beli domain baru dengan bro Shuth. Dapat cun pula PerniagaanInternet.com. Sya fikir sampai 3 hari HANYA untuk pilih domain name.
Buat blog, bukan saja anda perlu menulis bahan-bahan yang berkualiti. Anda juga perlu dapatkan pengikut untuk blog anda. Bagaimana nak dapatkan pengikut dengan cepat, saya dah sentuh dalam Rahsia Newbie. Tak perlu saya terangkan disini. Jika SEO anda tak sehebat otai, jangan berangan anda nak popularkan blog anda sekelip mata melainkan anda punya niche adalah mengenai artis terlampau ;p. Popularkan blog anda, dan JANGAN campur adukkan isi dalam blog anda walaupun anda kekeringan idea semasa menulis.
Jika anda pilih niche ‘masakan’, jangan sesekali tulis pasal kereta yang anda gemari bila anda kekeringan idea.
Kini jangan bazirkan masa anda. Proceed sekali dan seiringkan dengan proses pembuatan produk. Ini baru teknik cepat namanya. Anda luangkan setiap malam selepas free (lepas dinner tu kurangkan tengok TV) duduk depan PC dan buat produk anda. Kalau anda ada internet lagi bagus. Boleh search maklumat tambahan kat internet kejap kalau idea anda putus. Lepas tu, bila anda dah nak tidur pula tulis blog anda. Dengan cara ni, setiap hari anda akan ‘menghasilkan sesuatu’..
Seterusnya, anda proceed dengan email pula. Cari cara nak dapatkan subscriber. Bila anda dah ada subscriber, gunakan list tersebut sebaiknya. List = duit. List juga = kawan. Ini yang perlu. Saya tanya anda, macam mana kita nak tambat hati seseorang yang kita tak pernah kenal? (kira macam nak tackle awek). Mestilah kena pada gaya, bahasanya kan? Jadi, pikatlah list anda seperti memikat wanita ya. Gunakan teknik 3G 1T. Ini peringatan saya sempena raya (mungkin tak ada kena mengena pun ;p ) Gunakan Autoresponder berbayar! Banyak sebabnya dan dah pun saya terangkan mengapa dalam Rahsia Newbie. Ada juga cara nak mengurangkan kos autoresponder dalam Rahsia Newbie tu :)
Seterusnya, bila anda dah ada produk, dah ada blog yang mempunyai pengikut, dan dah ada list dalam 200 paling minima, kini masanya anda melakukan JV. Sebelum mula berJV, kenali dulu siapa yang anda nak JV. Kalau anda nak jual buku agama, cuba contact ustaz-ustaz yang ada blog sendiri dan ada website sendiri.
Walaupun mereka mungkin tak mempunyai list yang besar, siapa tahu satu masa nanti, pembaca blog mereka akan berada dalam list anda. Buat JV dengan orang yang berada dalam niche hampir sama dengan anda. Gunakan teknik JV yang betul.. Percaya tak anda jika saya katakan yang saya dalam proses pengumpulan JV oversea untuk next produk saya? Saya bocorkan eksklusif disini. Saya akan berJV dengan (salah seorangnya) wonderkid blogger mat salleh, www.infectedbybugs.com. Cuba anda lihat PR dia.
Saya kagum dan saya proceed dengan JV dengan dia dan tak sangka dia setuju. Saya hanya menggunakan teknik JV yang saya pakai dalam Rahsia Newbie sahaja ;). Ok, stop pembocoran rahsia saya akan datang.
Dan akhir sekali, proceed dengan OTO. Yang ni, saya tak nak explain lagi, dan nak anda cari kreativiti sendiri macam mana nak lakukan OTO. Selepas plan yang saya sediakan ini, jika anda buat dengan betul, saya pasti anda akan dapat income yang masyuk dan sangat pasti yang anda boleh jadi lebih hebat daripada saya dan saya doakan anda berjaya.
Pengumuman akhir, jika anda perserta Personal Coaching, selepas ini fokkus saya untuk anda. Jangan malu untuk buzz saya dan kalau kita dekat (pakcik Razak khusunya) kita boleh jumpa (macam haritu). Jika anda pembeli Rahsia Newbie, anda nak tahu apa-apa, just email saya. Saya akan balas secepat mungkin. Ini support yang saya sediakan khas untuk anda. Untuk sesiapa saja yang nak tahu cara buat duit di internet dengan menggunakan cara yang saya gunakan, anda boleh email saya bila-bila masa jugak. Tanyala siapa yang saya tak balas email mereka. Saya balas kan? Tapi pasti isi yang saya balas tu adalah berbeza dengan pembeli Rahsia Newbie..
Selamat berjaya dan jangan jadi newbie selamanya..!
Go for success,
AmmarZahar
Aug202008

FREE vs BERBAYAR Mana Pilihan Anda?

Assalamualaikum, Salam Sejahtera..

Sejak saya buka pay-per-lead untuk Rahsia Usahawan Internet ni, memang banyak email yang saya terima. Ada yang bertanyakan tentang perniagaan internet, ada yang bertanya tentang tawaran freelancer tu, dan ada juga yang tanya soalan peribadi. Saya jawab di akhir post ini ya :)

Saya berminat nak naikkan topik ni dah lama dulu tapi saya teringat lepas banyak orang yang email saya minta saya terus mengeluarkan produk FREE untuk didownload bagi membantu lebih ramai orang bergelar usahawan internet. hoho. Oleh sebab itu saya buat post sikit pasal ini.

FREE atau Berbayar? Mana Satu Yang Anda Suka?

Kalau anda diberi produk free, saya rasa memang tak boleh nak tolak kan? Dalam kajian saya, ramai orang lebih lebih suka mencari benda-benda free berbanding benda-benda berbayar di internet ni. Ini termasuklah saya.. Memangla orang nak produk Free kan berbanding kena bayar. Tapi, pernahkah anda terfikir banyak kelebihan benda berbayar daripada benda percuma? Contohnya seperti:

1. Produk berbayar ni lebih kita hargai dan kita lebih amalkan isinya. Contoh, kenapa orang yang join MLM sanggup berkerja siang malam pergi meeting sana sini dan cari ramai orang untuk isi borang semua tu? Ini kerana, dia dah laburkan banyak duit untuk join MLM. Fikir-fikirkan..

2. Support yang diberikan. Produk berbayar datang dengan support daripada penjual produk tersebut. Contoh, jika anda beli Koleksi Grafik V2 dan tak masih blur dan tak tahu nak buat grafik macam mana, anda boleh terus tanya saya dan buzz saya walaupun saya tidak menyatakan semua ini kepada anda dalam surat jualan. Namun tanggungjawab sebagai penjual tu ada. Ini kelebihan beli produk berbanding download produk percuma (jika tak tahu, hanya boleh garu kepala saja)

3. Produk percuma biasanya tidak lengkap dan mengandungi iklan. Jadi, jika anda nak ilmu tersebut lengkap dan dijamin, anda mestilah dapatkan produk berbayar. Produk FREE ni kebiasaannya hanya menerangkan ASAS sahaja.

Ini antara sedikit daripada banyak lagi kelebihan produk berbayar. Jangan takut untuk membeli produk berbayar kerana anda akan dapat banyak manfaat daripadanya dan anggaplah pembelian tersebut sebagai pelaburan. Tak kiralah anda gunakan duit sendiri mahupun pinjam daripada sesiapa untuk membeli produk tersebut, satu masa nanti anda pasti akan dapat LEBIH daripada apa yang anda keluarkan. Percayalah..

Ikhlas,

AmmarZahar

Keputusan Affiliate Terkini!

1. Noorizam 69

2. Shuth 47

3. Abooain 38

4. MazlieNadzri 20

5. Razif 19

6. Maizul 15

7. Titan & Iyas 14

8. Apes 10

9. Hazwan 13

10. Hanglobal 7

Berkenaan dengan job yang saya ada ni, saya perlukan anda hanya untuk copy paste website tersebut. Contoh website: indigoconcepts Mudah saja kan copy paste? Saya pun boleh buat sendiri sebenarnya tapi saya mahu berikan anda peluang ini. Copy paste dan 100% sama sejibik dengan website tu. Mat salleh tu beri kebenaran pada saya untuk copy paste web dia. Domain semua saya dah sediakan. Jika ada yang minat, boleh isi komen dibawah berserta harga yang anda caj. Jika saya berkenan, saya akan hubungi anda.

Aug152008

Pengumuman PENTING!

Hai Semua..

Maka dengan ini saya rasmikan pelancaran untuk Rahsia Usahawan Internet dan Pengumuman Pemenang Review Contest 2008! Ok itu sedikit formal saya rasa. Baiklah, setelah lama juga tersimpan, rahsia usahawan internet Malaysia akhirnya terbongkar juga.. Kepada yang berminat nak ketahui rahsia-rahsia mereka, anda boleh klik sini.

Seterusnya, saya rasa pengumuman ini ramai yang tunggu-tunggu. Review contest dah pun berakhir dan pemenangya dah pun dapat komisyen yang masyuk. Dan pemenangnya adalah Titan dari Earncent.com. Keputusan ini adalah muktamad dan sebarang email rayuan akan ditolak mentah-mentah. Kepada yang tidak bernasib baik, saya akan hubungi anda nanti untuk satu bonus rahsia. Walaupun anda tidak menang, saya akan berikan anda bonus rahsia. Tunggu yea saya contact. Sekarang ni tengah sibuk sikit dengan awek bermacam-macam hal.

titan is the winner

Satu pertandingan baru akan menyusul selepas ini. Saya akan umumkan kemudian. Yang penting, pertandingan ini juga akan menawarkan ongkos yang lumayan kepada sesiapa yang berjaya. Nantikan saja ya dari saya. Cepat subscribe RSS dengan Jadi Yang Pertama. Ada yang cakap tak berfungsi, tapi saya check tadi ok plak. Pelik sikit..

Kepada blogger-blogger yang menyertai review contest ni macam bro Afzai, Razif, Oktant, Farahaznil, Ijamidayu, Syuxx, Miziology, Ka’ab dan Ahwazi Mustafa, saya mengucapkan ribuan terima kasih yang terhingganya kerana menyertai contest ini seterusnya membantu saya menempatkan diri dalam dunia IM.

Baiklah, saya juga akan menukar theme lagi. err.. rasanya ni last tukar kot sebab rasa macam tak best pula theme tulisan kecil ni. Lagipun, sekarang musim durian tukar theme (tiru bro Alang pulak) hehe.

Kepada semua yang nak buat duit raya, bolehla sertai affiliate Rahsia Usahawan Internet. Saya pasti, mudah untuk anda promosi kerana report yang berjumlah 100m/s ini memang sarat dengan isi dan rahsia. Saya akan buka program pay-per-lead untuk seminggu sebulan saja dan selepas itu, saya akan jual report ini. Jadi, anda bolehla mempromosikan report ini. Cadangan saya, cari tempat yang sesuai untuk beriklan, dan iklankan banner affiliate anda. Anda juga boleh gunakan link banner tersebut di forum-forum dan juga sebagai signature. Jangan ingat takda mailing list tak boleh buat duit dengan report ni :) Kalau tak percaya, tanyala bro Razif.

Akhir kata daripada saya, selamat mencari duit raya.. ehem..tengah blur ni sebenarnya pasal tak cukup tidur..

Ikhlas,

AmmarZahar

Aug132008

RAHSIA USAHAWAN INTERNET bakal dilancarkan..!

Salam happy semua..

Harini saya nak berkongsi beberapa berita gembira dengan anda semua. Sedikit masa saja lagi, saya juga akan memeriahkan industri IM dengan pay-per-lead yang semakin hangat sekarang ni. Lepas Mawardee, TheReds, kemudian Din Beramboi, dan kini rasanya adalah masa untuk saya pula memberikan anda komisyen bagi penyebaran report percuma.

Rahsia Usahawan Internet

Untuk pengetahuan anda semua, Rahsia Usahawan Internet ini adalah laporan pertama yang saya tulis masa awal-awal nak masuk ke bidang bisnes internet ni. Banyak juga yang saya belajar hasil temuramah-temuramah dengan usahawan internet ni. Jika tiada temuramah antara saya dan mereka, dan jika tiada rahsia yang mereka bongkarkan kepada saya, mustahil saya boleh berada seperti sekarang. Kredit untuk kesemua usahawan internet yang saya berjya temuramah.

Antara kandungan ‘Rahsia Usahawan Internet’ ini adalah:

Saya berjaya bongkarkan rahsia blog SmartZul yang sentiasa berada di ranking teratas Google untuk keyword Perniagaan Internet. Best betul dapat bongkar rahsia orang. hehe. Selain itu juga, saya bongkar juga taktik sifu Yusry JomSeminar tentang bagaimana beliau menjana 6angka dengan internet. Wah! Hebat tu!

Itu baru dua preview saja, ada banyak lagi rahsia usahawan yang berjaya saya bongkarkan dan saya pasti, jika saya jual pun, nilainya mencecah puluhan ringgit! Tapi saya tak minat nak buat duit dengan temuramah orang ni.. Saya rasa lebih baik saya kongsikan dengan anda rahsia-rahsia mereka ni yang patut anda tiru. huhuhu.

Kepada yang nak dapatkannya dengan awal dan mula mempromosi dengan lebih awal, saya cadangkan anda subscribe di ruangan Jadi Yang Pertama dan pasti anda tak ketinggalan untuk mempromosi report hangat ini. Saya pasti, report ini akan jadi sangat hangat kerana bukan seorang, malah ramai usahawan internet yang akan berkongsi dengan anda rahsia mereka!

Malah, anda boleh cari duit poket kerana satu lead yang anda bawa, 25 sen akan masuk ke akaun anda. Cuba bayangkan kalau anda boleh dapatkan 1000 orang yang download report FREE ni? Dah RM 250! Dah boleh buat beli kuih raya dah tu..hehe

-AmmarZahar

Rahsia Newbie akan menyusul……

Jul92008

Internet Marketer Circle??

Assalamualaikum, Salam Sejahtera

Anda semua apa khabar? Saya nampaknya khabar kurang baik.hehe. Sebabnya minggu ini kena membahagi masa dengan banyak. Semakin sibuk. Tapi Alhamdulillah sebab rezeki agak murah kebelakangan ni ;) Seperti biasa, sebelum saya me’landing’ di katil, saya akan buat sedikit rondaan di blog-blog IM. Blog-blog commentator saya pun rajin saya lihat. Apa yang menarik dengan tajuk post saya kali ni adalah dari sumber di blog orang lain. Bukan artikel ini ada di blog orang lain, cuma ada komen tentang Internet Marketer Circle di blog orang lain.

Saya pasti ada diantara anda sedar (mungkin?) kewujudan Internet Marketer Circle ni. Kalau ada yang masih tak tahu, ada orang di luar sana berpendapat wujudnya Internet Marketer Circle di Malaysia dan menganggapnya satu keadaan yang tidak sihat.

Contohnya, kalau si A keluar produk, pasti si B dan C yang akan komen. Kalau si B keluar produk, si A tadi serta si C yang akan komen. Kalau si C yang keluar produk, faham-faham je la siapa yang akan komen. Takkan si F pulak:p. Ada yang sedar keadaan ni, dan ada yang tak sedar. Saya pada mulanya tak sedar tapi lepas terbaca komen orang tersebut barulah saya sedar. Saya nak tanya anda. Adakah anda suka dengan keadaan macam ni?

Aku buat produk nanti sapa pulak nak bagi testimonial?”

Mungkin ini pula soalan anda. Baiklah sebenarnya, pada saya, Internet Marketer Circle ni bukannya tak baik. Dan jika anda berpendapat bahawa wujudnya gejala pilih kawan dalam ebiz ni, saya rasa anda silap. Sebenarnya, kalau anda perhatikan betul-betul, tidak wujud Internet Marketer Circle ni. Kalau produk si A tu tadi berkaitan teknikal, mestilah pemberi testimonial tu adalah dari IM yang mengeluarkan ebook teknikal juga secara lumrahnya dan kalau ebook berkaitan Info Buat Duit, pastila IM yang pakar buat duit yang akan beri testimonial..

Senang cerita saya ambil contoh. Smartzul keluarkan Sistem EzSurvey. Antara pemberi testimonialnya ialah Amirol dan Mazlie. Mazlie pulak keluarkan produk Panduan HTML. Pemberi testimonialnya adalah Amirol dan Smartzul. Ini kerana, ebook tersebut adalah berkaitan teknikal. Kalau jemput IM lain pulak, nampak tak kena. Betul tak?

Macam mana anda nak jadi sebahagian daripada ‘circle’ ini? Jawapannya mudah saja. Anda buat ebook anda dan minta IM review ebook anda tersebut dan pastikan IM tersebut mempunyai kepakaran yang sama dengan anda. Saya yakin tak berapa lama kemudian, anda juga boleh dianggap sebagai salah seorang dari Internet Marketer Circle tersebut. Satu lagi pesan saya kepada mereka yang ingin menghantar ebook mereka kepada mana-mana IM, pastikan anda punya ebook lengkap. Bukan baru 50% tau..

Ada juga saya terbaca di forum, ada yang cakap IM ni sombongla, suka kritikla, tak supportla.. Saya kurang bersetuju dengan kenyataan ini. Anda harus ingat, untuk minta review ni, sebenarnya ibarat kita menuntut ilmu. Seperti kita minta buku tulis kita diperiksa guru. Mestilah kita minta elok-elok ulasannya. Kita tunjukkan usaha kita dahulu. Jangan judge mereka sebelum kita persiapkan diri kita. Ini tips dari saya dan pengalaman saya masa minta testimonial untuk produk saya. Ehem, saya rasa saya dah menyimpang lebih detail. hehe ;p

Ingatlah pesan orang-orang bijak pandai. Jangan kamu cuba menyalahkan orang lain atas satu-satu kesalahan. Cuba cari kelemahan diri kamu kerana itulah punca kesalahan sebenar. Semoga artikel ini dapat membantu anda dalam menjalani kehidupan sebagai usahawan internet.

Apa pendapat anda mengenai Internet Marketer Circle ni? Nak juga saya tahu..

Ikhlas,

AmmarZahar


 Powered by Max Banner Ads