Sekitar perjalanan Koleksi Grafik V2…
Assalamualaikum, Salam sejahtera semua..
Bagaimana? Ada yang pergi tak gathering WC yang sememangnya meriah semalam? Uwwaaa.. Saya sedih sebab saya tak dapat pergi.. Sangat-sangat sedih. Walaupun bro Shuth dah jemput jugak last minit, tapi apakan daya sebab satu halangan besar yang terjadi pulak last-last minit tu.. Sorry jugak pada Nasrun makmalcyber sebab tak dapat join macam yang saya rancangkan.. Ok,cukup dah kesedihan tu!
Sekitar Koleksi Grafik V2, Alhamdulillah, syukur kerana Koleksi Grafik V2 mendapat sambutan yang best! :) Terima kasih sangat-sangat kepada semua pembeli.. Janji saya dengan anda belum tertunai lagi. Saya janji saya akan bayar semula manfaat anda. Semoga anda menjadi grafik designer yang lebih-lebih maju daripada saya. InsyaAllah. Terima kasih juga kepada semua rakan JV yang membantu . Ops..! Sangat membantu sebenarnya! Yup.. Tanpa anda, Koleksi Grafik V2 ini takkan kemana. Terima kasih kerana menyokong anak muda seperti saya ni menapak dalam bidang yang lama dah anda ceburi..
Banyak benar dugaan, cabaran dan kesukaran sepanjang proses pelancaran dan promosi Koleksi Grafik V2 ini. Memang banyak sampai saya hampir hilang sabar. Nasib baiklah saya ni AmmarZahar je. Kalau saya ni Bill Gates, saya dah saman dah Gmail. mana taknya, harini baru saya boleh buka akaun gmail saya selepas 3 hari tak boleh buka langsung. Pergi CC pun tak dapat jugak. Diorang kata, ada masalah dengan Gmail. Saya rasa ada juga diantara anda yang menghadapi masalah yang sama namun, apa kita boleh buat kan..
Bukan Gmail saya je yang tak boleh buka, semalam, dalam kesibukan saya nak siapkan Rahsia Designer 4 Angka sebagai bonus kepada pembeli terawal Koleksi Grafik V2 ni, hujan lebat dan guruh kuat tiba-tiba attack kawasan saya. Tak pasal-pasal lepas tu komputer tak boleh bukak. Sudah…. Maki hamun saya dibuatnya sampai ter baling handphone..:p Amukan yang ganas!
Cepat-cepat saya ke kedai cari kedai komputer. Maklumlah hari Ahad, mana ada kedai komputer yang buka. Memandangkan saya nak balik kolej petang tu, saya terus pergi kedai komputer di Mines. Sudah lagi….. Nasib tak baik pulak sebab Motherborad dengan Power supply pula rosak. Dah kena 200 lebih. Aduiyai.. Anda fikirla sendiri.. Siapa yang tak sakit hati kan..
Ok, itu saja sedikit sebanyak mengenai perjalanan Koleksi grafik V2 ni. bagi yang mahu mendapatkannya, saya janji yang anda akan dapat manfaat yang sangat banyak. Ada dua tekad saya pada awal pembabitan saya ni dalam perniagaan internet. Pertama, saya nak lebih ramai orang tahu macam mana nak buat website. Itu saya rasa dah kira berjaya sebab saya dapat maklumbalas positif daripada semua yang membacanya. Saya pasti ia sangat membantu. Malah, saya berikan secara PERCUMA pulak tu.. Tekad saya yang kedua, nak bantu semua usahawan internet membina grafik yang baik kerana saya jealous tengok laman web mat saleh semuanya cantik-cantik;p. Itu saja buat hari ni.
Ikhlas,
AmmarZahar


