Siapa saya?
Nama saya AmmarZahar. Namun ini hanyalah nama ’samaran’ saya dalam bidang intenet ni. Bukan apa, orang lain ada nama samaran, saya pun nak jugak : - ) Nama sebenar saya Muhammad Ammar bin Zaharudin, berasal dari Johor tapi menetap di Negeri Sembilan. Kalau singgah, jemput datang ye. Boleh saya belanja minum secawan air suam.
Pengalaman saya dalam bidang internet adalah sejak di bangku matrikulasi lagi. Namun pada waktu tersebut, sifat diri ini lebih suka melihat kejayaan orang lain dari kejayaan dirinya. Dulu saya akui, saya seperti orang lain juga yang mengatakan pendapatan di internet ni karut belaka. Tetapi selepas saya menceburkan diri dalam bidang ni atas dasar suka-suka, akaun bank mula terisi.
Nama saya tidaklah sehebat Irfan Khairi, Armand morin atau IM yang pernah anda dengar selama ini namun pengalaman saya disemai dalam perniagaan offline. Saya lebih tertumpu kepada menjual servi. Jangan fikir yang bukan-bukan pulak ya. Sampai sekarang saya masih menjual khidmat saya membangunkan laman web, mencipta logo, grafik, dan yang sederet dengannya. Itu pengalaman saya dalam bidang Internet yang saya ‘gaulkan’ dengan resepi perniagaan offline.
Ya, saya masih muda, masih banyak lagi yang perlu belajar. Bagi mereka yang belajar di UPM, mungkin kita pernah terserempak ataupun tidak. Sebab saya juga masih bergelar pelajar UPM di semester 5 dalam bidang Senibina Landskap. Siapa kata tak ada sangkut paut? Walaupun cita-cita saya bukanlah dalam bidang landskap, namun ada kaitan la juga dengan rekabentuk. Mungkin rekabentuk teknik pemasaran : - p
Terus terang saya katakan, Adsense bukanlah bidang saya. tetapi tak mengapa kerana ilmu sedikit sebanyak, kita kongsikan bersama. Apa yang saya tahu, saya akan luahkan. Apa yang anda tahu, anda la luahkan.
Salam Perniagaan Internet dari saya,
Ikhlas: AmmarZahar


.gif)




