Blog, Blogger & Blogging
Assalamualaikum, Salam Sejahtera
Hari ni saya terdetik untuk berkongsi pendapat dengan anda mengenai blog. Dengar tajuk ni macam aku, dia & volkswagon kan? hehe. Dalam pemerhatian saya, budaya berblog di Malaysia masih lagi belum rancak seperti di negara barat. Kalau di negara luar, budak sekolah pun dah ada blog dot com mereka sendiri. Tapi di Malaysia, tak semua budak sekolah ada blog dan lebih-lebih lagi blog yang mampu menghasilkan duit makan minum untuk mereka. Betul tak?
Mungkin ramai yang masih tak tahu tentang keBESTan berblog ni. Buat pengetahuan anda semua, setahun yang lepas, saya hanya menulis blog di Friendster saja. Masa tu gaya penulisan saya pun sangat merepek. Jujur saya cakap ;p. Biasalah blog di Friendster. Lagi-lagi tulis makan apa harini, nak pergi mana harini, dan sebagainya la yang bila saya ingat semula sampai tergelak. Kemudian saya lihat seorang kawan saya yang main dengan adsense di blogspot. Tak lama lepas tu saya pun buat blog blogspot saya dan apply untuk adsense. Taktik yang kawan saya ajar sangat kotor saya rasa. Tak taula Blackhat ke Yellowhat ke.. Yang penting, kami dibanned sebab google mendapati bahawa kami mengklik sendiri iklan-iklan adsense tersebut ;p. Itulah cerita saya pada tahun lepas.. Ops!! saya tak terhenti macam tu je.. Saya teruskan pembelajaran saya dalam adsense dan teruskan sampai dapat income. Namun, platform saya masih blogspot.
Ok cukupla cerita saya. Saya lihat sekarang, banyak blogger di Malaysia masih tak tahu cara buat duit dengan blog mereka. Ada yang mempunyai ilmu yang banyak dan idea yang mencurah-curah bila buat karangan tapi tak tahu buat blog pula. Ada yang tahu buat blog dan boleh bangunkan laman web tapi tak banyak idea menulis dan kurang berpengetahuan dalam bidang yang ditulis dalam blognya – maka penulisan dalam blognya pun ringkas saja. Anda di bahagian mana?
Tahukah anda bahawa artikel yang panjang lebih menarik perhatian pembaca dan pelawat berbanding artikel yang pendek seciput je? Kalau anda berjaya menulis dengan panjang, idea yang sangat banyak, pasti anda akan menjadi blogger terkenal.. jangan merapu meraban udahla ya. Sedikit tips dari saya, dapatkan idea anda dengan rajin melayari internet untuk mencari bahan rujukan. Contohnya kalau blog anda mengenai affiliate, rajin-rajin cari di internet mengenai sumber-sumber program affiliate. Anda akan dapat manfaatkan ilmu yang anda tuntut di internet dengan menulis di blog. Mudah saja kan?
Ikhlas,
AmmarZahar
p.s: dah beberapa kali saya tak berjaya publish artikel ini sebab masalah wireless maxis ni..Sekarang ni saya tulis kat Microsoft words dulu baru saya publish. Cara ni lebih selamat..ggrrr..sakit hati tak habis lagi…




menulis apa yang kita tahu dan apa yang kita minat membuatkan blog kita sentiasa dikemaskinikan dengan post2 mengikut tema blog kita….jika menulis mengikut paksaan, trend dan bukan bidang kita menjadikan blog kita semakin hari semakin sepi
pesanan ringkas untuk diri aku sendiri :)
Yup..betul tu bro Afzai..Minat tu yang harus diutamakan dulu. Kalau buat-buat minat, berlakulah paksaan dalam diri..
kadang2 memang ada masa kita akan mengalami ke’jem’an idea untuk menulis. masa ni lah motivasi pun drop jugak….semangat nak berblog pun makin pudar…
ehm..memang kekadang internet masalah. So, wat la draft selalu sebelum submit. kang ilang, rugi aje.