Dari mana datangnya 5 Angka?

Hai, Apa khabar.. :)

5 Angka sebulan

Post ini saya tulis khas untuk mereka yang selalu email saya bertanyakan tentang “Betul ke perniagaan internet ni noleh dapat 5 Angka sebulan atau kurang dari sebulan?“. Jadi, saya ambil kesempatan ini sempena menjelang tahun baru supaya anda semua dapat tahu mana datangnya kejayaan memperolehi pendapatan sehingga lebih RM 20 ribu bagi usahawan internet. Dan saya, pernah merasainya serta ingin berkongsi dengan anda.

5 Angka sebulan dalam perniagaan internet. Boleh ke? Ok. Caranya mudah saja. Ini pada pengalaman saya la ya. Kita buat produk, dan jual. Semudah itu saja. Anda sendiri rasanya sudah maklum tentang perniagaan produk digital kan? Produk digital memang tak memakan kos yang tinggi dalam pembuatannya. Boleh dikatakan almost zero kalau anda sendiri yang menaipnya.

Apa yang anda keluarkan adalah perkara seperti nama domain dan hosting. Itu saja. Kiranya modal saya sebenarnya ada lah dalam RM 60 saja sebab menggunakan saiz hosting yang kecil saja. Sistem bayaran, affiliate serta grafik memang saya yang reka sendiri. Kalau anda malas atau tak berapa mahir dalam buat grafik dan sistem-sistem website ni, anda boleh upah freelancer dengan harga bawah RM 400. Jadi, modal masih lagi bawah RM 500 kan? Ok, ini baru cerita bab modal.

Kita pergi pula pada keuntungan. Apabila semua sistem laman web anda semua dah siap setup dan dilancarkan, anggarkan jualan pada hari pertama – berjaya dan menerima buzz yang begitu hebat sehinggakan semua orang bercakap tentang produk anda. Semua orang mempromosikan produk anda. 100 jualan terhasil pada hari pertama. Produk anda pula setiap satunya berharga RM 50 (saya ambil contoh case study dari Rahsia Newbie). Kita buat kira-kira sikit disini. RM 50 x 100 jualan = RM5000 terhasil pada hari pertama. Wow! memang sangat hebat.

Itu baru hari pertama. Dan hari biasa pula, dalam sebulan pertama tersebut jualan agak slow. Dibantu pula dengan bulan raya yang mana memang pelanggan memang susah nak keluar duit nak beli produk anda. Dalam bulan tersebut, hanya ada 100 jualan. 100 jualan ditambah dengan jualan hari pertama, terhasillah 200 jualan. 200 jualan x RM 50 = RM 10 000! Ya! Anda kini dah pun dapat 5 Angka hasil dari penjualan produk digital anda.

Komisen JV..? Ya, ini satu lagi perkara yang anda perlu kira. Komisen JV anda, anda tetapkan. Kita ambil 50% daripada hasil jualan dan 50% daripada jumlah jualan (200 jualan) adalah daripada member JV kita. Maknanya, hanya 100 jualan yang kita dapat semua duitnya. Jadi, kita tolakkan RM 10 000 keuntungan kita tadi kepada komisen JV partner, RM 10 000 – RM 2500 = RM 7500. Ok, RM 7500 inilah duit bersih kita. Tunggu dulu, kira-kira saya ni belum masuk lagi dengan jualan backend. Ya, sebab itu saya selalu menekankan jualan backend. Produk saya ada saja jualan backend ataupun upsell ataupun One Time Offer.

Biasanya OTO saya, akan saya letakkan produk yang melengkapkan produk utama. Malahan, jika anda pernah angkat produk OTO saya, saya letakkan produk killer yang sebenar. Jadi, disinilah yang akan dapat backup balik RM 2500 komisen kepada JV tadi. Ok, ini adalah contoh ringkas dalam pelancaran mana-mana produk yang berjaya. Saya bersyukur, Rahsia Newbie dan Affiliate A+ dan memecah tagline 5 Angka tersebut dan anda kini rasanya dah dapat idea mana datangnya 5 Angka dari usahawan internet kan? Video Usahawan, Kuasa Lelong, Panduan & Teknik Rahsia Ebay, NiagaKit, Rahsia Newbie, Affiliate A+, kesemuanya dah melepasi 5 Angka dan ada juga produk saya yang mencecah RM 30 000 jualan hasil kombinasi dengan OTO.

Anda dah dapat idea sekarang kenapa usahawan internet boleh buat duit melalui penjualan produk digital kan sekarang? Tunggu dulu. Saya baru cerita bab pengeluaran produk. Belum lagi pendapatan melalui pemasaran affiliate. Boleh dikatakan, secara ringkas pendapatan super affiliate tempatan adalah mencecah RM 1000 lebih setiap bulan. Ini adalah pendapatan sebenar ya. Kejap lagi saya ceritakan kira-kiranya. Pemasaran affiliate boleh saja kita buat sekaligus dengan promosi dan pemasaran produk kita sendiri. Saya boleh buat, takkan anda tak boleh buat kan? :)

Bayangkan setiap komisen produk affiliate yang kita terima ada lah dalam 50% atau RM 25 (ini saya ambil secara kasar). Satu produk yang kita jual, kita akan dapat RM 25. Kalau kita promosikan produk yang betul serta mempunyai coversion rate yang tinggi, kita akan dapat promosi paling cikai pun 10 produk. Ini saya kira paling cikai. Biasanya lebih dari itu. RM 25 x 10 jualan yang kita buat = RM 250. Ok, kalau kita promosikan 4 produk dalam sebulan, contohnya bulan November tahun ni banyak berlaku pelancaran produk. Jadi, secara kasar, RM 250 x 4produk (10 jualan) = RM 1000. Senang-senang je. Kira-kira yang saya buat ni saya ambil dari pengalaman saya dan juga purata ya.

Kadanga-kadang ada produk yang saya berjaya buat 40 jualan dan ada produk yang saya boleh buat 5 jualan saja. Bergantung pada kerajinan saya mengamalkan formula saya sendiri. Hoho. Kalau saya rajin nak buat landing page, nak buat strategi saya kalahkan otai seperti yang saya tunjuk dalam Kelas Affiliate A+ yang mana memang saya bertekad betul nak dapat Top Affiliate, memang boleh pergi ribu-ribu setiap jualan macam yang saya buat untuk Video Usahawan. Jadi, kalau anda tanya saya berapa purata pendapatan affiliate saya setiap bulan, ianya memang seribu lebih. Cukuplah kan dengan pendapatan affiliate tempatan saja dah boleh bayar kereta dan rumah.

Kira-kira yang saya kongsikan diatas adalah hasil daripada pengalaman saya sendiri dalam pasaran tempatan. Ini belum lagi saya buat kira-kira pengalaman saya dalam pasaran global. Sebab itulah kalau anda lihat, memang tak mustahil anda boleh dapat 5 Angka sebulan HANYA bermain dengan pasaran tempatan. Kalau anda main dengan pasaran global, boleh pergi sampai 6 dan 7 angka. Memang dahsyat kan? Inilah realiti kehidupan usahawan internet.

InsyaAllah saya akan tulis juga macam mana usahawan internet boleh dapat 6 Angka sebulan bila saya dah dapatlah ya. Tapi, kalau strategi, dan rezeki saya dalam pasaran tempatan ni berterusan, dan yang paling penting saya tak boros, rasanya dah boleh simpan 6 Angka setahun.

PENTING: Apa yang saya kongsikan diatas bukanlah niatnya nak menunjuk-nunjuk dengan semua orang. Saya cuma ingin berkongsi “Macam mana usahawan internet boleh dapat 5 Angka Sebulan”. Tapi kalau nak tahu “Macam mana nak dapat 5 Angka sebulan, jumpa saya di Hotel Residence 18 Januari ni :) . Sekali lagi saya ingatkan, saya bukan nak menunjuk-nunjuk atau nak poyo atau nak kerek. Niat saya sekadar ingin berkongsi dan memotivasikan diri anda yang mahu mengejar impian 5 Angka sebulan.

Yelah manusia, kalau kita tak tunjuk macam mana boleh dapat, dia cakap kita menipu. Kalau kita tunjuk macam mana boleh dapat, dia cakap kita menunjuk-nunjuk ;p. Tapi besar harapan saya supaya saya dapat bantu lebih ramai lagi orang untuk berjaya atau paling tidak dapat mengecapi detik dan kejayaan yang telah saya perolehi. Sesungguhnya anda juga sahabat saya dan seseorang itu tidak akan berjaya sehinggalah orang disekelilingnya juga mengecapi kejayaan. Ya, anda juga boleh!

-AmmarZahar

p.S Jangan kita terlalu nak cepat kaya bila sebut tentang bisnes internet ni boleh buat duit. Jangan juga sampai kita tertipu dengan program-program atau produk yang menjanjikan kekayaan dalam masa yang singkat. Nanti kita pula yang terkena :)

Facebook comments:

10

Comments

  1. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih..Tanpa usaha tiada kejayaan..Tahniah bro..Thanx for the sharing..

  2. .. jangan lupa, apa-apa biz perlukan modal. tak kira samada pengiklanan, pemasaran, masa mahupun tapak (kedai aka hosting / domain).

    p/s – jangan mudah tertipu dengan iklan perniagaan tanpa modal!

  3. Perniagaan internet, jika betul caranya, memang boleh mendatangkan hasil yang lumayan. Tetapi rezeki tidak datang bergolek. Mesti diiringi dengan usaha yang berterusan dan keazaman yang kukuh untuk berjaya. Baru boleh betul-betul buat duit. Yang penting, jangan mudah mengalah dan yakin pada diri sendiri. Tahniah Ammar kerana telah melepasi tagline 5 angka.

  4. Salam Ammar,

    Saya memang percaya internet boleh memberikan pendapatan lumayan sebab saya pernah merasainya tapi bukanlah sampai 5 angka :)

    Pada saya selain daripada memiliki produk yang berkualiti, strategi pemasaran juga penting. Katakan anda nak promote tapi masa itu anda tidak mempunyai mailing list.

    Jika di dalam situasi ini, semestinya cara terbaik hendak promosi dan membuat “buzz” mengenai produk anda adalah dengan mencari JV yang sesuai dengan niche produk. Di sinilah saya fikir, JV mempunyai peranan besar untuk menberikan trafik berkualiti dengan cepat melalui mailing list yang mereka ada.

    Trafik berkualiti = Jualan :)

  5. Tahniah Ammar dapat capai 5 angka sebulan.

    Dari gaya penulisan anda macam senang jer nak dapat duit kat internet ni tapi realitinya ….perlukan banyak usaha gigih yang tak kenal erti penat.

    Terima kasih kerana buat saya begitu teruja menjadi seperti anda, jika anda boleh saya yakin saya pun boleh…. :)

  6. Tahniah ammar,memang tips yang menarik untuk berjaya dalam bisnes online ni.dan kesungguhan tu memang diperlukan untuk berjaya.Apa yang penting tanam minat dalam dulu,jangan semata2 kerana duit.kerana dari minat itu datangnya duit

  7. Hai Ammar,

    Memang mengujakan! Perniagaan internet memang mampu mengubah kehidupan dan kewangan seseorang jika dilakukan dengan ikhlas, bersungguh – sungguh serta teknik yang betul. Saudara Ammar telah buktikan bahawa perniagaan internet salah satu sumber kewangan yang mantap! Tahniah Ammar.

  8. Memang tak mustahil… saya pernah generate RM1K hanya melalui affiliate..yang penting bagi saya ialah:

    LIST

    Katakan list anda seramai 2K, dan yang membeli hanya seramai 50 orang dan komisen RM25. Anda sudah generate RM1250.00, itu hanya satu produk sahaja.

    Pada yang belum bina list, sangat galakkan anda bina sekarang juga sebelum anda menyesal :)

  9. salam
    kenapa ebook “rahsia newbie” xbuat lagi?
    saya ini memang baru dalam benda ini. so nak dapatkan ebook newbie macam yang anda terbitkan.

  10. salam
    kenapa anda tidak teruskan rahsia newbie?

 

Leave a Reply