Assalamualaikum, Salam Sejahtera..
Sejak saya buka pay-per-lead untuk Rahsia Usahawan Internet ni, memang banyak email yang saya terima. Ada yang bertanyakan tentang perniagaan internet, ada yang bertanya tentang tawaran freelancer tu, dan ada juga yang tanya soalan peribadi. Saya jawab di akhir post ini ya :)
Saya berminat nak naikkan topik ni dah lama dulu tapi saya teringat lepas banyak orang yang email saya minta saya terus mengeluarkan produk FREE untuk didownload bagi membantu lebih ramai orang bergelar usahawan internet. hoho. Oleh sebab itu saya buat post sikit pasal ini.
FREE atau Berbayar? Mana Satu Yang Anda Suka?
Kalau anda diberi produk free, saya rasa memang tak boleh nak tolak kan? Dalam kajian saya, ramai orang lebih lebih suka mencari benda-benda free berbanding benda-benda berbayar di internet ni. Ini termasuklah saya.. Memangla orang nak produk Free kan berbanding kena bayar. Tapi, pernahkah anda terfikir banyak kelebihan benda berbayar daripada benda percuma? Contohnya seperti:
1. Produk berbayar ni lebih kita hargai dan kita lebih amalkan isinya. Contoh, kenapa orang yang join MLM sanggup berkerja siang malam pergi meeting sana sini dan cari ramai orang untuk isi borang semua tu? Ini kerana, dia dah laburkan banyak duit untuk join MLM. Fikir-fikirkan..
2. Support yang diberikan. Produk berbayar datang dengan support daripada penjual produk tersebut. Contoh, jika anda beli Koleksi Grafik V2 dan tak masih blur dan tak tahu nak buat grafik macam mana, anda boleh terus tanya saya dan buzz saya walaupun saya tidak menyatakan semua ini kepada anda dalam surat jualan. Namun tanggungjawab sebagai penjual tu ada. Ini kelebihan beli produk berbanding download produk percuma (jika tak tahu, hanya boleh garu kepala saja)
3. Produk percuma biasanya tidak lengkap dan mengandungi iklan. Jadi, jika anda nak ilmu tersebut lengkap dan dijamin, anda mestilah dapatkan produk berbayar. Produk FREE ni kebiasaannya hanya menerangkan ASAS sahaja.
Ini antara sedikit daripada banyak lagi kelebihan produk berbayar. Jangan takut untuk membeli produk berbayar kerana anda akan dapat banyak manfaat daripadanya dan anggaplah pembelian tersebut sebagai pelaburan. Tak kiralah anda gunakan duit sendiri mahupun pinjam daripada sesiapa untuk membeli produk tersebut, satu masa nanti anda pasti akan dapat LEBIH daripada apa yang anda keluarkan. Percayalah..
Ikhlas,
AmmarZahar
Keputusan Affiliate Terkini!
1. Noorizam 69
2. Shuth 47
3. Abooain 38
4. MazlieNadzri 20
5. Razif 19
6. Maizul 15
7. Titan & Iyas 14
8. Apes 10
9. Hazwan 13
10. Hanglobal 7
Berkenaan dengan job yang saya ada ni, saya perlukan anda hanya untuk copy paste website tersebut. Contoh website: indigoconcepts Mudah saja kan copy paste? Saya pun boleh buat sendiri sebenarnya tapi saya mahu berikan anda peluang ini. Copy paste dan 100% sama sejibik dengan website tu. Mat salleh tu beri kebenaran pada saya untuk copy paste web dia. Domain semua saya dah sediakan. Jika ada yang minat, boleh isi komen dibawah berserta harga yang anda caj. Jika saya berkenan, saya akan hubungi anda.


.gif)





14 Comments until now.
saya pun dah jadi agen affiliate bagi produk saudara.Terima kasih kerana membukakan peluang ini kepada newbie seperti saya.
http://blog.syokbisnes.com
Terima kasih kepada anda yang memeberi peluang kepada newbie seperti saya untuk jadi agen affiliate bagi produk saudara.
Sama-sama..
Harap anda semua boleh buat duit dengan program affiliate Rahsia Usahawan Internet ni.. :)
Wah semua otai2 IM kat dah jadi affiliate. Mcam mana nak jadi affiliate?
Saya pun berminat… Mcam mana yer?
copy paste tue banyak ke jobnya??? ttg harga x pasti la.. sbb bukan usahawan internet sangat… tapi kalau bagi biar la padan dgn harganya.. n bonus sesikit ke… hehehe… ok ke?
bole lagi tu nak lawan. promosi kena lebih hebatlah..
yang penting, jangan putus asa..tul tak kawan-kawan :)
saya berminat nak join tapi macam mana ya? domain telah disediakan? ape domainnya?
Amir Azros - Cuba lihat balik email-email yang saya berikan..
Razif - kalau bro boleh buat, cepat2la contact saya..
ZaidiRazali - betul..dalam berniaga, jangan putus asa..
sueella - nak join apanya ya?
huhu. nk kopi semua tu? macam tu rupanya..
indigoconcepts ,copy and paste je?…tang harga tu saya tak barapa nak faham sangat,tapi biarlah berbaloi dengan apa yang di buat….saya pun masih dalam kategori newbie…..banyak yang kena belajar lagi.Apa kata kalau saya cuba dulu job tu..How to contact U?…atau awak e-mail saya..I’m waiting….
selagi boleh dapat percuma, tak salah kan?
ammar, ak xtau mcm mane freelancer tue..
ygt ak tau copy paste aje kan..
still available ke..
coz ak tgh xde duit nie hujung2 sem.. klu ade hit me back kay.. tq kawan..
sory bro..xde lagi..dah ade orang amek job tu..subscribe je kat blog ni sebab kalau ada apa2 makluman, saya maklumkan di blog dulu.. :)
salam, nanti beli satu ebook mesti tak cukup info ( sebb tak pandai sgt komputer )kena beli yg satu lagi..bila nak dapat duit.tu yg letih tu
Comment!