Gambar Bali dan Jogja

 

Di Candi Borobudur (jogjakarta)

 Hai, Apa khabar?

 

Lama dah saya tak update blog ni selepas seminggu saya ke Bali dan Jogjakarta untuk trip kelas Penghayatan Alam. Walaupun namanya trip macam sambil belajar, tapi sebenarnya ia lebih kepada enjoy je. haha. Tak banyak saya nak update sebab sejak dari Bali, saya memang sakit sikit. Dengan selsema, demam, dan batuk yang tak baik-baik lagi sejak dari Bali lagi. Mungkin sebab cuaca yang tak menentu disana kot.

 

Saya juga sekarang agak sibuk untuk siapkan material untuk peserta seminar pada 18 Januari ni dan dukacita saya umumkan bahawa kuota telah pun penuh dan saya kini menutup kuota tersebut. Kalau ada yang dapat lepas tu, kira nasib baiklah ya. Sekali lagi saya nak ucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Rawanaz Studioz dan juga Virtual Niaga kerana telah sudi menaja kesemua peserta seminar yang akan saya anjurkan nanti. Beruntunglah peserta seminar kerana bakal mendapat ecover percuma dari Virtual Niaga dan juga hosting bernilai RM 120 dari Rawanaz.

Ok, itu saja update saya kali ni. Bila dah sihat nanti, insyaAllah saya akan lebih kerap berkongsi tips perniagaan internet yang lebih advance memandangkan industri perniagaan internet di Malaysia nampak semakin maju sekarang.. :)

 

-AmmarZahar

Facebook comments:

9

Comments

  1. Selamat kembali bro,

    saya yang tak pergi Bali pun masih tak sihat sejak seminggu lalu…
    batuk + demam, rasanya memang cuaca sekarang tak berapa baik.

    Neway, semoga kita sama-sama cepat sembuh :)

  2. Salam

    Seronok ya dapat gi Bali.

  3. Salam. Memang seronok g bali. Saya pun pernah ke sana, tapi sayangnya Islam tak sampai di sana, kebanyakannya beragama hindu.

    http://www.jutawansenyap12.blogspot.com

  4. Selamat kembali dengan semangat baru dan idea baru.

  5. seronok dapat pi sana kan???
    tapi makan susah nak dapat…

  6. seronok memang seronok..Tapi bila dah lama sangat macam rindu sangat pulak kat Malaysia. Banyak benda yang rindu ni kat Malaysia lebih-lebih lagi makanan dan budayanya..hehe

  7. tambahan Ammar…rindu dengan ceweknya di Malaysia..hohoho :)

  8. Dengar citer orang kat Bali tu susah nak jumpa masjid kalau nak pegi sembahyang jumaat. Betul ker?

  9. waah best arr melancong… best sebab melancongpun duit tetap masuk…awak emmang salah sorang yang dah berjaya.. saya pun masih berusaha.. dan satu lagi link exchange ngan blog saya …

 

Leave a Reply