Kelemahan Kita..Renung-Renungkan..
Salam, ini adalah salinan email untuk list saya.. Sengaja saya paste disini..
Email ini pada mulanya saya nak hantar HANYA pada special student saya saja tapi saya rasa lebih baik saya hantar kepada semua orang yang saya kenal dan orang yang berminat nak buat duit online.
Saya jarang mengkritik, beri motivasi dan menegur orang lain. Kerana saya lebih rajin menegur diri sendiri rasanya.
Tapi kali ni, saya tergerak untuk sama-sama menegur diri saya dan juga rakan-rakan saya yang nak buat duit online.
Kebelakangan ni, saya seakan-akan tidak aktif lagi dalam pasaran tempatan sebaliknya saya lebih aktif di pasaran global.
Kalau ikutkan, saya boleh buat duit lebih banyak di pasaran tempatan memandangkan kredibiliti dan juga
jenama yang saya bina sekian lama berbanding pasaran global.
Namun kini, selepas beberapa bulan, saya mampu menjana pendapatan stabil setiap bulan pasaran global. Malah, saya boleh tinggalkan pasaran Malaysia bila-bila masa kalau saya mahu.
Tapi, saya teringat pesan rakan saya supaya berkongsi segala ilmu dengan orang kita.
Malangnya, ada beberapa perkara atau sikap orang kta sendiri yang membuatkan saya lemah untuk berkongsi ilmu. Ini saya nampak sebagai perbezaan besar antara orang kita dengan mat-mat saleh yang menjadi halangan untuk orang kita untuk berjaya.
Saya rasa terpanggil untuk senaraikan disini memandangkan saya ’sayangkan’ orang kitadan ingin melihat orang Malaysia lebih berjaya di dunia. Kalau ada yang terkceil hati, maaf saya ucapkan.
Kalau ada yang sakit hati dengan luahan saya, dan tak mahu lagi membaca email-email saya, klik pada link ‘unsubscribe’ di akhir email ini.
1) Kita Terlalu MANJA..
Ya, sebenarnya kita terlalu manja. Bila kita beli ebook, beli sesuatu course, kita mengharapkan bantuan
sehingga makan pun disuapkan, baju pun dipakaikan.
Sepanjang saya membina nama dalam perniagaan ini, saya belum pernah lagi lihat orang-orang
yang berjaya ini manja. Maksudnya, tak ada orang manja pun berjaya. Jangan sebab kita terlalu malas dan manja, ia menjadikan kita gagal selamanya.
2) Kita TAKUT Nak Berubah
Ini satu lagi trend membezakan antara yang Gagal dan juga yang berjaya. Saya sendiri, dari seorang remaja yang degil dan nakal (kaki enjoy) sanggup berubah untuk berjaya.
Kalau dulu pergi kelas dari 8am-5pm, lepas tu malam lepak bilik member dan main game, tengok movie sampai pukul 12am, lepas tu main futsal sampai 3am, tapi kini tidak lagi.
Lepas kelas habis 5pm, saya lantas buat kerja ofis saya, tumpukan perniagaan saya, dan bahagikan masa buat jadual untuk siapkan assignment saya dan kerja perniagaan saya.
Bayangkan, berapa banyak benda yang saya korbankan..?
Ramai pelanggan saya cakap tak cukup masa nak buat bisnes online tapi hakikatnya, masa sentiasa cukup cuma kita yang lebih mementingkan perkara lain seperti tengok TV, lepak kedai mamak, borak-borak kosong dan sebagainya.
Dengan attitude seperti ini, anda tidak akan berjaya buat bisnes online. Trust me..
3) Mindset Nak Cepat Kaya, Tapi Malas Usaha
Bila ada mindset seperti inilah yang membuatkan orang-orang lain ambil kesempatan terhadap kita dengan anjurkan skim cepat kaya dan sebagainya.
Lihat saja program Monsunbis (bukan nama sebenar) memperdaya kita dengan meminta yuran mahal dan akhirnya, kita juga yang susah.
Dalam perniagaan internet, tak ada konsep sebegini. Konsep sebenar perniagaan internet dan konsep yang saya sentiasa gunakan adalah:
Beli ebook > Tindakan > Kajian sikit > Buat Duit.
Ini konsep yang saya amalkan. Hampir 98% orang yang tak berjaya, sangkut dibahagian tindakan.
Malah, saya agak pelik bila lihat kebanyakan orang yang beli produk saya bertanyakan soalan yang jawapannya ada dalam ebook yang mereka beli.
==========
Rumusan..
==========
Saya berpegang kepada satu konsep, TIADA sesiapa yang dapat mengubah nasib kita melainkan diri kita sendiri.
Kalau betul anda nak berjaya buat duit online, buang atau kikis sifat-sifat negatif anda dan terapkan sifat positif dalam diri anda dan saya pasti anda akan lihat hasilnya.
Email utama saya adalah ammarzahar@gmail.com dan kalau anda ada masalah, email saya disitu.
Kalau anda ada masalah berkaitan produk saya atau customer support, saya akan umumkan nombor telefon staf saya bahagian customer support dalam masa terdekat.
Saya seorang memang tak larat menjawab kesemua soalan dan masalah anda, jadi nanti saya akan berikan no telefon serta email staf saya yang boleh anda hubungi untuk maklumat pantas.
Buat masa ni saya sedang melatih staf saya dan kalau anda lihat produk Buat Duit Raya diselenggara 90% oleh staf saya. InsyaAllah, dalam masa terdekat ni syarikat saya akan diisi oleh staf-staf saya dan pelanggan saya akan dapat support yang jauh lebih baik dari dulu.
Saya dalam proses upgrade syarikat saya dengan menambah bilangan staf terutamanya bahagian Customer Support. Fahamlah bahawa saya sangat sayangkan bangsa dan negara saya dan niat dihati memang ingin lihat orang kita berjaya.
Ikhlas dan Demi Kejayaan Anda,
-Ammar Zahar
Add saya di Facebook dan Twitter:
http://Facebook.com/Ammar.Zahar
http://Twitter.com/Ammar_Zahar
18
Comments
Shukor
Ammar, terima kasih di atas nasihat tersebut. Ada jugak kena tempias2
Tak guna kalau beli banyak ebook tapi dok simpan penuhkan harddisk…
dan memang betul, TIADA sesiapa yang dapat mengubah nasib kita melainkan diri kita sendiri…dalam Al-Quran pun ada disebut.
Hasbul Aqill
mmg cukup bermkna kata-kata ammar
dan saya akui ramai newbie sprti pada permulaan belajar
mghrpkan ilmu yng dtg tp hanya sedikit usaha
harap dengn artikel berguna ammar ini
kita orang melayu belajar dari kesilapan
perniagaanLumayan
kata-kata yg agak sinis tapi ia adalah benar.
Sebabkan sikap kita sendiri kita akan ketinggalan. Org dah kaya kita masih di takuk lama. Yea, kena bertindak itu yg paling utama!
yuzmir
nampaknya semua orang kene atas kepala sendiri…
memang tak dinafikan ramai yang mula tapi sangkut tengah jalan…
lebih2 lagi pada sesiapa yang tersenarai dalam masalah kat atas…
ayuh…apa lagi…
aizat kamal
peringatan bermakna…
noordin
Elok tu, sesekali kena ketuk kuat sikit.
Lumrahnya ramai nak mudah dan habuan besar.
Kerap kali habuan besar hanya lepas kerja yang sepadan dengan habuan tu. Orang melayu tak suka susah-susah…suruh saja mereka pi makan gaji, macam saya nih. Baru tau, duit sentiasa tak berapa cukup!
Berita Semasa
bukan susah nak susah
bukan senang nak senang
bisnes internet terllau banyak cabangnya
yang pentingnya
fokus sehingga berjaya
saudagarcyber
Bagus jugak sebab highlight benda ni
Kita selalu nak benda ‘magic’, semua nak mudah
Tak tahulah bila masalah ‘mindset’ ni nak settle. Kalau semua mudah dah tentu ramai kaya raya. Bukan senang nak senang
Amril_Muidz
Salam Saudara Ammar
Moga2 saudara dalam keadaan sihat york.
Nasihat yang amat berguna, kebanyakanlah bukan kesemuanya, orang yang baru dalam menceburi bidang perniagaan internet nie ada simptom seperti yang saudara cakapkan
Nie kerana, orang melayu ni agak beralasan, kenapa saya cakap macamtu.. sebab saya juga tergolong seperti yang saudara cakap kan. Tapi saya cuba untuk mengubah sikit2 sikap saya ni.
Benda yang penting untuk berjaya dalam bisnes nie, pertama mindset memang kene betul, apa niat kita nak buat bisnes nie. kedua kena lah cari sumber yang mampu membantu kita dalam merealisasikan niat kita tu dan ketiga fokus dalam mempraktikan segala ilmu yang ada. insyallah kita boleh berjaya seperti saudara.insyallah.
Safuan a.k.a Sipenglipurlara
Ada benarnya kata Ammar ini
Iqone_Dinie
Salam ammar…wah..tahniah atas peringatan nie..memang ramai yang x sedar lagi sume tue..memang betul kate ko nasib suseorang tue xkan berubah selagi orang tue yg cube untuk merubahnya..bagus lah nasihat n motivasi ko nie…Nie nak tambah sikit nie..orang kite ramai yang malu nak mengaku diri x pandai,tapi bile dah terima masalah mulalah sibuk cari orang nak selesai masalah..Bile da terantuk baru lah terngadah(hihi betul ke ayat nie)..ok la ..ape pon selamat berjaya kepada ko..Kami sume akan support setiap masa..Majulah anak bangsa kite!!!….
waka
kalau ada ebook samada orang bagi free atau pun beli
pastikan khatam fahami dan bertindak
http://rahsiawangonline.com
Penang
Betul juga… ebook banyak2 setakat simpan sahaja tanpa praktikan ilmu yang ada pada ebook tersebut… sampai bila-bila pun tak akan berjaya. Baca, faham dan buat tindakan itu yang betul.
Satu masalah lagi bagi orang-orang yang baru nie, tak tahu bagaimana nak bermula untuk buat bisnes di internet. Ebook kat pasaran pun tak tulis samaada ia sesuai untuk orang yang baru atau orang yang lbh advance. Main beli aje, last-last x faham, tinggalkan terus camtu aje.
Mario
wow broo..
aku suke bace yg ni.
menaikkan semangat.
good luck bro!
sah90
wah…
Tul2..
Stuju yang amat..
byak gak sifat negatif ni kena buat…
oh tindakan…
takkan bertindak selagi ragu2..
Tq Ammar..
Sebab bagi motivasi pasal benda ni…
(^_^)
Syed Akmal
aku setuju sangat dengan artikel bro ammar kat atas ni. semua bergantung atas usaha sendiri. takleh nak harapkan orang 100%.
zaire
Point 1,2 dan 3 tepat kena sasaran kepada mereka yang memang hanya tau bercakap but NO ACTION. thanx Ammar.
“Sesungguhnya Allah cuma akan mengubah nasib hambanNya sekiranya hambanNya itu berusaha untuk mengubahnya sendiri” yup ni yang patut kita terapka dikalangan newbie yang baru nak study pasal internet ni.
Just imagine , Ammar berikan kita pakej beliau yang berharga 1k. mesti happykan? tapi berapa ramai orang yang akan berjaya untuk mengeksploitasikan @pun menjayakan pakej itu? percayalah, takkan sampai 10% pun yang akan berjaya kerana sudah menjadi lumrah orang Malaysia akan berfikir sebegini “dah dapat free pakej Ammar makin mudahlah kerja aku, dok depan komp 2 jam dah cukup, apa nak susah Ammar dah bagi semua ilmu yang ada”.
kalau macam tu pegangan semua orang yang baru nak melangkah dalam IM ni, maka hancurlah industri kita. harap disuap,dimanja,dididik dan di jaga 24jam oleh orang lain untuk berjaya dan bila terjatuh mula menuding jari salahkan pihak tertentu..
Nak sangat kaya tapi malas berusaha, termimpi-mimpikan kereta BMW, tapi tak juga kemana. kenapa? sebab kita selalu lupa bahawa kita cepat LALAI..lalai dalam memajukan diri sendiri
SALAM
Hadari
syabas Ammar… apa yang anda katakan itu tidak boleh dinafikan. Kekadang terfikir juga saya kenapa kita dinamakan orang MELAYU? Mungkin sebelum kedatangan Inggeris dulu, tidak ada orang MELAYU kot. Mungkin masa itu cuma ada bangsa JAWA, BAWEAN, BUGIS dan sebagainya. Paling tidak pun mungkin kita dulu disebut ORANG ASLI saja. Tapi kerana sikap orang kita yang suka lepak-lepak kat tepi pantai dengan menjadi nelayan dan berdondang sayang, maka orang Inggeris menggelar kita bangsa PEMALAS. Mungkin untuk menggunakan kekata PEMALAS itu agak sensitif, jadi ditukarkan kepada MELAYU. LAYU SELAYU-LAYU nya… tu sebab bab perniagaan ditujukan kepada orang bukan MELAYU, dengan kata lainnya BANGSA CINA kerana sememangnya mereka “rajin” dalam bidang perniagaan. Sejarah telah membuktikan sejak dulu lagi. Begitu juga dengan BANGSA INDIA. Kenapa bangsa-bangsa ini tidak dinamakan BANGSA MELAYU? Kenapa BANGSA atau ORANG MELAYU tidak dinamakan ORANG MALAYSIA mengikut namanya sekarang. Kalau terlalu kerap sebut ORANG MELAYU, macam satu doa pulak… Jadi, berbalik kepada soal pokok, sememangnya mindset kebanyakan orang-orang kita sukar untuk diubah. Kalau bangsa sendiri yang cuba mengubah nasib mereka dengan jujur, ramai yang tidak yakin dan percaya sebab mereka rasa orang tersebut sama seperti mereka. Tapi kalau bangsa lain yang cuba melakukan benda yang sama, mereka cepat percaya walaupun disebalik perlakuan yang cuba diterapkan kepada mereka itu ada unsur-unsur penipuan.
Leave a Reply