Powered by Max Banner Ads 
Oct112008

Langkah pertama memulakan perniagaan internet..

Assalamualaikum, Salam Sejahtera..

Sebelum saya menulis, sedikit peringatan daripada saya, artikel ini adalah untuk newbie yang ingin menceburkan diri dalam perniagaan internet. Bagi mereka yang dah pun memulakan langkah pertama dalam perniagaan internet, rasanya tak sesuai untuk anda tapi sebarang komen masih lagi amat saya alu-alukan.

maybank2u

Akaun Maybank2u. Ramai newbie yang terlalu ghairah nak mulakan perniagaan internet mereka hingga lupa tentang maybank2u. Maybank2u adalah antara bank terawal yang membuka aplikasi online dan kini rasanya ramai pengguna Maybank. Jika anda tertanya-tanya “Macam mana nak terima bayaran di internet?”, anda hanya perlu membuka akaun Maybank dan pergi di Maybank kawasan berhampiran dan kemudian minta pekerja Maybank menunjukkan anda bagaimana membuka akaun Maybank2u. namun begitu, anda juga boleh mendaftar secara online sahaja di laman web Maybank2u.
Selain itu juga, tak ketinggalan akaun CIMBclicks anda. Secara ringkas, sama saja dengan cara membuka aplikasi Maybank2u.

Jika anda masih lagi tertanya-tanya bagaimana menerima proses bayaran online, jawapannya adalah Paypal. Ingat, sebelum anda memulakan proses pendaftaran Paypal anda, sediakan dahulu kad kredit ataupun kad debit, ataupun VCC. Tentang Kad debit, saya terima banyak pertanyaan mengenainya dan saranan saya, anda menggunakan kad debit Public Bank. Mohon kad debit anda di cawangan Public Bank berhampiran dan paling lambat, 3minggu akan settle proses.

Jadi, sementara menunggu 3minggu tersebut, anda bolehla mendaftar Merchant Account anda di Paypal. Tapi ingat, pendaftaran anda tidak akan verified selagi anda tidak dapat kod verifikasi dari PayPal. Namun begitu, anda boleh juga mem’verified’ akaun anda dengan menggunakan VCC ataupun Virtual Credit Card.
Akaun email. Saya sangat menyarankan anda menggunakan akaun Gmail untuk akaun email peribadi perniagaan internet anda. Bukan sahaja kerana saiznya besar, malah ada beberapa kelebihan Gmail berbanding penyedia akaun email lain seperti yahoo dan MSN. Kalau anda nak tahu apa kelebihannya, anda cubalah sendiri :)

Diatas adalah pandangan saya khas untuk tatapan newbie yang ingin menjalankan perniagaan internet. Selepas anda mempunyai kelengkapan tersebut, anda boleh fikirkan cara mencipta produk anda ataupun cara membina minisite. Khas untuk pengikut Twitter saya, saya akan sediakan Video Bagaimana Membina Minisite anda dalam masa yang singkat! Video ini percuma dan saya akan berikan link download kepada anda tidak lama lama lagi melalui Twitter. Tunggu ya! :)

Follow saya di sini,

AmmarZahar

Both comments and pings are currently closed.

No Responses

Comment RSS Trackback URL

Comments are closed.

klik di sini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti
 Powered by Max Banner Ads