Login Facebook Dapat RM100. Betul ke?

infinitydownline

Secara jujurnya, saya tak pernah join, dan tak pernah tahu teknik menyeluruh infinity downline ni buat duit. Apa yang saya tahu, infinity downline ni kena cari orang dan saya dapat input mengenai infinity downline (ID) ni pun dari blog saudara Shamsuriyadi. Jadi, post saya dibawah adalah pandangan peribadi saya. No offend.. :)

Pheww..

Saya tak pernah tahu ada teknik ini sehinggalah ID ni sangat kecoh di Facebook dimana semua orang dok sibuk update status “Login Facebook dapat duit”. Boleh kata setiap kali saya lihat di Newsfeed facebook, mesti ada punya status macam ni. Saya tak tahu kenapa. Sampaikan inbox saya penuh dengan benda ni. Datang rasa menyampah. Saya memang jenis bencikan spam dan disebabkan banyaknya jemputan join “Login Facebook dapat duit” ni, saya terus rasa malas nak buka inbox facebook sampai sekarang.

Saya dah report spam pun masih ada lagi. Jadi, sebab tu saya biarkan saja. Tak lama kemudian, saya pun mula lihat status facebook IM2 lain dan ada ternampak link ke blog saudara Sham. Saya buka dan baca. Apa yang saya baca, ia membincangkan halal haram dan banyak juga komen di blog tersebut menghentam saudara Sham.

Saya tak berani nak adili samada program tersebut adalah halal mahupun haram. Setahu saya, bila anda masuk, bayar RM100 lepas tu anda akan dapat produk digital dalam bentuk video. Macam-macam kan? Saya dah teliti produk-produk dan saya lihat, produk tu boleh dapat free je pun kalau rajin search. Sebab produk tu banyak jenis tutorial bahasa inggeris. Kalau tutorial BM memang susah nak cari yang percuma.

Tapi, setiap orang lain pandangannya tentang produk. Ada yang rasa produk tu sangat membantu dan ada yang letak tepi je produk tu. Yang penting, sistem cari orang tu. Anda golongan yang macam mana? Jika anda dah join, anda sukakan produk tu ataupun sukakan sistem tu?

Jujur bagi saya, saya tak gemarkan sistem tu. Ia ibarat MLM yang tak best. Saya pernah join banyak MLM sebelum saya terjun IM ni. Antara yang saya aktif adalah seperti Cosway. Kalau cosway, logik juga sebab produknya bagus-bagus. Filter air pun baru RM500 satu. Tak macam HAI-O yang jual filter yang lebih kurang sama dengan harga RM20,000 (dapat 8 ke, 1 saya lupa).

Ok, sekarang tibalah masa untuk anda tahu saya berat kemana..

Saya tada kuasa dan saya tak pasti samada sistem ni halal atau haram sebab kalau saya tentukan hukum pun, saya rasa saya bukanlah orang yang layak.

Dari sudut pandangan seorang usahawan (saya la tu), saya tak cadangkan masuk program ni. Dan kalau anda lihat pun, otai-otai dalam bisnes macam Mark Zuckerberg ke, Mike FIlsaime ke, tak ada promosi sistem ni. Kenapa? Sedangkan mereka tak ada batas halal haram pun.

Saya tak sertai sistem ini bukanlah kerana saya eksyen, kerek, atau apa-apa. Saya tau bila saya masuk, saya kena cari orang. Pada saya, nak cari orang untuk join program ni memang tak ada masalah. Tapi, kita kena ingat bahawa ini bisnes orang dan bukan bisnes kita. Bila bisnes orang, kalau orang tu bungkus, kita akan bungkus. Kalau bisnes kita, kita gagal, ia dikira jatuh bangun dalam perniagaan. Ok, tu satu.

Saya juga tak ‘gemar’ dengan teknik promosi mereka. “Login Facebook dapat duit”. TAPI sebenarnya bukan sekadar login, mereka menggunakan facebook untuk promosi. Itu saja. Malah, kena bayar RM100.

Percaya atau tidak, SESIAPA yang ada ebook atau produk yang lengkap dengan sistem affiliate boleh buat macam ni.

Saya juga boleh buat update status macam ni: “Login Facebook dapat RM10,000. Oh bestnya!”.

Kemudian bila orang nak tahu, saya akan PM inbox mereka yang saya suruh mereka modal RM87 untuk beli ebook saya, dan join affiliate saya untuk promosikan produk saya. Saya akan ajar mereka supaya buat status yang sama macam saya di Facebook. Dan pembeli saya akan dapat jualan dari komisen affiliate. Secara tak langsung, sales saya akan semakin banyak, begitu juga affiliate saya semakin bertambah, dan affiliate saya semakin banyak komisen disebabkan teknik promosi yang seperti ini.

Teknik marketing seperti ini dikategorikan sebagai ‘hype’. Saya juga akui saya juga ada hype dalam surat jualan saya tapi saya ada disclaimer. Malah, tidak over’hype’ seperti ini. Kalau saya nak, saya boleh buat taktik yang sama. Tapi saya sangsi sebab saya tahu dalam Islam, jualbeli perlu jelas. Bukannya berselindung.

Saya ada beberapa pesan (anda nak ikut atau tidak, itu terserah anda)..

1. Kalau anda sangsi samada ianya HARAM atau HALAL, lebih baik anda jangan buat. Kita tahu tiada duit akan dapat tanpa kerja. Dapatkah owner Infinity Downline (bukan ejen atau upline atau peserta) buktikan bahawa sistem ini HALAL? Kalau owner (yang mencipta sistem ini) dapat buktikan ianya HALAL dan beretika, baru join. Kalau tidak, lebih baik ambil langkah tak join. Lagi bagus. Sama juga macam saya dulu pernah dijemput untuk menjadi affiliate produk poker dan juga adult program (18SX). Kalau ikutkan memang senang nak promosi produk adult (seperti membership laman web ‘dewasa’, pendaftaran bermain poker online), tapi sebab saya sangsi jadi saya pilih tak promosi. Dalam hukum fiqah, Matlamat Tak Menghalalkan Cara.

2. Hype akan dikira hype (yang mana adalah tidak beretika dalam marketing) bila anda tak dapat membuktikan kenyataan anda. Jadi, adakah peserta ID ni dapat buktikan memang betul login je facebook terus dapat duit? Kalau login akaun Maybank, atau login akaun PayPal tu logik jugala dapat RM 100. Jadi, peserta ID ni dapat tak buktikan login akaun Facebook terus dapat RM 100? Jika ianya over hype, adakah ianya bagus? Ada bukti benar-benar login terus dapat?
Secara jujur, saya kurang suka dengan program MLM di internet yang mana produk diniagakannya tak sepadan. Kalau dulu, kecoh dengan perigi duit. Konsep cari orang juga (sama), dan produknya adalah ebook-ebook melambak. Masa tu terfikir juga nak join sebab ramai dapat ribu-ribu. Tapi bila saya sangsi, saya rasa biarlah saya susah sikit yang penting saya yakin apa yang saya buat sekarang adalah halal.

Saya minta maaf jika pandangan saya ada menyakiti mana-mana pihak. Ini sekadar pandangan peribadi saya yang mana ramai orang minta saya kongsikan pandangan saya ni. Kepada yang dah join dan yang dah kaya, saya tidak cemburu dengan kejayaan anda, tapi renung-renungkan dan jumpa dengan orang yang layak memberi ulasan bab hukum JIKA anda sangsi. Jika anda nak teruskan, tiada paksaan dari saya Cuma saya minta jangan terlalu hype kerana ia boleh mempengaruhi orang-orang yang jenis nak ‘goyang kaki’ dan nak ‘kaya cepat’ untuk join.

Kepada yang teruja nak join, baca semula post saya dan fikirkan. Saya tak akan paksa anda untuk cakap JANGAN JOIN dan team ID takkan paksa anda untuk join. Keputusan ditangan anda. Kalau tanya saya, sudah tentu anda tahu jawapan saya.

No offend dari saya, ikhlas ingin anda berjaya (tapi mengikut landasan yang betul). :)

Oh ya, jangan lupa klik share di Facebook atau Twitter di button diatas ya! ;)

Akhir kata, quote dari saya yang saya amalkan, “No Pain, No Gain”

-Ammar Zahar

P.S Sebenarnya saya juga boleh buat sistem macam ni kalau saya mahu (beri produk-produk sampai pembeli overload), dan kemudian gunakan teknik marketing macam ni: Login Facebook dapat RM 10,000. Tapi kenapa saya tak mahu buat? Cuba anda fikir? ;)

Facebook comments:

73

Comments

  1. halal dgn haram tu xdapat di pastikan..tapi yang penting kaedah promosi yang drg gunakan tu mmg kurang sesuai…sebab login je fb dpt rm100.kalau ayat mcm ni, login fb orang reg terus dpt rm100 maybe btl..hehe..saya pun xberminat dgn ID..kalau sape yang nak join xksh..joinla..tp tkt ada yang kurang pandai nak buat promosi, drg igt login je fb trs dpt duit, tu kira kes naya..pe2 pun nice share bro ammar..saya buat bisnes MLM gak..pink guava jus under company sime darby..dapat artis rabbani kt bawah..laju je marketing..huhu.sape nak join boleh inform k..alamak, terpromote lak:-D

  2. kaedah promosi yg drg guna tu kurang tepat..kalau drg tulis join fb org reg terus dapat rm100 maybe btl.. :grin: ..tapi kalau org yg kurang pandai buat promosi, drg igt join je fb trs dpt duit, tu kira kes naya kan..sape yang nak join teruskan join.tapi kalau yang ragu2 samada halal atau haram baik jgn join. :mrgreen: .sya pun xmn join ID tu..saya join MLM gak..pink guava jus..under sime darby..dapat artis rabbani lak kat bawah laju je marketing..hehe..sape2 yang berminat nak join boleh inform saya k..alamak, terpromote lak:-D


  3. Fahim

    Terbaik la Ammar. saya sangat kagum dengar Ammar.
    Kata-kata pandangan Ammar banyak memberi
    kesedaran kepada peniaga atau agen-agen cyber kita.

    Terima Kasih.. (^_^)

  4. Salam..tq ammar, saya dah lama nak cari hujah utk tentang ‘benda alah ni’ ..saya akan linkan artikel ni ke blog saya..harap ammar, izinkan..terima kasih


  5. razizainon

    “Teknik marketing seperti ini dikategorikan sebagai ‘hype’. Saya juga akui saya juga ada hype dalam surat jualan saya tapi saya ada disclaimer. Malah, tidak over’hype’ seperti ini. Kalau saya nak, saya boleh buat taktik yang sama. Tapi saya sangsi sebab saya tahu dalam Islam, jualbeli perlu jelas. Bukannya berselindung.”

    Saya amat setuju dengan konsep harus jelas dalam setiap perniagan. Malahan pembeli menjadi lebih yakin dan terjamin transaksinya. Terdapat 1001 hikmah dalam perniagaan dengan garis panduan agama.Soal hype,saya berepndapat itu lebih kepada cara seseorang marketer menarik pelanggan,namun overuse is bad. :|
    Satu lagi jika kita sentiasa jelas dalam bisnes kita, pelanggan yang datang juga sentiasa jelas dengan anda-atas sebab kepercayaan itu. :razz:

    razizainon


  6. abdullah

    LOGiN FB DPT DUIT sdh mnejadi isu hangat HALAL n HARAM kerna kita xdpt product or item yg nilai setimpal dgn pe yg kita byr.. lg satu benda ni bukan sistem dari apa2 company so org akan lebih mudah teranaya n menguntungkn org atas sahaja..

    SYARAT MINIMUM SHARIAH BAGI SESEBUAH MLM

    UNTUK MENDAKWA HALALNYA SESUATU PRODUK MLM TU, DISARANKAN SUPAYA PENGAMAL MLM MEMASTIKAN ASAS MINIMA SHARIAH BERIKUT DAPAT DIPATUHI:

    1. PRODUK MLM DIBELI DENGAN TUJUAN YANG SEBENARNYA

    (seperti produk2 yg benar2 bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya..). justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidak dibenarkankerana ia hanya bertujuan mengaburi undang2 dan hokum shariah dan tidak halal di sisi shariah. Justeru itu, kekuatan MLM itu adalah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif mengumpul dana tanpa sebarang jualan asset atau produk.

    2. PRODUKNYA BUKAN EMAS DAN PERAK yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana jualan barangan emas @ perak secara tangguh adalah riba al-nasiah.

    3. KOMISEN YANG DIBERIKAN KEPADA AHLI BAGI SETIAP PENJUAL DAN AHLI BAWAHANNYA PERLU JELAS.

    Tiada komisen tanpa usaha. Ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisen daripada ahli bawahan yang dibantunya sahaja. Keuntungan dan komisen bukan berdasarkan  kepala atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdaarkan nilai produk yang Berjaya dijualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan prkhidmatan, dan bukannya permainan wang (money game).

  7. emm nice sharing Ammar ;-)
    akhirnya ada juga IM yg bersuara
    Pesanan ikhlas saya pada semua
    “Ingat Sebelum Kena,Jimat Sebelum Habis”

    Saya dah bnyk joint benda2 mcm ni dulu
    Skrg ni dah fobia dn mls dah nk joint

  8. Assalamualaikum. Sila rujuk ulasan Ustaz Zaharuddin.
    Status Hukum Skim Infinity Downline @ Login Facebook Dapat RM 100
    http://www.zaharuddin.net/content/view/915/72/

  9. hehehe.. memang teruk jugak la kena hentam. Siap ada yang nak report kat ID US suruh ambil tindakan kat saya lagi. :lol: :lol:

    Hari ni UZAR dah komen:

    http://www.zaharuddin.net/content/view/915/72/

    Sebenarnya dah terang terang ia haram cuma tiada pendapat daripada orang agama. Sebab tu saya ubah balik artikel asal yang mengatakan ID haram. Saya juga dah email kat JAKIM & berharap dapat feedback daripada mereka pulak lepas ni.

    Saya harap lepas orang islam malaysia lebih alert benda macam ni.

  10. Sememangnya ramai yang nak buat duit cepat tanpa memikirkan soal haram atau halal.Bukan sahaja di dunia internet namun diluar masih banyak program ala-ala begini.

    Bagi saya janganlah sertai program MLM seperti yang dinyatakan. Nampak mudah namun payah.

    Dan selalunya ahli program sebegini akan suka menghantar email spam kepada orang lain. Sayapun selalu dapat banyak email spam .Entah dari mana mereka mencari alamat email saya tak pasti pula..

    Betul seperti Ammar cakap biarlah lambat asalkan hasilnya halal.


  11. mohd nasir

    Terima kasih Ammar dgn info yg amat berguna ini.
    Semuga memberi sedikit kefahaman tentang biz yg sekrg ni terlalu byk
    dalm internet .

    TQ.


  12. nadia

    Ni komen ustaz Zaharuddin tentang status hukum Infinity Downline..
    http://www.zaharuddin.net/content/view/915/72/


  13. dw saleh

    lama saya tunggu , harap2 ada lah sifu2 IM yg komen pasal benda ni … sebab klu baca tajuk memang syok laa .. takkan la login je fb trus dpt 100 …
    terimakasih la yepada Ammar yang dah bagi pandangan pasal benda nii …

  14. kepada yang nak masuk tu,fikirlah dua tiga kali sebab saya dah terkena….tak dapat modal lagi.malahan kena update keahlian sebulan sekali….saya buat promosi di facebook tapi hampeh,dapat la jugak hasil kat situ,dapat kutukan…hahaha…kalau nak betul-betul buat duit,tanya pakar kat sini atau email saya…

  15. Assalamualaikum..
    saya amat bersetuju dengan pandangan dan juga pendapat di atas ni.. bukan untuk mengatakan komen yang berlebihan, namun sekarang semakin banyak agenda-agenda tersembunyi menjatuhkan umat kita secara tidak sedar.. thanks kerana memberikan penerangan sebegini kerana banyak juga kawan-kawan yang telah pun terpedaya.. kenapa mesti nak menganiaya orang lain? Ya Allah… saya sedih melihatkan perkara seperti ini berlaku… saya juga pernah terjun ke dalam MLM… namun kita kena melihat dari pelbagai sudut supaya halal dan haram dijaga… jangan sampai akidah terpesong… kalau betul2 nak menjana income.. kenapa tak terfikir ke dengan melalui wang simpanan pun dah boleh? saya boleh jadi consulltantnya… mengikut syariat Islam… produk yang berasaskan Islam dan cara serta konsep Islam.. :)
    call me at FACEBOOK @email..

  16. Percayakanlah Anda bahwa orang yang sukses adalah orang yang unik, bukan hanya cara berfikirnya saja,karena yang terpenting adalah apa yang ia pikirkan tentang dirinya sendiri,atau dengan kata lain “apa yang di pikirkan oleh orang lain tentang diriku itu bukan urusanku” (Robert T.Kiyosaki) karena ia percaya bahwa bagaimana orang memandang dirinya adalah tergantung dari bagaimana ia memandang dirinya sendiri,Itulah yang membuat ia SUKSES…!!! :mrgreen: :mrgreen:

  17. Salam semua,

    Saya tertarik dgn post nie, sebab saya baru terbaca post Ustaz Zaharuddin. Ada juga hamba2 Allah nie yang macam tak puas hati dengan post Ustaz nie, tengok sajalah kat komen2 diaorang, semoga Allah bagi hidayah pada mereka2 nie kerana memperlekehkan kerja seorang pendakwah.

    Kalau kita fikir logik akal pun, siapa nak bagi kita rm 100 bila login ke facebook, penting sangatkah kita? :grin:

    Tak salah kita berusaha mencari rezeki lebih, tapi fikirkanlah caranya betul atau tidak. Dunia hanya sementara, Akhirat jualah yang kekal.

    Wassalam


  18. palizul

    Sy sendri pnah join ID nih.Mula2 tuh, rse mcm pelik jgk( sy masih newbie dlm bdg online biz..).Tp, bg sy, klu xdpt cri downline pon xpe, janji produk2 digital tu berkualiti dn bole digunakn utk tambahkn ilmu sndri. Lps sy join dn sy teliti produk2 ID, brulah sy sedar:

    1. Produk ID adalah produk2 sampah, yg mana penjelasan mengenai topik2 yg hendak disampaikn adalh meleret2 dn x byk info boleh digunapakai.Penjelasan adalah terlalu umum dn x fokus.

    2. Sy cbe bersangka baik.Mungkin 1,2 prduk shj yg bermasalah, tp setelah diteliti, hmpir kesemuanya mempunyai masalah yg sama .

    Sy tersedr yg ini adlh stu penipuan besar.ID adalah stu lambakn produk2 yg x berkualti, hnya bertujuan utk berselindung disebalik taktik mendptkn duit melalui melalui downline.Modus Operandi lebh kurg sme mcm skim piramid, tp lebih halus.

    Sy msih keliru mengenai hukum hakam ID hinggalah sy terjumpa website Ustz
    Zaharuddin:
    http://www.zaharuddin.net/content/view/915/72/

    Diharp, komen sy bole membantu rkn2 yg lain.

    P/s: Seb bek burn RM100 je..Huh..

  19. :mrgreen: niaga kecik2 mcm sy jom. usaha, usaha, reward insyallah


  20. Anjebat

    Assalamualaikum.
    Agama Islam tidak boleh didebatkan tapi masih ada ruang untuk dimuzakarahkan (bincang).

    Untuk makluman saya masih buat ID kerana beberapa sebab dan saya sikitpun tidak mengatakan Ustaz Zaharuddin salah. Ya saya hormati ilmu beliau. Tapi dalam kontek perniagaan ID saya memilih hujah yang mengatakan ianya (ID) Halal dari sudut perniagaan dan konsep akad persetujuan bukan kerana ikutkan nafsu nak kaya cepat, bukan juga sebab saya buat pasal tu saya nak backup habis-habisan. Saya join buat sebab saya dah kaji dan fahami konsep program ID sebelum saya JOIN termasuk dari hujah Ustaz Zaharuddin sendiri tentang perniagaan Internet yang sah.

    LOGIN FACEBOOK DAPAT DUIT HARAM?
    Ya, saya setuju dengan pendapat Ustaz… dalam hal ini. Kenapa? Kerana ianya jelas berkonsepkan Money Game dan bukan perniagaan. Ia suatu iklan ‘perangkap’ dan menimbulkan kekeliruan bagi yang tidak tahu. LOGIN FACEBOOK dapat duit… adakah FACEBOOK beri kita duit dengan login websitenya? Atau adakah klik saja FACEBOOK kita dapat duit seperti program Click4Cash yang lain?

    Pengiklanan cara ini juga menimbulkan kemarahan orang lain kerana menggunakan privasi pemilik FACEBOOK orang lain untuk mengiklan. Kelemahan juga berlaku kerana ahli tidak diajar ilmu yang sebenar hingga ramai yang menyertainya tidak tahupun fungsi program ini. Ditambah lagi jika semua orang mengiklan didalam FACEBOOK maka potensi ahli semakin kecil kerana ruang iklan hanya sekitar kalangan ahli FACEBOOK sahaja. Maka ia akan meniayakan orang terakhir yang masuk.
    Maka saya amat tidak menggalakkan ahli menggunakan kaedah sebegini.

    Dalam bab yakin halal haram ni saya bagi contoh : Apakah hukumnya makan kedai Cina? Haram atau Halal? Haram boleh Halal pun boleh bergantung kepada hati kita jika meyakini sumber dan masakannya halal (contoh katakan tokeh kedai tu cina). Jika was-was jangan makan tapi kalau dah betul yakin (kena bersandarkan hujah betul dari sudut Fekah, Tauhid atau lain-lain) makanlah tanpa was-was.

    Satu persolan saya ; Apakah rujukan kita dalam SEMUA BAB AGAMA mesti pada Ustaz Zaharuddin seorang sahaja hingga hujah Ulama lain tidak boleh kita jadikan rujukan? Dah tanya JAWI dan lain-lain sumber tentang KONSEP perniagaan seperti ini?

    Betul Ustaz Zaharuddin menulis berlandaskan fakta dan ilmu beliau untuk mengharamkan ID tapi adakah ID sama wujudnya seperti NAJIS MUKHALAZAH yang jelas haram hingga tidak boleh dihalalkan atau ataukah Bisnes Online suatu konsep salah yang boleh dibetulkan? Misalnya mencuri itu haram tetapi masih ada ruang untuk ‘dibolehkan’ pada sebab-sebab tertentu (mengambil semula hak kita
    misalnya).

    Saya tidak risau dengan program ID dipantau sebab ID tiada ciri-ciri Skim Cepat Kaya (Kena tambah Modal untuk income lebih tinggi), tiada Money Laudry (setakat RM100 sebulan-taktaulah), tiada deposit haram (tiada siapa kumpul/pegang bonus kita), tidak tepu ahli (pengguna internet SELURUH DUNIA sentiasa bertambah- ahli yang diterminat juga boleh join semula)dan tak macam program-program lain kalau ID kena tutup kita takkan rugi apa-apa sebab bonus kita langsung dia tak simpan. ID takkan menipu duit kita.

    Pelik ke nak pikirkan ada orang sanggup buat bisnes jutaan Dollar tapi tak ambil sesen pun dari kita macam yang ID buat? Tak pelik pun. Ada guna search Engine GOOGLE? Ada guna emel YAHOO!? Ada guna FACEBOOK? Berapa korang bayar pada diorang? Tahu tak korang diorang jadi Millionaire dengan bagi program percuma macam ni?

    Kita ada IMAM GHAZALI yang mengatakan sesuatu perbuatan itu HARAM. Kita juga ada IMAM HAMBALI yang mengatakan hal yang sama itu HALAL. Keduanya betul kerana berdasarkan DALIL yang sah. Kedua pihak yang mengikut mereka juga TETAP BETUL selagi mereka melakukan sesuatu itu dengan berpandukan Ulama yang mereka yakini.

    Akhirnya saya mengutip kata-kata berikut dari blog lain. kata-kata ini bukan ditujukan kepada Ustaz Zaharudin tetapi pada orang yang suka sangat kondem apa yang orang lain buat kerana dia tak minat.

    “Kesimpulan
    1. Jangan mudah menjatuhkan hukum jika kita tidak tahu apa yang dibicarakan. Jangan kerana dengkikan kejayaan orang lain, lantas kita mengatakan mereka melakukan perkara haram.
    2. Hukum hakam hanya layak diputuskan atau dibicarakan oleh mereka yang layak sahaja. Bukan semua orang boleh melakukannya.
    3. Allah telah mengharamkan riba dan menghalalkan jual beli.
    4. Hukum perniagaan melalui Internet adalah harus (boleh di sisi Agama Islam), tetapi ia tetap bersyarat”.

    Buat kalau yakin. Diam kalau tak pasti.

    Wallahualam.

    ………………Tambahan

    Kepada yang tak sebulu dengan Ustaz Zaharuddin jangan memaki hamun beliau, beliau orang berilmu yang WAJIB kita hormati. Apa yang beliau sampaikan itu betul dan tugas beliau sebagai rujukan.
    Kalau kita tak setuju dengan pendapat beliau dan ingin keyakinan yang lebih atas apa yang kita buat tanyalah juga kepada lain-lain sumber rujukan (hatta ulama luar negara).

    Bagi saya pendapat Ustaz Zaharuddin tetap menjadi pendapat peribadi selagi tidak disepakati/ difatwakan ulama dalam Fatwa sedunia.

    Misalnya rokok, walaupun jelas hukumnya haram tapi masih ramai menghisapnya kerana berpandukan hujah lama yang hukumnya ‘makruh’. Cuma saya

    Sorilah… Komen detail tentang pendapat Ustaz Zaharuddin kena join ID Surirumah dulu

    http://ringgit-online.tripod.com/surirumah
    Percuma Thumbdrive. Dalamnya ada pBook pasal topik ni.

  21. ATAS SBB RAMAI TELAH DITIPU OLEH FRIENDS CLUB *(MLM),KAMI TELAH MEWUJUDKAN GAFC UTK SEDARKAN RAMAI ORG MENGENAI AKTIVITI PENIPUAN MEREKA.. HARAP ANDA SEMUA TIDAK TERPENGARUH DGN AKTIVITI MEREKA YG MENIPU PELAJAR & GOLONGAN STAFF KERAJAAN..!! AWAS MEREKA BIJAK MEMPERDAYA DGN MEMBERI TAWARAN…PELANCONGAN/HADIAH ,……JIKA ANDA JOIN ANDA MUNGKIN MENJADI HUTANG WANG !! JGN TERJEBAK….SILA LAWATAN GAFC UTK MAKLUMAT LANJUT.http://www.facebook.com/group.php?gid=116931374990029&ref=mf

  22. Program macam ni, kesian ada jugak yang lemah dan tertipu. Saya pun ada akaun FB, dari awal-awal saya kena spam ngan Login Dapat 100 jer saya dah tahu ianya hanyalah penipuan pada pemasaran. Adik saya yang berumur 13 tahun sekarang ni pun masa tu dah tahu. Mesti nak duplicate ni coz user kene tipu.. after that user mesti cari mangsa untuk ditipu. :mrgreen:

 

Leave a Reply