klik di sini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti
 Powered by Max Banner Ads 
Jun102008

Melariskan produk

Assalamualaikum, Salam sejahtera

Melariskan perniagaan? Umum sangat bukan? Banyak strategi melariskan perniagaan jika saya ambil dari skop yang kecil. Namun apa yang saya nak kupaskan disini, dari skop Perniagaan Internet. Kalau anda lihat, mengapa sesetengah IM berjaya menjual produk kedua, ketiga atau keempat beliau dengan mudah? Sedangkan newbie ni terkial-kial nak dapatkan jualan yang pertama.

Konsepnya senang saja. Saya bukanlah pakar jualan di Internet yang mampu mangaut 5ribu bila-bila masa. Namun, starategi ini saya praktikkan dalam perniagaan offline saya. Dan dengan kelahiran baru blog ini, saya akan share kan tips-tips melariskan produk.

  1. Bina nama dahulu. Ini kerana, menjual produk di internet bukanlah mudah. Siapa akan beli produk anda jika anda kalau nama anda pun orang tak pernah dengar. Nak jumpa lagi la susah. Nak contact pun lalu email je. Jadi anda kenala bina nama anda dulu. Cuba anda renungkan, kedai mana yang anda nak beli? KFC ke, Kedai ayam Mak Joyah? Anda ada jawapannya bukan?
  2. Preview. Bab ni memang ramai IM pakai. Sebelum melancarkan produk, mesti ada preview dulu. Macam kita tengok movie jugak kan, ada preview. Padahal, tayang lama lagi. Dengan adanya preview, bakal pembeli anda akan ‘geram’ dengan produk anda. hehe.
  3. menunjukkan proses anda. Kalau anda jual eBook, cerita dulu dalam blog anda yang anda sedang menyiapkan ebook anda atupun ceritakan prosesnya sedikit sebanyak. Cuba anda pergi pasar malam berhampiran dengan anda dan lihat. Buat perbezaan antara Penjual mee bungkus atau Penjual mee yang sedang goreng mee nya itu? Mana satu yang anda pilih? Kalau saya, saya akan pilih yang saya dapat lihat prosesnya. Lebih meyakinkan!

Anda sudah dapat idea sedikit sebanyak bukan? Kini terserah anda untuk mempraktikkannya. Namun di luar sana, banyak lagi strategi untuk melariskan jualan anda walaupun anda mempunyai pesaing yang hebat.

Selamat menjalankan Perniagaan Internet Anda!

No Responses

Comment RSS Trackback URL

Leave a Reply


 Powered by Max Banner Ads