Mulakan saja

Hai, Anda sihat? (saya masih lagi sakit..)

 

Semalam adalah hari yang gembira buat saya selepas saya berjaya melakukan seminar saya yang pertama. Pada awalnya peserta hanyalah 20 orang tapi di minit-minit akhir, ramai pula yang daftar dan bilangan peserta semalam adalah seramai 26 orang.  Walaupun saya masih lagi dalam keadaan batuk dan selsema, namun saya tetapkan juga tak berhenti bercakap dan menunjukkan segala strategi rahsia saya secara praktikal dari pukul 9pagi sampaila pukul 5petang. Tak menang mulut dibuatnya! :)

 

Apa yang menggembirakan saya, kesemua peserta seminar semalam keluar daripada pintu bilik seminar dengan wajah ceria dan masing-masing dah ada produk untuk dijual selepas saya bimbing secara praktikal teknik pantas macam mana saya buat produk digital untuk dijual di internet. Dengan teknik marketing yang saya tunjukkan, malam tadi ramai pula peserta seminar ucapkan saya terima kasih kerana seminar saya tak seperti seminar lain yang ‘nampak hebat, tapi teori saja banyak’.

 

Saya nak berkongsi satu tips motivasi yang berguna untuk semua usahawan internet baru. Mulakan saja perniagaan internet anda. Anda dah ada idea yang baik, dan dah ada strategi yang bagus, tapi kalau tak mulakan, anda tetap tak kemana dan jangan sampai idea anda yang bernas tu dicuri oleh orang lain dan membuatkan anda gigit jari sebab tak bertindak.

 

Saya ambil contoh diri saya sendiri. Walaupun saya masih lagi belum bergelar Jutawan Internet, tapi saya rasa kalau selagi saya tak mula buat seminar dan mendidik masyarakat Malaysia untuk buat perniagaan internet, orang kita akan terus gigit jari dan masih berada pada style yang lama.

 

Kalau boleh saya nak lihat industri perniagaan internet di Malaysia ni macam industri perniagaan internet antarabangsa. Sekali launch produk, 24 jam dah dapat sejuta. Segala strategi mereka, dan software yang digunakan, semuanya dah berada jauh kedepan berbanding tools yang digunakan orang kita.

 

Jadi, kalau anda ada idea untuk dijadikan produk digital untuk dijual di internet, mulakan saja menjual. Kalau tak pun, beri idea tu pada saya dan biar saya yang jual dan ambil 100% keuntungan tersebut. haha.

 

-AmmarZahar

P.S saya tak sabar nak upload gambar seminar semalam. Mungkin post selepas ni saya akan letak gambar seminar saja..;p

3

Comments

  1. tahniah bro…moga seminar akan datang saya dapat sertai sekali.
    Rasa rugi pulak tak pergi ari tu…

  2. Assalamualaikum……..
    Hai saudara Ammar. Tahniah diatas kejayaan saudara. Teringin jugak nak hadiri seminar saudara suatu hari nanti. Saya dah pun memulakan perniagaan internet meskipun tiada ilmu tentang perniagaan ini. Hmmm….. Saudara bila lagi nak mula berkongsi ilmu dgn saya dan rakan2 saya ? Kalau ada masa terluang, jangan lupa singah di forum saya ya. Berikut adalah link ke e-bilik saudara yg telah lama saya sediakan di sana http://www.e-nss.biz/forum/viewtopic.php?f=43&t=148 .

    Jemputlah singgah ya. Terima kasih.

  3. Syabas Ammar kerana dah berjaya buat seminar sendiri. Maybe next time I’ll join you. Memang betul kata Ammar; jika dah ada idea dan strategi yang bagus, jangan tunggu lama-lama…mulakan saja! Kalau nak tunggu semua perfect baru nak bermula, saya rasa akan memakan masa sikit la, lebih-lebih lagi kepada orang baru.

    Kesilapan dan kelemahan adalah perkara biasa dan boleh diperbaiki dari masa ke semasa.

 

Leave a Reply