Pentingnya surat jualan dalam perniagaan online..

Sejak kebelakangan ni, saya terima banyak jemputan VIP untuk menyertai program affiliate yang dianjurkan oleh ramai usahawan internet baru. Banyak yang saya terpaksa tolak permintaan tersebut dan sebab utamanya adalah kerana sibuk dengan kelas memandu surat jualan yang dihasilkan tidak mempunyai conversion rate yang tinggi. Ok, kalau anda masih tak tahu apa itu conversion rate, ia ibarat kadar peratusan pengunjung laman web yang bertukar menjadi pembeli. Contohnya, kalau laman web jualan tersebut dikunjungi oleh 100 orang tapi hanya 1 orang yang beli, maknanya conversion rate yang diterima adalah 1% lah.

Bagi seorang super affiliate, dan mereka yang bergelar affiliate, adalah penting untuk melihat kualiti surat jualan tersebut dahulu sebelum memulakan misi mempromosikan laman web tersebut. Kalau surat jualan yang ditulis oleh copywriter web jualan tersebut berkualiti dan mampu membuatkan rasa kita ingin membeli, maknanya baguslah tu. Kalau tidak, jangan ambil risiko mempromosikan produk tersebut. Kita rugi nanti jawabnya.

Conversion rate yang baik, biasanya adalah sebanyak 7% keatas. Maksudnya, sekali saya hantar promosi ke leads saya yang seramai 100 orang, 7 daripadanya melakukan belian. Sebagai contoh, Video Usahawan daripada Team JomSeminar berjaya menghasilkan conversion rate yang tinggi. Pada saya la. Saya gunakan list saya yang bersaiz sederhana untuk mempromosikan web jualan tersebut dan ramai pula yang membeli.

5 Ciri-ciri surat jualan yang baik:

  1. Mempunyai headline yang memukau. Headline adalah sangat sangat penting dalam surat jualan. Tak ada headline, maka tak adalah surat jualan. Kalau anda mampu menulis headline yang superb, ia akan menarik minat pengunjung web jualan anda untuk membaca keseluruhan surat jualan anda. Cuba lihat balik surat jualan anda. Adakah headline anda dah cukup power untuk menarik orang membaca dari ayat awal hingga ayat yang terakhir? Test dengan cara panggil kawan anda yang tak tahu apa-apa pasal bisnes internet ni pergi ke laman web anda. Adakah dia akan baca sampai habis? Kalau dia pun menyampah nak baca dan klik button close, alamatnya anda kena tukar headline anda.
  2. Bukti demi bukti yang kukuh. Membeli belah melalui internet memerlukan kepercyaan. Jika anda boleh meningkatkan kepercyaan terhadap produk anda, maka produk anda akan laris dijual. Jika tidak, anda sebenarnya sia-sia saja menjual. Tunjukkan keberkesanan produk anda kepada diri anda sendiri. Jika anda mampu buat duit dengan blog, tunjukkan komisen demi komisen yang anda terima dalam menghasilkan duit melalui blog anda. Kalau boleh buat screenshot atau kalau nak lebih hebat lagi, anda butalah video anda login ke akaun bank anda atau akaun paypal anda. Baru orang percaya. Betul?
  3. Letakkan banyak testimonial dalam laman web jualan anda. Ini satu lagi ‘benda’ yang mampu menentukan hasil jualan anda. Semakin banyak testimonial yang anda terima, maka semakin banyaklah jualan anda. Cakap tentang testimonial pulak, jangan sekali-kali anda gunakan testimonial yang palsu. Ini kerana ia akan mencemarkan nama anda. Berbalik kepada conversion rate, pengunjung laman web jualan anda akan melihat kepada testimonialnya sebelum membeli. Jadi berikan produk anda untuk direview oleh pakar atau mereka yang mempunyai nama yang terkenal supaya produk anda dijamin berkualiti dan mendatangkan faedah kepada pembeli anda.
  4. Tunjukkan apa yang pembeli akan dapat. Ini juga penting kepada peniaga-peniaga produk digital. Satu-satunya cara untuk kita menunjukkan kandungan produk kita dan isi produk kita dengan cara kita memberikan point-point yang terkandung dalam produk kita. Kalau anda menjual ebook-ebook berkaitan dengan perkara teknikal, anda boleh letakkan screenshot anda punya ebook yang menunjukkan langkah demi langkah supaya pembeli yakin isi produk anda sama dengan surat jualan yang diwar-warkan tu.
  5. Letakkan lagi cara-cara untuk menghubungi anda. Jika anda nak lagi hebat, letakkan no telefon anda dan juga sekali dengan email serta YM anda. Jika perniagaan anda menggunakan syarikat, letakkan alamat syarikat anda sertakan dengan anda punya no pendaftaran syarikat. Ini membolehkan pengguna dan pembeli membuat laporan jika anda didapati menipu. Dengan cara ini, pengunjung laman web anda akan berasa lebih yakin dengan produk yang anda ingin jual.

Sebenarnya banyak lagi cara untuk meningkatkan conversion rate anda. jika anda tak mampu menulis ayat-ayat yang memukau dalam surat jualan anda, jangan sekali-kali anda mempromosikan produk tersebut. Atau jika anda seorang affiliate, anda jangan mempromosikan produk yang mempunyai surat jualan yang lemah. Jika tidak, anda rugi. Tak kiralah sbagus mana pun produk tersebut, jika surat jualannya tak hebat, maka kuranglah nama-nama besar yang ingin berJV dan juga kuranglaj=h jualan yang anda terima.

Kali ni saya bercakap tentang surat jualan. InsyaAllah, kalau ada masa saya akan tulis tentang grafik yang boleh menghasilkan conversion rate yang tinggi. Bacaan ini sangat-sangat penting untuk pencipta produk dan juga affiliate-affiliate yang tak mahu rugi..

Kalaupun anda tak reti nak menulis surat jualan, anda upah saja copywriter-copywriter yang berpengalaman untuk menghasilkan surat jualan untuk anda. Jika anda perlukan bantuan saya untuk menulis usrat jualan anda, anda boleh hubungi saya dan saya akan berikan anda harga yang berpatutan (promosi sikit ;p)

Ikhlas,

AmmarZahar

p/s InsyaAllah, Seminar saya akan berlangsung pada 18 Januari 2009 dan produk ‘english’ saya juga akan disenaraikan di Clickbank pada bulan Januari sekali dengan pelancarannya pada 28 Januari (kalau tak ada perubahan) Bulan ni rehat sikitlah sebab fokus dengan lesen memandu dan affiliate antarabangsa..:p

5

Comments


  1. saramsak

    nice tips…
    keep it up…

  2. Terima kasih sdr Ammar,banyak info saudara mencelekkan mata saya jaran orang nak sebarkan ilmu semacam ni….terima kasih..saya akan ikuti selalu…..

  3. Nice & good info! Keep u’r good works…

  4. Salam. Anda adalah salah seorang calon jutawan. Syabas !!!

    http://www.jutawansenyap12.blogspot.com

  5. salam…
    Jom tukar link

 

Leave a Reply