Perniagaan internet bukan untuk mereka yang malas..

Hai, Assalamualaikum..

perniagaan internetMungkin tajuk yang saya bawa ni agak sensitif tapi sebenarnya sekadar ingin berkongsi. Perlu saya ingatkan kepada mereka yang masih belum berjaya dapat hasil dari perniagaan internet, anda sebenarnya perlukan usaha yang lebih gigih, dan lebih keras. Kemalasan tidak akan mengubah hidup anda.

Walaupun anda pernah dengar kerja usahawan internet ‘goyang kaki’ dapat duit, ia memang benar tapi goyang kaki pun tangan gerak nak membuat kerja depan komputer. Menjalankan perniagaan internet ni sama saja pada asasnya seperti perniagaan biasa. Kita perlukan usaha, kita perlukan komitmen, fokus dan sebagainya. Apa yang membezakan perniagaan internet dengan perniagaan di luar sana adalah MODAL.

Perniagaan internet menuntut modal yang rendah ataupun paling tidak, sedikit kalau nak berjaya. Saya beri contoh, kalau nak buka kedai, kita perlu bayar deposit kedai. Perlu juga bayar sewa kedai tiap-tiap bulan. Perlu juga bayar pendaftaran itu dan ini. Dengan pekerja lagi.. Memang kalau tak ada 5ribu paling sikit dalam kocek, lupakan je la hasrat nak buka kedai. kemudian, lepas 2 bulan baru merasa duit 2 Ribu setiap bulan.

Tapi kalau di internet, kita hanya perlukan modal yang sangat-sangat rendah. Saya ambil contoh saya sendiri. Saya memulakan perniagaan di internet dengan modal serendah RM 200. Duit RM 200 tu pun saya perolehi hasil keuntungan servis membina website yang saya jalankan. Ketika itu saya tak kenal apa itu autoresponder, apa itu affiliate dan sebagainya. Ini adalah pada 6 bulan yang lepas. Iaitu bulan 5 tahun ni.

Dengan RM 200 tu saya beli Ebook Kitblogger Wordpress SmartZul, saya beli ebook Pakej Web Jualan untuk belajar macam mana buat minisite yang ada autoresponder, sistem order dan sistem affiliate, saya beli ebook Kuasa Lelong, dan saya beli Domain serta hosting di Netkl. Dan inilah hosting dimana blog ini menumpang..

Saya lihat setiap laman web yang ada dan saya rasa saya perlukan pengalaman dari mereka yang telah berjaya dan saya nak follow. itu saja. Saya kemudiannya menemuramah beberapa usahawan internet yang anda sendiri boleh baca di Rahsia Usahawan Internet, dan saya dapat belajar banyak benda baru.

Saya minta nasihat daripada setiap seorang dari mereka kepada newbie, dan saya ikut nasihat-nasihat mereka. Dan saya belajar, untuk membuat produk terutamanya ebook di internet, kita perlu cari penyelesaian kepada masalah orang. Disini teruji kerajinan kita. Dan kemudian, saya merancang, apa yang perlu saya lakukan untuk menyelesaikan masalah orang.

Dan saya terfikir sedikit kepakaran saya, iaitu grafik. Saya tahu banyak lagi pakar grafik diluar sana yang hebat-hebat seperti Luvleey dan Bitol. Tapi saya kaji lagi teknik-teknik baru dalam grafik dan hasilnya, wujud Koleksi Grafik V2 yang dilancarkan pada bulan 8 lepas.

Saya dapat 1k seminggu dan keuntungan yang saya perolehi, tidaklah saya bazirkan dengan melancong dan membeli barang mewah. Malah, masa tu saya masih lagi pakai handphone Sony Ericsson yang berharga RM 170 dan menggunakan komputer yang hanya mempunyai spec yang biasa (dengan monitor 14″ CRT).

Duit yang saya perolehi, banyak saya laburkan untuk membeli ebook-ebook tak kira ebook dalam Malaysia dan orang putih. Saya bertekad nak memantapkan pengetahuan saya dan mempelbagaikan cabang saya untuk buat duit. Saya juga terus mengkaji teknik-teknik baru di internet dan sambil-sambil tu juga saya dapat menulis dan melancarkan Rahsia Newbie. Kiranya, saya buat banyak kerja dalam SATU masa. Saya menulis, sambil itu saya belajar beberapa teknik yang saya dapat dari ebook-ebook yang saya beli.

Dan hasilnya, saya menang cabaran-cabaran affiliate dan terhasil juga Affiliate A+. Dan sambil-sambil itu, kini saya masih lagi mengkaji dan saya rasa, cukupla dengan Affiliate A+. Saya mungkin tak akan buat produk untuk pasaran lokal dalam masa terdekat ni. Selepas saya beranikan diri untuk menerokai pasaran antarabangsa, saya rasa kini tibalah masa untuk saya mengangkat kerjaya perniagaan internet saya ke satu tahap yang lebih tinggi lagi.

Dan ini adalah cerita ringkas saya yang anda mungkin boleh tiru jika nak jadi macam saya dan jika anda ada jalan anda sendiri, silakan. Jika anda ada banyak benda yang tak tahu, anda sebenarnya boleh belajar melalui ebook-ebook yang ada dan juga blog-blog usahawan internet. Jangan jadikan kemalasan anda sebagai penghalang hidup anda untuk lebih berjaya.

Saya ada baca ebook MRR orang putih yang bertajuk ‘How I Get 6 Figure Online’ (saya ada bagi percuma di ruangan free dulu) dan dalam ebook tu ada cerita macam mana penulis tersebut dapatkan 6 angka setahun dan antaranya adalah Kurangkan Tidur, Kurangkan Tengok TV, Kurangkan Membeli Barang Yang Tak Patut, Kurangkan MALAS..

Dan saya harap, anda begitu juga,

Ikhlas,

AmmarZahar

2

Comments

  1. Perniagaan internet ni memang bukan untuk orang ya malas… Aku online lebih 10 jam sehari asyik buat marketing jer…. penat… harap2 berbaloi suatu hari nanti…

  2. saya sokong pada awak biz nie bukan senang kena usaha untuk berjaya secara kesimpulannya tak ada baneda mudah di dunia nie

 

Leave a Reply