Pilih Bidang Anda..
Hai, semua..!
Pernahkah anda terfikir kenapa income anda tidak seperti apa yang anda harapkan dalam perniagaan internet ni? Soalan seterusnya, pernahkah anda terfikir cara untuk menggandakan income anda dalam perniagaan internet ni walaupun anda buat secara part-time?
Terus terang saya katakan, saya dulu cepat terpengaruh. Bila dengar ada yang berjaya dengan adsense dan dapat beribu-ribu dengan adsense, saya pun sibuk nak join adsense. Kemudian bila orang sibuk dengan jual produk, saya pun sibuk nak jual produk. Bila nampak ada orang buat duit hanya dengan blogging, sekali lagi saya sibuk nak berblog. Dulu, semua perasaan ni menghantui saya dan akhirnya… Saya masih AmmarZahar yang tak mampu dapat beribu-ribu di internet seperti yang diharapkan..
Kemudian, bila saya renung semula, saya terfikir.. Kelebihan saya selama ni dalam bidang buat web dan juga buat grafik. Tak lama lepas tu, (selepas saya mula tawarkan servis), saya rasa incomenya. Saya rasa pendapatan yang masyuk di internet.
Hmm.. Itu secara ringkas cerita tentang saya. Banyak lagi yang saya ceritakan dalam Rahsia Newbie. Macam mana dengan anda pula? Jika anda semakin tension dengan banyak projek-projek online anda yang tak jadi, cuba kaji semula kenapa ianya tak jadi? Pasti ada sebab..
Ok, kenali diri anda dulu sebelum nak melangkah kemana cita-cita anda. Jika anda nak jadi affiliate, buat affiliate sampai anda betul-betul berjaya. Mula dengan kumpul list yang besar, aktif di forum, strategi SEO yang mantap dan sebagainya. Buat affiliate sampai anda jadi SUPER Affiliate. Kalahkan Macam Ewen Chia. List dia memang besar gila..
Jika anda nak join adsense, buat sampai jadi dan pastikan anda mempunyai kelebihan dalam menarik trafik (oh, ini kelemahan saya yang sedang diperbaiki). Kalau boleh, jadi Taiko Adsense. Err.. tapi saya ada dengar yang CPC Adsense dah turun kebelakangan ni..
Jika anda minat dengan penulisan, dan nak kongsikan pengalaman anda yang mahal, anda boleh jual produk sendiri dan boleh juga blogger yang hebat. Saya taknak ulas banyak pasal ni. Sebab rasanya anda dah pun tahu bagaimana nak hasilkan produk sendiri.
Apa yang pentingnya, anda haruslah pilih bidang anda untuk bermula. Ataupun dalam erti kata lain, anda perlu fokus yang lebih dalam bidang yang anda ceburi dahulu kemudian, barulah income anda di internet ni akan meletup dan akan jadi stabil walaupun anda buat secara part-time. Percayalah, jika saya boleh, tak mustahil anda pun mampu lakukannya!
-AmmarZahar
3
Comments
aziz
salam sejahtera..saya pun begitu juga…kalau boleh nak juga berjaya macam saudara ammar..kadang2 fokus kadang2 tidak.tapi seperti kata anda kalau saudara boleh, saya akan cuba dan mencuba..
AmmarZahar
Semoga berjaya, Aziz..
ira
rahsia newbie? mesti dah dapat banyak sales kan?
Leave a Reply