Powered by Max Banner Ads 
Oct232008

Promosi Tanpa Keluar Bajet..Boleh Berjaya?

Assalamualaikum/Hi.

Setakat ni, Rahsia Newbie dah pun mencecah jualan sehingga 260 jualan dan ini tak termasuk jualan semasa pra-pelancaran. Terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan kepada anda yang membeli, mempromosi dan yang memberi komen terhadap Rahsia Newbie. 260 jualan, pada musim ekonomi yang merosot dibantu pula dengan pelancaran pada musim perayaan, masih lagi membuatkan saya bersyukur walaupun ramai sifu yang cakap ‘timing’ pelancaran Rahsia Newbie tak kena sebab masih lagi musim raya dan mindset orang lebih kepada nak beraya. Bila lepas raya, duit pulak dah habis sampai hisap rokok SAAT je.

Tak mengapa, saya masih lagi membuka jualan untuk Rahsia Newbie sehingga tamat 39 copy sahaja lagi. Selepas waktu tersebut, Rahsia Newbie akan mengalami revolusi yang mana ditukar secara menyeluruh kedalam edisi Bahasa Inggeris. nanti saya terangkan mengapa kita perlu menjual dalam USD dan bukan RM sahaja. Saya dalam proses ujikaji.

Promosi Tanpa Keluar Bajet atau modal. Bagaimana? Ada orang mengeluarkan modal beratus ringgit malah ada juga yang mengeluarkan modal sehingga beribu ringgit hanya untuk promosi dan melariskan jualan. Dan bagaimana kita nak meminimumkan kos tersebut supaya kita untung dulu baru keluar bajet promosi? Apakah strategi yang mantap untuk HANYA mengeluarkan modal membeli domain dan hosting sahaja serta upah outsource. Benarkah boleh?

Ya, saya sendiri telah mengalaminya dan ramai orang lebih-lebihnya otai lain yang mengalaminya. Ini adalah pengaruh dan juga kuasa email marketing serta JV yang membolehkan anda menjual tanpa kos promosi. Model yang paling dekat saya tunjukkan disini adalah Rahsia Newbie sendiri. Dengan Rahsia Newbie, saya sengaja tak melabur untuk kos promosi seperti yang saya lakukan dalam Koleksi Grafik V2. Untuk Koleksi Grafik V2, saya banyak juga melabur untuk promosi namun, lain pula halnya dengan Rahsia Newbie.

Apa yang anda perlu lakukan adalah sediakan sistem affiliate dan juga list email yang besar sebelum melancarkan sesuatu produk. Kemudian, approach mana-mana potential JV partner yang boleh membantu anda untuk mempromosikan produk. Teknik JV Rahsia Newbie ada saya kongsikan tips JV. Jadi saya tak perlu ulas banyak tentang JV kan.

Email Marketing juga satu lagi senjata yang boleh anda gunakan untuk strategi marketing. Jangan takut untuk melanggan autoresponder berbayar. Ini pesanan utama daripada mana-mana pakar. Bila dah ada list yang besar, gunakan dan jaga sebaik mungkin.

2 Teknik ini saya kupas dengan cukup umum disini. Jadi, jika anda nak lebih detail, boleh dapatkan Rahsia Newbie. Sebelum jualannya saya tutup. Ingatlah bahawa, rakan JV anda adalah rakan anda. Sehingga kini, saya bukan saja menawarkan peluang JV dengan rakan JV saya. Malah, kami juga kerap berYM dan juga berSMS tentang hal-hal lain.

Ok, cukup saja dengan 2 teknik tersebut dan saat-saat anda melancarkan produk, anda pasti tak perlu berbelanja untuk kos promosi. Percayalah.. :)

Ikhlas,

AmmarZahar

  1. Alhusna Gallery » 21 SOALAN TENTANG BUAT DUIT & BLOG!October 24th, 2008
  2. abdfatahOctober 24th, 2008
  3. Muzri-KamrieCorpNovember 8th, 2008

Leave a Reply


 Powered by Max Banner Ads